WARGA SCP

Khamis, April 04, 2013

PART 17 TANAH SUCI MAKKAH : BANYAK AIR MATA GUGUR DI SUDUT INI

ALHAMDULILLAH

AIRMATA
PENGHARAPAN
KUDRAT
KETENTUAN ALLAH

TENTUNYA PENJURU INI SUNGGUH ISTIMEWA 

HINGGAKAN MENJADI REBUTAN
HINGGAKAN MENJADI IGAUAN
HINGGAKAN MENJADI SEBUTAN
HINGGAKAN MENJADI IMPIAN

HUKUM MENGUCUPNYA ADALAH SUNAT SAHAJA
TAPI SEBALIKNYA MENJADI REBUTAN DAN IMPIAN SETIAP TETAMU ALLAH
SEOLAH-OLAH IA SATU KEWAJIPAN

HINGGAKAN ADA NYAWA YANG MELAYANG 
 HINGGAKAN ADA YANG HILANG PERTIMBANGAN 
HINGGAKAN TERPAPAR SIKAP KERAKUSAN 
SEMUANYA TERPAPAR DI SUDUT INI  

SATU KEJAYAAN BESAR APABILA BERJAYA MENGUCUPNYA
TAPI BUKANLAH KEGAGALAN BESAR SEKIRANYA GAGAL MENGAPAINYA

KERANA KEGAGALAN KEHIDUPAN KITA SEBENARNYA 
ADALAH BERDASARKAN AMALAN DAN BEKALAN 
YANG BAKAL DIBAWA NANTI
KERANA ITULAH YANG BAKAL DIPERSOALKAN NANTI

TIADA SOALAN SAMADA KITA BERJAYA MENGUCUPNYA ATAU TIDAK
JADI JANGANLAH DISESALKAN SEKIRANYA GAGAL MENGUCUPNYA
KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT SETIAP HAMBANYA

Hasil Nukilan Pak Itam@SCP
Makkah Al Mukarramah

Lihat Deretan Beberapa Muslimah di Situ Cuba Mengucup Hajarul Aswad
Mengapa Harus Berada Di Situ
Yang Akhirnya Keburukan lebih banyak dari Kebaikkan
Akhirnya Aurat Teraba dan Terbuka Tanpa Sengaja







14 ulasan:

  1. Ramainya tetamu Allah masa saya pergi dulu tidak seramai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg ramai dah mcm musim awal haji, tapi seronok

      Padam
  2. tenggelam dalam lautan umat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. silap hari bulan , terpijak

      tapi semuanya Kuasa Allah

      Padam
  3. Salam pak.
    Dari angle mana gambar ni? Bumbung ke
    Seronok nya ramainya orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      angle dr tingkat atas bumbong
      zoom sampai habis lens tu

      Padam
    2. Wow sure power lens pak itam.hihi

      Padam
  4. Assalam,

    Musim Haji 1432 saya tak berani menghampiri sudut itu. Tapi Alhamdulillah pernah mengucup H. Aswad ketika umrah sebelum Haji...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      Alhamdulillah, rezeki dr Allah

      Padam
  5. Assalamualaikum Tn Hj,

    Benar apa yang di nyatakan oleh Tn Hj, terdapat jemaah yg menunaikan Haji atau Umrah sanggup beradu kekuatan untuk mengucupinya atau membayar upah ......sedangkan ianya hanya SUNAT sahaja.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      sekrg ni ramai lg indon dok keliaran di laman tawaf cari sapa yg hendak kucup Hajarul Aswad, org rumah saya pun di tanya masa tgh tawaf .

      Padam
  6. Saya pun belum dapat lagi mengucupnya. ramai yang nasihat jangan lagi masa ramai2 tu. insyaAllah adalah waktu yg dapat. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, doa, solat taubat, solat hajat minta Allah permudahkan jika berhajat

      Padam
  7. kalau tak kena cara, yang sunat boleh jadi haram...wallahu a'lam

    BalasPadam