ALHAMDULILLAH
Setelah betulkan semula kain ihram yang dah serabai dan kusut masai dek dalam penerbangan, berwuduk dan lantas kami mula menapak meninggalkan Al Massa terus ke pintu utama King Abd. Aziz . Masuk sahaja kedalam Masjidil Haram setelah kali terakhir kami berpijak di situ Jun 2011 mengembalikan semula kenangan terindah dan mengucapkan kesyukuran kerana Allah dah makbulkan doa kami dulu semasa kami melakukan Tawaf Wada untuk dijemput lagi bertandang ke RumahNYA.
Kami lepas tu dok solat jamak taakir Magrib Isyak dulu sebelum melangkah lagi hingga kelibat Baitullah Al Haram tersergam indah tak terucap di hadapan kami diiringi doa yang kami baca manakala kelihatan setiap ruang kawasan tawaf atau mataf dipenuhi setiap penjuru dan setiap inci pagi ni dah macam musim haji pulak .
Macam biasa kami berjanji akan bertemu semula di kawasan tepi paip air zam-zam nanti selepas selesai tawaf umrah dan solat sunat tawaf nanti kerana lebih baik kami menumpukan sepenuh perhatian untuk melakukan tawaf dari nak tercari mana kelibat antara satu sama lain dicelah lautan manusia yang begitu ramai .
Kerana ramainya umat pagi ni, hampir sejam jugak nak selesaikan tawaf . Keadaan kat kawasan tawaf agak kelam-kabut dan bersimpang siur juga kerana semua yang berkerusi roda yang kebiasaannya tawaf di tingkat atas kini terpaksa turun utk tawaf di bawah kerana Masjidil Haram ketika ini sedang dalam proses pengubahsuaian dan penambahbaikan secara besar-besaran hinggakan sebahagian sambungan Masjidil Haram bahagian atas telah dirobohkan dan terputus.
Macam2 ada masa tawaf,
disondol, menyondol akibat jemaah yang bagai lautan ombaknya.
Pusingan tawaf seringkali terhenti apabila sampai ke penjuru Hajarul Aswad hingga selepas Hijir Ismail kerana dek lantaran ramainya umat di dua pertiga malam mencari keredaan Ilahi .
Macam2 ada masa tawaf,
disondol, menyondol akibat jemaah yang bagai lautan ombaknya.
kawasan lampu hijau sebagai tanda
disunatkan untuk JEMAAH LELAKI berlari2 anak
jangan pulak jemaah perempuan ikut sama
Pusingan tawaf seringkali terhenti apabila sampai ke penjuru Hajarul Aswad hingga selepas Hijir Ismail kerana dek lantaran ramainya umat di dua pertiga malam mencari keredaan Ilahi .
Alhamdulillah
walaupun dalam kepenatan,keletihan dan kelesuan, kami berjaya selesaikan tawaf umrah kami dan nak cari tempat nak solat sunat umrah belakang area Makam Ibrahim pula agak sesak kerana kawasan tu kira tinggal dah tak luas sangat kerana ada pembinaan di belakangnya .
Bertemu kembali di tempat yang dijanjikan lalu menuju ke bukit Safa pula lebih kurang jam 3 pagi jugak. Kerana terdapat pembinaan di kawasan menaiki bukit Safa dari kawasan tawaf, maka depa dok buat lorong baru kepung dengan plywood kira2 menuju ke pertengahan antara Marwa dan Safa , lepas tu kena belok kanan menuju ke Bukit Safa dan barulah bermulanya Saei di situ.
Orang pagi tu,
Masyallah,
PADAT
RAMAI
Itu yang boleh aku gambarkan dan dah macam musim haji pulak gamaknya.
Faktor yang menyumbang kepada ramainya jemaah di Makkah sekarang ialah kerana depa sekarang dok holiday dalam seminggu juga . Itu yang padat kota Makkah ketika itu.
Sejam lebih lagi kami perlukan untuk selesaikan Saei. Di atas bukit Safa , terlalu ramai umat hingga agak sukar nak buat pusingan di situ. Begitu juga bukit Marwa . Kalau sebelum ini, kelihatan Baitullah dari Bukit Safa, kini tidak lagi kerana terdapat pembinaan di situ dan ditutup oleh kepingan plywood .
Betis dan tapak kaki mulai terasa lenguh , namun apalah sangat kesakitan itu berbanding pengorbanan Siti Hajar masa ia ditinggalkan di situ suatu ketika dulu bersama Nabi Ismail yang masih kecil demi perintah Allah ketika itu di sebuah kawasan yang kering kontang .
Hening Subuh Antara Safa dan Marwah.
Dua kali juga kami berhenti seketika antara Safa dan Marwah kerana anak2 ku dah keletihan . Berhenti seketika meneguk zam-zam .
Alhamdulillah,
kami berjaya menyelesaikan umrah kami yang diakhiri dengan bergunting dan tahallul dengan perasaan gembira .
Bergerak pulang ke Al Massa lalu bercukur kami dua beranak di Barber Shop bersebelahan SR10 satu kepala . Botak licin kami berdua . Penat memang penat , tapi tak boleh baring ni, takut terlelap.
Jadi mandi sesiap dan kembali kami semula ke Haram untuk solat subuh setelah kain ihram yg di pakai sejak semalam lagi dilepaskan dari tubuh badan. Lepas solat subuh , terbontang kami tidur hingga jam 10.00 am kerana badan dan tenaga nak ke "recharge" semula untuk hari2 yang berikutnya .
Alhamdulillah
Misi terlaksana pagi ni dengan penuh rasa nikmat dan kesyukuran.
kena cross nak ke pintu King Abd Aziz
kerana jalan pintas belakang laluan Saie
di tutup kerana tapak pembinaan
kerana jalan pintas belakang laluan Saie
di tutup kerana tapak pembinaan
alhamdulillah
BalasPadamterima kasih kerana berkongsi pengalaman
Alhamdulillah
Padammoga bermanafaat buat semua
alhamdulillah..di sebalik padat & ramai umat, namun telah dipermudahkan ibadah di sana.. :-)
BalasPadamAlhamdulillah
PadamAllah dah janjikan bagaimana penuh pun umat berjuta, namun semua masih berpeluang melakukan ibadat di sana
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamlihat drp gambar ni
memang macam suasana haji
Waalaikumsalam Atuk
PadamAlhamdulillah
mmg mcm suasana awal musim haji pula, padat sangatnamun meriah
Assalamualaikum Tn Hj,
BalasPadamAlhamdulillah dapat merasai suasana mengerjakan UMRAH semacam musim menunaikan Haji berpandukan kepada gambar di N3 Tn Hj dan juga lain gambar di blog "Kehidupan Makkah " (Tn Hj. Mohd Arshad.......
waalaikumsalam tn hj
Padampadat , ramai , penuh hingga kekadang askar pun dah jaga sama kat pintu
Terima kasih Pak Itam dengan berita-berita terkini di Mekah. Hilang rindu bila melihat gambar-gambar tersebut.
BalasPadamsama2
Padambila rindu, bertandanglah ke tanah suci bila berpeluang
Alhamdulillah.
BalasPadamAlhamdulillah
PadamSyukur semua selamat diselesaikan
Alhamdulillah, terasa macam ada di sana bila tengok gambaq2 tu :)
BalasPadamAlhamdulillah ciku
Padamp/s : kalau siku ganas bahaya gi Saei tau bila org ramai hehe
Alhamdulillah.. seronoknya umrah dgn family
BalasPadamAlhamdulillah
Padamdapat bersama2 buat umrah dan berada di Tanah Suci