WARGA SCP

Selasa, Februari 07, 2012

TJR , HERE I COME

masjid lama Pekan Endau

ALHAMDULILLAH

Selepas subuh , start motor roda tiga selepas pekena big breakfast di McD dekat pekan HC kerana perjalanan ke TJR memakan masa lebih kurang 7-8 jam perjalanan bergantung pada tangan bapak yang memulas trottle minyak motor bapak ini. Suasana lengang pagi menuju Mersing agak tenang , tapi keadaan jalan yang naik turun, naik turun serta bergelombang menyebabkan menyebabkan bapak tak boleh laju pasal nanti karang terbang pulak .

Singgah seketika di Endau pada waktu israk hampir tamat lalu terus dhuha sekali memohon agar perjalanan kami ini sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah sebagaimana juga Allah menyinari bumi dengan cahaya mataharinya , begitulah juga dengan perjalanan hidup kami juga .

Setiap detik dan saat perjalanan hidup kita ni walau kita rancang sebaik mana sekali pun , tapi kata putusnya adalah datang dari Allah S.W.T jua. Oleh itu , setiap detik dan saat juga , aku sebagai seorang hamba yang lemah hanya mampu bermohon kepadaNYA kerana itulah sebenarnya konsep kehidupan kita yang Allah pinjamkan seketika di muka bumi ini . Semoga aku tidak terleka dengan segala apa yang Allah pinjamkan kepada ku kerana dari Allah ia datang dan kepada Allah juga ia akan kembali.

Di harap kalian tak salah faham mengapa aku menulis dan bercerita sedemikian kerana tidak terlintas langsung dalam hati kecil ku untuk bersifat riak atau sebagainya, tapi sekadar satu dakwah kecil dari aku insan yang hina dan tak berperlajaran tinggi, tapi inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kita semua umat islam .

nampak katil terus ngantuk hehehe

Selepas melepasi Rompin menuju Nenasi serta Pekan, jalan yang begitu lengang serta kondisi jalan yang agak baik menyebabkan tangan ni gatal lalu memulas minyak motor dalam keadaan yang tidak lah laju sangat tidak tapi bolehlah tahan . Memang bapak suka keadaan jalannya yang sebegini kerana lama bapak tak ngetest pickup motor roda tiga bapak ni .

Nak bawa laju sikit boleh, tapi pastikan kita cukup mahir dengan pemanduan dan tak sembrono seperti memotong di garisan berkembar atau di kawasan selekoh yang pasti mengundang kecelakaan. Selalu yg buat begitu kebanyakkan jenis pemandu yang tak berhemah dan hantam sembrono je. Kalau jalan lurus takpa, ni kat selekoh dan double line pun dia hantam sebarang . Lepas tu mulalah dia menyusahkan pemandu yang lain atas kecuaiannya sendiri. Jadi sendiri mau ingat la.

another bed

Berhenti seketika di Kemaman utk bertemu sekejap dengan rakan bapak yang telah bersiap dengan keris dan tanjak serta bersamping kerana menghadiri majlis persandingan di rumah pengantin perempuan . Adat lama melayu masih dikekal dengan pakaian sepersalinan lengkap walaupun dunia semakin berubah . Jangan 20-30 tahun lagi pengantin melayu bersanding pakai topi koboi dan spetol mcm Jesse James , udah la hehehe

Lusanya majlis di rumahnya pula yang kami akan hadiri nanti .

Perjalanan diteruskan lalu singgah makan disebuah gerai tempat seakan2 R&R rasanya berdekatan sebuah masjid sebelum pekan Kemaman. Kami makan tak banyak mana pun kerana pasti citarasa kami orang johor dengan masakan orang Trengganu pasti tak sama dengan nasi kosong 3, ikan keli 3 serta sekor sotong dan sekeping pajeri nanas dan sirap limau 3 .

Kira kak,

"una nalek, una nalek
RM 40.00 "
hehehe

tu baru dia hantam betul harganya hahaha

Takpalah , rezeki dia.

3.20 petang akhirnya sampai ke TJR setelah perjalanan hampir 7 1/2 jam .
Syukur ke hadrat Allah kerana kami sampai dengan selamatnya.

ALHAMDULILLAH

pandangan menghadap laut di Tg Jara dari bilik

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,
    Musim panas menyaksikan gerombolan2 Big Bikers berkonvoi hingga ke hujung dunia, banyak tempat boleh pecut sampai habis meter he he he tapi keselamatan tetap jadi keutamaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe betul tu
      laju bertempat dan keselamatan tetap diutamakan

      Padam
  2. Salam Rezeki.
    TJR sejak bertukar tangan ke YTL telah mengorak langkah dengan begitu jauh...dulu saya belajar di Dungun selalu jugak lalu kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle

      memang cara mereka manage TJR ni sungguh professional dan boleh dijadikan garis panduan bagi hotel2 lain

      sempat malam tu berbual dgn GM TJR, seorang mat salleh

      Padam
  3. Hurmmm jeles. Diantara list2 hotel kami laki bini.. TJR, Pangkor Laut n CH. If umor pjg, rezki ada.. Kami nk ke sni. TQ bapak krn kongsi.. Dlm byk2 hotel FM mmg tertarik dgn YTL. Bkn saje rupa ctk. Tp staff dia melampau bagus. LOL.

    Baru sekali rase YTL di Melaka

    wonderfulretreats.blogspot.com/search/label/The-Majestic-Hotel-Melaka

    Btw motokar bapak semarttttttttnyier! JLL! Erghhhhhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe bapak menginap kat TJR masuk buku tiga lima je hahaha

      layanan first class merangkumi semua staff mereka mmg bapak puji

      entah kereta sapa tu, bapak naik motor cabuk company je hehe

      Padam