WARGA SCP

Ahad, April 07, 2013

PART 19 TANAH SUCI MADINAH : SOLAT ZOHOR DI MASJID NABAWI

ALHAMDULILLAH

Kami sampai ke Kota Suci Madinah Al Munawwarah ketika waktu zohor hampir masuk. Urusan kami dipermudahkan lagi apabila Mutawif Hj Hamza telah sedia menanti kami di kamarnya di Dallah Taibah untuk kami menumpang membersihkan badan dan sebagainya serta berwuduk . 

Semua yang dirancang semalam sebelum bertolak berjalan dengan baik dengan izin Allah jua.







Allahuakhbar,
Menuju ke Masjid Nabawi yang terletak hanya 20 meter dari Dallah Taibah buat kali pertamanya setelah kali terakhir berada di pada tanggal Jun 2011. Rindu untuk merasai kenikmatan solat berjemaah di Masjid Nabawi terubat jugak . 

Selesai sahaja solat , aku dan anak lelaki ku terus masuk menyusuri ke bahagian hadapan untuk meziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat manakala mak itam dan anak perempuan kami menghala ke sebelah kiri masjid bagi jemaah wanita.


Dah penuh sesak dengan kenderaan
kerana sebentar lagi waktu zohor akan masuk

Memasuki pintu Babus Salam yang ternyata ramainya umat ketika itu. Memang kali ini musim umrah dah macam musim haji dengan jemaah yang terlalu ramai.

Perjalanan sering terhenti manakala keadaan dalam raudah ketika itu kedengaran berlaku kekecohan di bahagian lelaki dan polis bergegas dan menjerit dari jauh kerana agaknya telah berlaku rempuhan di situ apabila Raudah dibuka selepas usai solat zohor tadi.

Di sinilah terlihatnya sifat2 kerakusan demi mengejar pahala yang dijanjikan hinggakan menyakiti antara satu sama lain .

Babus Salam

foto pun blur dan bergoyong bergoyang akibat disondol dari belakang

sesak sesangat



Alhamdulillah
Ada ruang di tepi hadapan Makam Rasulullah buat kami berhenti dalam 5-10 minit juga menyampaikan salam buat Baginda Rasulullah serta berdoa sebelum beredar kehadapan sikit bagi menyampaikan salam buat sahabat baginda juga lalu beredar perlahan-lahan meninggalkan kawasan tersebut.

Alhamdulillah
Hajat menziarahi Makam Rasulullah dan juga para sahabat serta bersolat di Masjid Nabawi telah terlaksana dengan izin Allah jua dan dipermudahkan .


Alhamdulillah
ada ruang di sini buat kami dalam 10 minit juga
tanpa dihalau pergi







Jumaat, April 05, 2013

PART 18 TANAH SUCI MAKAH : TAWAF WADA

ALHAMDULILLAH

Lepas solat subuh , kami lanjutkan dengan Tawaf Wada . Dah jadi satu kewajipan untuk melakukan tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal bila perlu meninggalkan Baitullah lebih dari dua marhala bagi kami kerana pukul 7.00 pagi nanti kami akan bertolak ke Madinah untuk seharian menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabatnya . 

Kalau dah berada di kota Makkah, macam tak lengkap pula kunjungan ke Tanah Suci kalau tak ke Kota Suci Madinah.

Pemandu Kami Abdul Karim
sedang meninggalkan Kota Suci Makkah

 melepasi perkuburaan Ma'ala



Alhamdullillah
Walaupun agak padat jugak hingga ambil masa hampir sejam jugak pagi tu untuk menyelesaikan tawaf wada' lalu pulang dulu ke bilik bersihkan diri dan ganti baju dan kain yang dah lencun dek peluh manakala mak itam dgn anak pompuan kami agak lambat siap juga tawaf wada' mereka.  

Sarap dulu kerana perjalanan pagi ni ke Madinah agak jauh dan panjang. Jadi aku minta pemandu kami Abdul Karim agar lewatkan sikit lebih kurang jam 8.00 pagi . Dia ok je dan kata nanti boleh "pecut" sikit kat highway gantikankan masa yg dah terbuang.




Hari ini dalam sejarah buat kami kerana kebiasaannya sebelum ini, apabila kami melakukan tawaf wada' , maka itulah pertemuan terakhir kami dengan Baitullah Al Haram dan akan terus terbang ke Tanah Melayu. 

Tapi kali ini perpisahan kami dengan Baitullah Al Haram hanya seketika dalam 16 jam je kerana kami dah rancang dengan izin Allah dan membawa sekali kain ihram dan apabila keluar saja dari Kota Suci  Madinah nanti, kami akan berhenti di Miqat Bir Ali (Zul Hulaifah)  dan memasang niat umrah sekali lagi sebelum memasuki ke Kota Makkah.



 boleh tahan juga dalam130-140 km/j

Alhamdulillah,
Kos GMC untuk kami 4 beranak walaupun boleh memuatkan 8 orang sangat2 berpatutan dan murah berbanding kos sebenar yang selalu dikenakan oleh pengendali dari Tanah Melayu yang menggunakan nilai mata wang RM kerana semua urusan ku di sini secara terus dan kerana hubungan baik yg terjalin sebelum ini atas bantuan rakan ku menyebabkan ia pada ku sungguh2 berpatutan dan murah sangat serta dibayar dalam nilai Saudi Riyal . 

Aku memang ada bawa RM sebagai backup untuk perkara-perkara  macam ni kerana SR aku bawak dalam 2K je buat makan-makan dan sedekah. Jadi semalamnya, aku pi dok tukar kat sebuah money changer di Zam-Zam Tower yang tukarannya RM 1.00 bersamaan SR 1.16


 kami dok berhenti di separuh perjalanan
pekena teh susu 
bila aku nak ambik fotonya
dia posing mcm muka "gatal" buat aku tersenyum 
hehehe




Alhamdulillah
Memang Alllah permudahkan urusan kami ke Kota Suci Madinah dan ada sahaja bantuan yang Allah hulurkan tanpa disangka-sangka hinggakan kami dilayan bagai V.I.P dan Abdul Karim nak carikan aku sorang mutawwif di Madinah nanti yang bayarannya hampir SR 300.00 yang hendak dia jelaskan gunakan wangnya sendiri . Dahlah bayaran GMC dan perkhidmatannya murah, nak cari dan bayarkan kami lagi utk sorang mutawwif.

Itulah rezeki dari Allah . Aku kerap bermohon kepada Allah sebelum kami pergi agar segala urusan kami dipermudahkan nanti  dan Allah Yang Maha Berkuasa dah tunaikan hajat hambanya ini .

Itulah ketentuan Allah. Aku hanya insan biasa je yang tak punya apa-apa darjat dan pangkat serta gelaran.Gelaran yang aku ada dan sandang hanyalah  "Pak Itam" a.k.a Bapak Rezeki  je .

Khamis, April 04, 2013

PART 17 TANAH SUCI MAKKAH : BANYAK AIR MATA GUGUR DI SUDUT INI

ALHAMDULILLAH

AIRMATA
PENGHARAPAN
KUDRAT
KETENTUAN ALLAH

TENTUNYA PENJURU INI SUNGGUH ISTIMEWA 

HINGGAKAN MENJADI REBUTAN
HINGGAKAN MENJADI IGAUAN
HINGGAKAN MENJADI SEBUTAN
HINGGAKAN MENJADI IMPIAN

HUKUM MENGUCUPNYA ADALAH SUNAT SAHAJA
TAPI SEBALIKNYA MENJADI REBUTAN DAN IMPIAN SETIAP TETAMU ALLAH
SEOLAH-OLAH IA SATU KEWAJIPAN

HINGGAKAN ADA NYAWA YANG MELAYANG 
 HINGGAKAN ADA YANG HILANG PERTIMBANGAN 
HINGGAKAN TERPAPAR SIKAP KERAKUSAN 
SEMUANYA TERPAPAR DI SUDUT INI  

SATU KEJAYAAN BESAR APABILA BERJAYA MENGUCUPNYA
TAPI BUKANLAH KEGAGALAN BESAR SEKIRANYA GAGAL MENGAPAINYA

KERANA KEGAGALAN KEHIDUPAN KITA SEBENARNYA 
ADALAH BERDASARKAN AMALAN DAN BEKALAN 
YANG BAKAL DIBAWA NANTI
KERANA ITULAH YANG BAKAL DIPERSOALKAN NANTI

TIADA SOALAN SAMADA KITA BERJAYA MENGUCUPNYA ATAU TIDAK
JADI JANGANLAH DISESALKAN SEKIRANYA GAGAL MENGUCUPNYA
KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT SETIAP HAMBANYA

Hasil Nukilan Pak Itam@SCP
Makkah Al Mukarramah

Lihat Deretan Beberapa Muslimah di Situ Cuba Mengucup Hajarul Aswad
Mengapa Harus Berada Di Situ
Yang Akhirnya Keburukan lebih banyak dari Kebaikkan
Akhirnya Aurat Teraba dan Terbuka Tanpa Sengaja







Rabu, April 03, 2013

PART 16 TANAH SUCI MAKKAH : HENING SUBUH ANTARA SAFA DAN MARWAH

ALHAMDULILLAH

Setelah betulkan semula kain ihram yang dah serabai dan kusut masai dek dalam penerbangan, berwuduk dan lantas kami mula menapak meninggalkan Al Massa terus ke pintu utama King Abd. Aziz . Masuk sahaja kedalam Masjidil Haram setelah kali terakhir kami berpijak di situ Jun 2011 mengembalikan semula kenangan terindah dan mengucapkan kesyukuran kerana Allah dah makbulkan doa kami dulu semasa kami melakukan Tawaf Wada untuk dijemput lagi bertandang ke RumahNYA.

Kami lepas tu dok solat jamak taakir Magrib Isyak dulu sebelum melangkah lagi hingga kelibat Baitullah Al Haram tersergam indah tak terucap di hadapan kami diiringi doa yang kami baca manakala kelihatan setiap ruang kawasan tawaf atau mataf dipenuhi setiap penjuru dan setiap inci pagi ni dah macam musim haji pulak .

saei pagi tu penuh dan padat sangat



Macam biasa kami berjanji akan bertemu semula di kawasan tepi paip air zam-zam nanti selepas selesai tawaf umrah dan solat sunat tawaf nanti kerana lebih baik kami menumpukan sepenuh perhatian untuk melakukan tawaf  dari nak tercari mana kelibat antara satu sama lain dicelah lautan manusia yang begitu ramai .

Kerana ramainya umat pagi ni, hampir sejam jugak nak selesaikan tawaf . Keadaan kat kawasan tawaf agak kelam-kabut dan bersimpang siur juga kerana semua yang berkerusi roda yang kebiasaannya tawaf di tingkat atas kini terpaksa turun utk tawaf di bawah kerana Masjidil Haram ketika ini sedang dalam proses pengubahsuaian dan penambahbaikan secara besar-besaran hinggakan sebahagian sambungan Masjidil Haram bahagian atas telah dirobohkan dan terputus.

Macam2 ada masa tawaf,
disondol, menyondol akibat jemaah yang bagai lautan ombaknya.

kawasan lampu hijau sebagai tanda
disunatkan untuk JEMAAH LELAKI berlari2 anak
jangan pulak jemaah perempuan ikut sama 



Pusingan tawaf seringkali terhenti apabila sampai ke penjuru Hajarul Aswad hingga selepas Hijir Ismail kerana dek lantaran ramainya umat di dua pertiga malam mencari keredaan Ilahi .  

Alhamdulillah
walaupun dalam kepenatan,keletihan dan kelesuan, kami berjaya selesaikan tawaf umrah kami dan nak cari tempat nak solat sunat umrah belakang area Makam Ibrahim pula agak sesak kerana kawasan tu kira tinggal dah tak luas sangat kerana ada pembinaan di belakangnya .

Bertemu kembali di tempat yang dijanjikan lalu menuju ke bukit Safa pula lebih kurang jam 3 pagi jugak. Kerana terdapat pembinaan di kawasan menaiki bukit Safa dari kawasan tawaf, maka depa dok buat lorong baru kepung dengan plywood kira2 menuju ke pertengahan antara Marwa dan Safa , lepas tu kena belok kanan menuju ke Bukit Safa dan barulah bermulanya Saei di situ.

Orang pagi tu,
Masyallah, 
PADAT
RAMAI
PENUH 




Itu yang boleh aku gambarkan dan dah macam musim haji pulak gamaknya.
Faktor yang menyumbang kepada ramainya jemaah di Makkah sekarang ialah kerana depa sekarang dok holiday dalam seminggu juga . Itu yang padat kota Makkah ketika itu.

Sejam lebih lagi kami perlukan untuk selesaikan Saei. Di atas bukit Safa , terlalu ramai umat hingga agak sukar nak buat pusingan di situ. Begitu juga bukit Marwa . Kalau sebelum ini, kelihatan Baitullah dari Bukit Safa, kini tidak lagi kerana terdapat pembinaan di situ dan ditutup oleh kepingan plywood .

Betis dan tapak kaki mulai terasa lenguh , namun apalah sangat kesakitan itu berbanding pengorbanan Siti Hajar masa ia ditinggalkan di situ suatu ketika dulu bersama Nabi Ismail yang masih kecil demi perintah Allah ketika itu di sebuah kawasan yang kering kontang .

Hening Subuh Antara Safa dan Marwah.

Dua kali juga kami berhenti seketika antara Safa dan Marwah kerana anak2 ku dah keletihan . Berhenti seketika meneguk zam-zam . 

Alhamdulillah,
kami berjaya menyelesaikan umrah kami yang diakhiri dengan bergunting dan tahallul dengan perasaan gembira . 

Bergerak pulang ke Al Massa lalu bercukur kami dua beranak di Barber Shop bersebelahan SR10 satu kepala . Botak licin kami berdua . Penat memang penat , tapi tak boleh baring ni, takut terlelap. 

Jadi mandi sesiap dan kembali kami semula ke Haram untuk solat subuh setelah kain ihram yg di pakai sejak semalam lagi dilepaskan dari tubuh badan. Lepas solat subuh , terbontang kami tidur hingga jam 10.00 am kerana badan dan tenaga nak ke "recharge" semula untuk hari2 yang berikutnya .

Alhamdulillah
Misi terlaksana pagi ni dengan penuh rasa nikmat dan kesyukuran.
    
  kami selesai umrah jam 4.20 pagi jugak
kena cross nak ke pintu King Abd Aziz
kerana jalan pintas belakang laluan Saie
di tutup kerana tapak pembinaan

Selasa, April 02, 2013

PART 15 TANAH SUCI MAKKAH : BERNIAT IHRAM ATAS UDARA

ALHAMDULILLAH

Satu pengalaman baru buat ku . Jika kebiasaannya menunaikan umrah melalui pakej yang tersedia oleh banyak agensi pengendali di tanah air , kali ini kami memilih untuk pergi sendiri tanpa pakej (special request). Tentu satu pengalaman baru yang bakal kami tempuhi kerana banyak urusan kena uruskan sendiri.

Tapi urusan visa dan lain2 hal perlu diuruskan oleh pihak yang diiktiraf di Malaysia dan dah jadi syarat kerajaan Arab Saudi pula, sebuah agensi pengendali dari negara mereka yang mereka iktiraf juga mesti terlibat apabila sahaja kita mendarat di sana.

KLIA-RIYADH-JEDDAH

Alhamdulillah,

Aku hanya ambil masa singkat dalam seminggu-dua je buat segala perancangan kerana queen aku kata dah rindu sangat nak bertandang ke Makkah dan menjadi tetamu Allah dan tak boleh tunggu2 dah. Lagi pun anak jantan aku nanti bulan jun sibuk dengan kelas tambahan kerana nak SPM manakala anak betina aku pula kebetulan baru habis selesaikan practicalnya . Jadi kami kami ambil penerbangan terus dari Malaysia ke Jeddah kerana kami bercadang nak masuk terus ke Makkah dengan menggunakan Saudia Air .

Oleh itu satu pengalaman baru buat ku kerana kali pertama akan berniat ihram kat atas kapalterbang. Macam biasa aku parking motor roda 3 aku kat "long term parking" di KLIA hanya memakai track suit serta singlet pagoda tanpa pakai "small john" dari rumha lagi serta 2 bagasi besar kira kongsi berempat beranak dan 2 hand luggage yang semestinya kain ihram aku dan anak aku kerana kalau nak masuk ke Makkah menunaikan umrah mesti berniat ihram di dalam kapal terbang bila memasuki zon miqat, manakala penumpang yang turun di Jeddah nanti dan nak teruskan perjalanan dengan bas ke Madinah pula tak perlu pakai ihram dan berniat ihram .

 

jangkaan  mendarat di Jeddah 9.22 malam

26 minit lagi sampai ke miqat

Aku memang sengaja memilih penerbangan jam 3.00 petang dari KLIA . Jadi masuk waktu zohor sahaja , tak terlepas solat zohor dan boleh terus jamak takdim dengan asar pula manakala apabila tiba nanti di Makkah , tak terlepas pula solat magrib dan isyak walaupun jangkaan sampai pukul 12.00 tgh malam di hotel penginapan kerana boleh jamak Taakir pula.

Sebagai ingatan, umrah tu hanya sunat sahaja bagi yang dah pernah melakukannya, tapi solat tu yang wajib dan paling mustahak. Jangan pulak solat saja kita "ringan-ringankan" tanpa uzur syarie . Jangan kita nak kejar yang sunat, tapi tinggalkan yang wajib dengan mencipta alasan sendiri.

Aku dah mandi sunat ihram dari rumah lagi , jadi cuma tak pakai ihram je . Maka sebelum berlepas , kami terus tukar kain ihram di surau KLIA yang merupakan pengalaman pertama ku berihram dari Tanah Melayu lagi .

Penerbangan dijangka dalam 8 jam juga dan semua komersil flight Saudia walaupun namanya penerbangan terus mesti singgah di Riyadh kerana merupakan hub penerbangan mereka .Dalam pada tu duduk berejam2 dalam kapal terbang dengan kain ihram, nak kena jaga juga pasal karang takut tak perasan terselak kain ihram yang bawah , dah lain jadinya nanti. Kecoh satu flight nanti hehehe

Takda flight dalam dunia ni yang baca doa bermusafir selain Saudia tapi kalau dulu , kapten yang akan bacakan doa, tapi zaman teknologi terkini ni , terpapar di semua skrin penumpang doanya yang dibaca secara rakaman dan habis je doa tu, meluru SV 830 meninggalkan bumi Tanah Melayu membawa satu lagi babak baru dalam diari Suatu Catatan Perjalanan dalam kehidupan kami.

Sepanjang pernerbangan bila tiba waktu makan, aku pastikan tak tertumpah sisa makanan dan bila nak ke tandas paling senang, selak je hehehe

Ialah, dah takda sehelai pun pakaian yang berjahit walaupun belum berniat umrah kerana karang kalau dipakai, tetiba masuk zon miqat, nak terkocoh2 pulak nak bukak "small john" kat tengah org ramai hehehe 

Selamat mendarat di Riyadh manakala yang turun depa turun dan yang meneruskan perjalanan ke Jeddah tak dibenarkan turun selama sejam jugak . Dalam masa tu sepantas kilat pekerja2 naik ke atas kapal terbang dok kutip sampah, cuci toilet dan macam2 lagi .

Tiba masa nak berlepas, tetiba pilot kata terpaksa delay sikit kerana bumi Riyadh yang kering kontang telah Allah turunkan hujan rahmat dan kilat sambung menyambung . Hampir 20 minit juga keadaan sebegitu sebelum akhirnya selamat berlepas ke Jeddah pula yang dijangka tak lebih sejam je penerbangannya.

Dalam 20 minit lagi nak mendarat di Jeddah, pengumuman dibuat yang kini bagi penumpang yang ingin terus masuk ke Makkah dan telah berihram, maka pasanglah niat umrah sebentar lagi bila tiba dikawasannya yang dipaparkan di screen lebih kurang 3-4 minit jangka waktunya juga sebelum kapalterbang kira dah masuk ke zon tanah haram atau zon ihram bagi yang berniat melakukan umrah.

SEBAGAI PERINGATAN , bagi yang nak masuk ke Madinah , jangan pula memandai ikut sama berniat kerana karang kena dam pula kerana dahlah tak berihram dan lepas tu nak pergi ke Madinah pula dan tetiba pasang niat umrah.

SEBAGAI INGATAN , niat ni bukan boleh buat memain dan buat gurau senda .




8.57 waktu Jeddah
1.57 pagi waktu Malaysia(time tidur ni)
saat yang ditunggu2 pun tiba

kira dah masuk zon tanah haram
dari atas udara
Kalau tak salah aku , tak sampai 20 org penumpang je yang berihram dan berniat umrah ketika itu berbanding penumpang2 yang lain yang pastinya sebahagiannya akan terus naik bas ke Madinah dan separuh lagi pasti penduduk atau pemastautin kota Jeddah .


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ
لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Maka bermulalah segala pantang-larang dalam ihram yang perlu dipatuhi . Tak sampai 10 minit , Saudia selamat mendarat di Jeddah  dan macam biasalah di sini kena turun tangga sebelum menaiki bas pengantara ke terminal yang agak jauh jugak aku rasakan . Maka bermulalah dugaan pertama di kaunter imigresen Jeddah yang macam biasa sangat tak efesien cara mereka berkerja kerana dah jadi budaya mereka orang Arab bersikap sebegitu. Kesabaran sangat tinggi diperlukan di sini apabila berurusan dengan mereka.

Penumpang ramai panjang beratur dari 2-3 penerbangan yang turun, kaunter pula yg bukak 3-4 je . Dalam sejam lebih jugaklah baru tiba giliran kami . Aku kasihan lihat ada yang dah berumur tu kena berdiri 1-2 jam hanya untuk melepasi pemeriksaan imigresen . Kat pukul 12.00 tgh malam baru selesai semua urusan imigresen dan bagasi dan keluar dari Airport Jeddah.

 memasuki Kota Makkah
trafic jammed


Walaupun GMC dah bersedia menunggu kami, tapi dah jadi peraturannya di sini yang GMC atau kereta tak boleh ambil jemaah melainkan bas je dari dalam kawasan airport. Jadi dari situ kena naik coster yang disediakan lalu jalan sikit tak sampai 5 minit keluar kawasan airport berhenti tepi jalan dan tukar pula ke GMC yang sedia menunggu dengan pemandu arabnya bernama Ismail.Kami rakyat biasa je dan bukan pembesar negara, jadi kena ikutlah peraturan .  

Kalau pak menteri , rasanya tak payah tukar2 kenderaan ni bila keluar dari airport. Tapi bagus juga kerana tu satu pengalaman baru buat ku .

90 km Jeddah - Makkah tapi kesibukan lalu lintas terutamanya memasuki kota suci Makkah yang "tak pernah tidur" menyebabkan hampir 1.00 pagi jugak kami sampai di Al Massa. 

Memang kami selesa di Al Massa sejak dari dulu yang terletak berdekatan sangat dengan dataran Masjidil Haram dan boleh pilih kalau samada nak ke bawah Masjidil Haram atau nak ke Tingkat 2 atau 3 Masjidil Haram nanti .

Rakan ku yang sejak dari pukul 9.00 malam lagi yang setia menunggu kami dah stanby telefon pihak yang menunggu di Al Massa yang kami berkehendakkan bilik tingkat atas dengan "Haram View" dan tak perlu lagi nak tunggu check in kat kaunter untuk menjimatkan masa bila kami tiba.

Memang rezeki kami Allah permudahkan kerana kebetulan 1/2 hari sebelum berlepas, kami contact rakan ku ini yang memang kebetulan pula dia berada di Makkah atas urusan kerja.Jadi , dia banyak membantu dengan izin Allah jua .

Memula katanya malam tu takda bilik Haram View nak depa suruh masuk dulu bilik lain , esok nanti baru tukar bilik. Tapi Allah mempermudahkan lagi segala urusan dan memperkenankan permintaan hambaNYA ini kerana apabila kami sampai je, depa kata tak payah tukar2 bilik keesokkan harinya kerana bilik yang aku nak ada dan depa kasi tingkat 11 menghadap "Haram" tersedia hingga saat kami nak balik nanti.

Alhamdulillah,
sampai pun sudah , rehat jap 5 minit dan ambil wuduk  dan terus turun ke bawah dengan perasaan yang sungguh gumbira dan semangat yang berkobar2 untuk menuju ke Masjidil Haram, nak menatap Baitullah dan paling utama menyelesaikan tawaf dan saie umrah serta bergunting dan tahalul yang akan aku ceritakan bagaimana hebatnya pengalaman yang kami lalui malam itu kerana terlalu ramainya umat macam musim haji pula .

Insyallah,
ada masa aku sambung pengalaman terindah kami untuk kalian semua kerana rasanya dah cukup panjang aku bercerita pagi ni.

Dari Kamar Al Massa
1180

Isnin, April 01, 2013

PART 14 TANAH SUCI MAKKAH : EKSLUSIF DARI LENSA PAK ITAM

ALHAMDULILLAH

Ekslusif dari Lensa Pak Itam

Biasalah lepas subuh, israk dan dhuha balik dulu hotel dan sarapan
Pukul 9 pagi nanti pi balik
kali ni angkut sekali dengan DSLR 
pi nembak kat tingkat atas sekali Masjidil Haram 
pakai lens 18-200

Banyak juga ratusan hasil tembakan 
setiap pagi guna DSLR 
Nanti kalau ada masa bapak kongsikan

Hadiah dari Bapak
Buat warga SCP
panas lagi foto ni 
dengan tema
Panorama Yang Tak Pernah Menjemukan

sesak di Hijir Ismail


Makam Ibrahim