WARGA SCP

Rabu, Februari 01, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) : SINGGAH SEKETIKA DALAM PERJALANAN KE TG PIAI

ALHAMDULILLAH

Kami keluar dalam jam 9 am juga untuk ke Tg Piai dari HC. Masuk E22 di Ulu Tiram dalam 20 minit++ dah sampai ke JPO. Singgah sebentar kerana mak itam nak cari beg kecik buat simpan duit kecik . Dulu masa ke Aussie, aku belikan dia beg kecik bulu kanggaro kalau tak salah aku dalam AUD5.00 masa tu. Lama juga ia pakai hinggalah baru2 ni pin penutupnya patah .

Takkan nak beli beg kecik harga AUD 5.00 tu nak pegi aussie pulak . Jadi carilah kat JPO ni . Kebetulan ada kat butik Braun Buffel dan ia berkenan pulak. Aku pulak capailah satu jugak beg kecik comel tempat letak lesen dan cc kerana aku lagi dulu memang tak suka bawa wallet .

Tu yang lesen serta cc aku letak dalam poket begitu je , jadi bersepah2 bila balik. Lepas tu mak itam hadiahkan aku satu brand fossil , bertahun-tahun aku pakai hingga cukup masa rabak dah . Kenalah beli satu jugak. Ada alasan nak beli satu yang baru hahaha



Dapat apa yang dicari, aku lepak sorang2 kat Coffee Beans pekena Caramel Latte sementara mak itam melayan karenah dua orang anak bertuah aku tu. Sambil tu, sempat aku skodeng dari jauh merakamkan gelagat pengunjung ke sini.

Itulah untungnya pakai lens 18-200 ni. Kekadang orang tak perasan , gambar mereka telah diabadikan dalam lensa aku dan tup2 terkeluar pulak kat blog SCP .

Kalau nak ke JPO, lebih baik awal sikit pasal senang nak cari parking dan orang pun belum ramai lagi. Kalau dah pukul 12 ke atas terutama hujung minggu atau cuti umum, tempat ni sesak sangat . Al maklum lah, tempat baru umpama barang baru .

Esok lusa dah lama sikit, pasti kalau hari biasa lengang mcm juga kat outlet2 di luar negara tu . boleh bilang dengan jari pengunjungnya .

nampak tak buih tu kat gelas yg dah hilang
dia dah melekat pulak kat misai aku hehehe

aku dok skodeng dari sini

Cerita pasal minum kat Coffee Beans ni, entah kenapa aku suka akan minumannya berbanding dengan Starbucks. Aku tanya budak keja tu, ramai orang tak 2-3 hari ni, dia kata boleh tahan sampai lepak. Aku senyum je dalam hati kerana dulu masa aku meniaga air kat sebuah pusat peranginan di HC, aku dah rasa semua tu diserang gerombolan pengunjung yang kehausan dan kelaparan diwaktu pagi bila gate besar tempat tu di buka.

Sekali aku ambik order dekat 40-50 pelanggan sampai tak menang tangan, kami semua bersilat kat depan dan kat dapur tak berbunyik pun. Tapi pelanggan yang terlambat sikit tak berani nak cegel mata dengan aku kerana lihat misai aku yang tebal melintang hehehe

Kena pulak kalau macam Tahun Baru Cina, mau mengigil kepala lutut pasal dari pagi hingga tengahari sampai petang tak surut2 pelanggan . Susu FN tin 1 KG tu habis 2 kotak dalam berpuluh tin juga, gula pasir, air batu dll jangan cakaplah.

Tapi paling best bila nak balik kira hasil jual air je untuk satu hari dapat ribu-riban . Tu baru air yang segelas masa tu dalam seringgit dua je. Kalau kat Coffee Beans ni , mau dekat 10 ribu income dia sehari kalau ramai kerana paling murah je dah 9-10 ringgit segelas.




deretan kasut di outlet Nike











16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,
    Malaysia kita syurga buat yang suka shopping...alhmadullilah.

    Berbanding di sini (Christchurch) hanya ada satu Factory Outlet kecil, dan kurang dari 10 shopping complex setingkat.

    Moralnya: "Datang NZ, duit belanja saya tak habis, masih banyak lagi" ha ha ha saya quote kata2 seorang kakak dari Malaysia yang melancong ke sini bersama2 keluarga.

    Yang ada hanya pemandangan demi pemandangan kurniaan Dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      keindahan di sana ciptaan Allah buat kita lebih menghargai kehebatan Allah , byk tersirat dan tersurat dari apa yg Allah ciptakan di muka bumi ini utk kita fikirkan rahsia disebaliknya

      alhamdulillah

      Padam
  2. kalau buih yang hilang tu bekas misai pak itam... kontotnya misai bapak! secoet macam hitler je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha

      tu baru ujung misai je kog hehehe

      Padam
  3. Baru hari jumaat hari tu gi JPO..kalau x boleh jumpa pak itam...he he..dorang kena fikirkan cam mana nak kekalkan tarik org datang JPO..kalau x boleh mati tempat tu...x dek apa yang menarik sangat..KL lagi banyak pilihan....hu hu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg betul tu

      namun targetnya saya rasa utk pelanggan sekitar wilayah iskandar bila tempat tu dah dibangunkan sepenuhnya

      Padam
  4. saya teka ye...pompuan yg baju biru tudung biru tgh byr duit kat cashier tu mak itam kan??? Agak2nya kalau say gi sana, apa saya nk beli ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe

      tu bukan mak itam, tu mak biru tokey butik tu

      Padam
  5. Assalamualaikum Pak Itam

    ramai kawan blog yg dah pergi sana kata memang besss...

    nanti ajak saya pergi sana...he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk

      hehehe

      no hal punya

      jadi pemandu pelancong

      Padam
  6. kita pun pertama kali pergi masa cuti CNY. punya ramai orang..sekjap je singgah solat lepas tu cabut ke bt indah. nasib kami tak tertangkap oleh lensa pak itam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa CNY tu mau sesak barat dgn org hehe
      JJ Bukit Indah susah nak cari parking

      Padam
  7. Assalam, FM pon suke CB dr SB. Jauh sdapnye CB pd FM. Lemak dan manis CB.. Klu sekali seduttt.. Masyuuukkkk..

    Bapak, yg kat cashier braun buffel tuh sure mak itam. Sbb die pakai baju hard rock ;p Bole ke teka itu mcm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam FM

      hehehe tau sedapnya CB takpe

      tu mak biru bukan mak itam ,tokey braun buffel hahaha

      Padam