ALHAMDULILLAH
Lepas solat subuh , kami lanjutkan dengan Tawaf Wada . Dah jadi satu kewajipan untuk melakukan tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal bila perlu meninggalkan Baitullah lebih dari dua marhala bagi kami kerana pukul 7.00 pagi nanti kami akan bertolak ke Madinah untuk seharian menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabatnya .
Kalau dah berada di kota Makkah, macam tak lengkap pula kunjungan ke Tanah Suci kalau tak ke Kota Suci Madinah.
Pemandu Kami Abdul Karim
sedang meninggalkan Kota Suci Makkah
melepasi perkuburaan Ma'ala
Alhamdullillah
Walaupun agak padat jugak hingga ambil masa hampir sejam jugak pagi tu untuk menyelesaikan tawaf wada' lalu pulang dulu ke bilik bersihkan diri dan ganti baju dan kain yang dah lencun dek peluh manakala mak itam dgn anak pompuan kami agak lambat siap juga tawaf wada' mereka.
Sarap dulu kerana perjalanan pagi ni ke Madinah agak jauh dan panjang. Jadi aku minta pemandu kami Abdul Karim agar lewatkan sikit lebih kurang jam 8.00 pagi . Dia ok je dan kata nanti boleh "pecut" sikit kat highway gantikankan masa yg dah terbuang.
Hari ini dalam sejarah buat kami kerana kebiasaannya sebelum ini, apabila kami melakukan tawaf wada' , maka itulah pertemuan terakhir kami dengan Baitullah Al Haram dan akan terus terbang ke Tanah Melayu.
Tapi kali ini perpisahan kami dengan Baitullah Al Haram hanya seketika dalam 16 jam je kerana kami dah rancang dengan izin Allah dan membawa sekali kain ihram dan apabila keluar saja dari Kota Suci Madinah nanti, kami akan berhenti di Miqat Bir Ali (Zul Hulaifah) dan memasang niat umrah sekali lagi sebelum memasuki ke Kota Makkah.
boleh tahan juga dalam130-140 km/j
Alhamdulillah,
Kos GMC untuk kami 4 beranak walaupun boleh memuatkan 8 orang sangat2 berpatutan dan murah berbanding kos sebenar yang selalu dikenakan oleh pengendali dari Tanah Melayu yang menggunakan nilai mata wang RM kerana semua urusan ku di sini secara terus dan kerana hubungan baik yg terjalin sebelum ini atas bantuan rakan ku menyebabkan ia pada ku sungguh2 berpatutan dan murah sangat serta dibayar dalam nilai Saudi Riyal .
Aku memang ada bawa RM sebagai backup untuk perkara-perkara macam ni kerana SR aku bawak dalam 2K je buat makan-makan dan sedekah. Jadi semalamnya, aku pi dok tukar kat sebuah money changer di Zam-Zam Tower yang tukarannya RM 1.00 bersamaan SR 1.16
kami dok berhenti di separuh perjalanan
pekena teh susu
bila aku nak ambik fotonya
dia posing mcm muka "gatal" buat aku tersenyum
hehehe
Alhamdulillah
Memang Alllah permudahkan urusan kami ke Kota Suci Madinah dan ada sahaja bantuan yang Allah hulurkan tanpa disangka-sangka hinggakan kami dilayan bagai V.I.P dan Abdul Karim nak carikan aku sorang mutawwif di Madinah nanti yang bayarannya hampir SR 300.00 yang hendak dia jelaskan gunakan wangnya sendiri . Dahlah bayaran GMC dan perkhidmatannya murah, nak cari dan bayarkan kami lagi utk sorang mutawwif.
Itulah rezeki dari Allah . Aku kerap bermohon kepada Allah sebelum kami pergi agar segala urusan kami dipermudahkan nanti dan Allah Yang Maha Berkuasa dah tunaikan hajat hambanya ini .
Itulah ketentuan Allah. Aku hanya insan biasa je yang tak punya apa-apa darjat dan pangkat serta gelaran.Gelaran yang aku ada dan sandang hanyalah "Pak Itam" a.k.a Bapak Rezeki je .
Seronoknya Pak Itam!! anak sedara saya panggil saya Pak Tam :)
BalasPadamAlhamdulillah
Padamseronok tak terucap
Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.
PadamUMRAH PERSENDIRIAN
Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan
Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.
Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
1. beragama Islam
2. berumur 18 tahun ke atas dan
3. berminat menyertai
di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.
Sekian terima kasih
semakin teruja saya baca catatan pengalaman bapak ke tanah suci... :-)
BalasPadamdarjat, pangkat dan gelaran tu semua hanyalah fana..tidak kekal. di sisi Allah..kita semua sama..hambaNya yang kerdil.
Alhamdulillah
Padammoga pengalaman bapak jadi motivasi Murni
Menariknya, buat tawaf wada untuk ke Bir Ali. Lepas tu patah balik utk buat umrah :)
BalasPadamAlhamdulillah
PadamSejarah buat kami
Alhamdulillah murah rezeki pak itam sekeluarga
BalasPadamAllah permudahkan buat kami
PadamAlhamdulillah
Alhamdulillah, urusan dipermudahkan olehNya. Tang tetiba buat senyuman gatal tu tak menahan, kihkihkih..
BalasPadamlps tu bapak cakap melayu kat dia yg dia posing gaya miang, dia ketawa je psl dia pun tak paham apa bapak cakap hehehe
Padamsalam,
BalasPadamboleh tahu macam mana ye nak dapatkan visa umrah secara persendirian(tanpa melalui travel agency)?
waalaikumsalam
Padamuntuk visa umrah, kerajaan Saudi hanya melayan proses permohonan visa yang diserahkan kepada 21 syarikat pelancongan berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi.
oleh itu, visa umrah "nak tak hendak" mesti melalui 21 syarikat pengendali tersebut .
owh....meaning kita guna travel agency tapi pegi sendiri ye?tak pegi sama rombongan agency tu
BalasPadamyup
PadamSeronok nya dapat melihat bapak bersama keluarga mengerjakan umrah secara persendirian.. terasa bebas bergerak kan dan yang pasti Allah sentiasa mempermudahkan umat nya di sana.
BalasPadambole ke berkongsi no dengan driver bernama Abdul karim... Insyallah mana la tahu mungkin hajat tercapai juga..
Alhamdulillah
Padamminta maaf bebanyak, bukan tak mau kasi contact no. Abdul Karim tu, tapi ia personel driver dan bukan rutinnya bawa jemaah
kalau nak tahu anggaran transport kat sana boleh google http://persadaoasis.com.my/pengangkutan-2/ krn mrk ada sediakan perkhidmatan pengangkutan kat sana, tapi tak dapat sama lah murah harganya mcm yg bapak gunakan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam dan Mohon izin menulis. Untuk makluman saja, NAS Air sedang membuat promosi pernerbangan terus KUL-JED dan sebaliknya yang akan bermula mulai 1 apr 2014. harga promosi ini masing-masing SAR1000 dan SAR999. Pembelian tiket akan berakhir pada 17 mar 2014 dan tempoh terbang mulai 1 apr 2014 hingga 31 mei 2014. Kekerapan penerbangan pada kadar ini adalah 3 kali seminggu. Harga ini adalah sesuai bagi mereka yang bercadang menunaikan umrah tanpa melalui travel agen umrah atau lebih di kenali sebagai umrah persendirian atau umrah back pack. Akhir-akhir ini ramai jemaah dari Malaysia menunaikan
BalasPadamMohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.
BalasPadamUMRAH PERSENDIRIAN