WARGA SCP

Ahad, April 07, 2013

PART 19 TANAH SUCI MADINAH : SOLAT ZOHOR DI MASJID NABAWI

ALHAMDULILLAH

Kami sampai ke Kota Suci Madinah Al Munawwarah ketika waktu zohor hampir masuk. Urusan kami dipermudahkan lagi apabila Mutawif Hj Hamza telah sedia menanti kami di kamarnya di Dallah Taibah untuk kami menumpang membersihkan badan dan sebagainya serta berwuduk . 

Semua yang dirancang semalam sebelum bertolak berjalan dengan baik dengan izin Allah jua.







Allahuakhbar,
Menuju ke Masjid Nabawi yang terletak hanya 20 meter dari Dallah Taibah buat kali pertamanya setelah kali terakhir berada di pada tanggal Jun 2011. Rindu untuk merasai kenikmatan solat berjemaah di Masjid Nabawi terubat jugak . 

Selesai sahaja solat , aku dan anak lelaki ku terus masuk menyusuri ke bahagian hadapan untuk meziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat manakala mak itam dan anak perempuan kami menghala ke sebelah kiri masjid bagi jemaah wanita.


Dah penuh sesak dengan kenderaan
kerana sebentar lagi waktu zohor akan masuk

Memasuki pintu Babus Salam yang ternyata ramainya umat ketika itu. Memang kali ini musim umrah dah macam musim haji dengan jemaah yang terlalu ramai.

Perjalanan sering terhenti manakala keadaan dalam raudah ketika itu kedengaran berlaku kekecohan di bahagian lelaki dan polis bergegas dan menjerit dari jauh kerana agaknya telah berlaku rempuhan di situ apabila Raudah dibuka selepas usai solat zohor tadi.

Di sinilah terlihatnya sifat2 kerakusan demi mengejar pahala yang dijanjikan hinggakan menyakiti antara satu sama lain .

Babus Salam

foto pun blur dan bergoyong bergoyang akibat disondol dari belakang

sesak sesangat



Alhamdulillah
Ada ruang di tepi hadapan Makam Rasulullah buat kami berhenti dalam 5-10 minit juga menyampaikan salam buat Baginda Rasulullah serta berdoa sebelum beredar kehadapan sikit bagi menyampaikan salam buat sahabat baginda juga lalu beredar perlahan-lahan meninggalkan kawasan tersebut.

Alhamdulillah
Hajat menziarahi Makam Rasulullah dan juga para sahabat serta bersolat di Masjid Nabawi telah terlaksana dengan izin Allah jua dan dipermudahkan .


Alhamdulillah
ada ruang di sini buat kami dalam 10 minit juga
tanpa dihalau pergi







7 ulasan:

  1. Balasan
    1. tak terucap dgn perkataan betapa indahnya

      Padam
  2. Salam. Rindunya....
    ramainya orng tK pernah surut ye psk itam. Bahagian muslimat di raudhah tu lagi sempit dan pastinya berebut rebut. Kdg kdg dapat ruang seciput je utk solat. Itupun dah cukup bersyukur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      itulah kelebihan 2 tanah suci yang dicemburui oleh org2 kafir yg sentiasa penuh dan padat dgn kunjungan kaum muslimin

      Padam
  3. Ya Allah, ramainya org... Ada tmpt yg x boleh tngkap gambarkan...? di mana ya yng x dibenarkan snap gmbr tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kali nimmg ramai kat Makkahh dan Madinah
      da mcm musim haji

      org lelaki tak kisah nak ambik foto kat mana2
      urg perempuan kat Madinah tak boleh ambik foto sesuka hati rasanya

      Padam
  4. Alhamdulillah

    Semua selesai dengan izin Allah jua
    Lepas sudah kerinduan kami nak menziarahi Rasulullah

    BalasPadam