WARGA SCP

Rabu, Disember 21, 2011

KOTA SINGA PART 6 : 3 DAYS MONORAIL PASS

ALHAMDULILLAH

Kami telah diberikan kemudahan pas monorail percuma selama 3 hari .Ia boleh digunakan sebanyak kali mungkin untuk bergerak di Pulau Sentosa sendiri dan juga untuk ke Vivo City.

Selain dari kemudahan memandu kenderaan ke Pulau Sentosa , ia juga dihubungkan dengan monorail ke Vivo City dan juga kemudahan kereta kabel . Vivo City sebuah bandar satelit yang lengkap dengan sebuah kompleks yang sungguh besar menempat pusat membeli belah dan kawasan riadah yang sungguh besar .Dari Vivo Citylah bermula rangkaian North East Line (NEL) SMRT mereka yang bermula di Stesyen Harbour Front dan berakhir di Punggol.

peta laluan SMRT

kereta kabel menghubungkan
Sentosa dengan Vivo City di Kota Singa

berhampiran Imbiah Station

Dari Sentosa ke Vivo City dengan monorail tak sampai 10 minit . Lantas membelah pula perut bumi untuk mencari stesyen SMRT . Di sini terdapat 4 "line" SMRT yang menghubungkan ke semua tempat di Kota Singa .

North East Line (NEL) berwarna unggu.
Circle Line (CCL) berwarna oren.
North South Line (NSL) berwarna merah.
East West Line (EWL) berwarna hijau

Perlu pandai baca arah perjalanan yang hendak dituju kerana perlu menukar "line" yang berselirat dalam perut bumi.

Tujuan ku ialah nak ke sekitar Esplanade lalu sebagai stesyen perhentian nanti ialah Esplanade . Untuk membeli tiket SMRT juga mudah dengan hanya menyentuh peta perjalanan di skrin paparan perhentian yang kita tujui lalu berapa jumlah yang perlu dibayar terpampang .



Untuk ke Esplanade , kena pilih dulu line NEL (North East) yang berwarna unggu ke stesyen Dhoby Ghout lalu bertukar pula ke CCL (Circle Line) yang berwarna oren pula. 8.10 Singapore Dollar untuk 3 orang sehala namun ia termasuk deposit tiket 1.00 dollar seorang. Bagi rakyat tempatan ,mereka mempunyai kad pas bulanan.

Nanti bila nak keluar dari stesyen, masukkan semula tiket tu dan "refund" sebanyak 1 dollar setiap tiket akan dikembalikan kerana tiketnya bukan dari kertas macam di tempat kita. Ia berupa seperti sekeping kredit card bermagnetic. Kalau nak buat cenderahati, tak payah pulangkan dan tak dapat kembali deposit tersebut.

terdapat 3 buah stesyen
monorail di Pulau Sentosa
iaitu Beach Station, Imbiah Station dan Water Front station
manakala Sentosa Station di Vivo City

Live Performence at Concourse Esplanade
lunak suara mamat ni dengan iringan piano


Nampak mudahkan, tapi kena ada stamina sebenarnya kerana kena banyak menapak.Nasib baik aku tak pakai terompah , kalau tak mau melecet kaki. Sesebuah stesyennya besar sangat dan banyak arahnya.

Jadi kena cari arah petunjuk yang betul. Kalau tak , sesat sampai stesyen bas Pudu lah gamaknya hehehe


Namun iktibar dan pengajaran yang kita sebagai umat islam boleh ambil ialah walau sehebat mana teknologi yang dibina dan dirancang oleh manusia , namun tidak dapat menandingi walaupun sebesar zarah pun kehebatan Allah yang akan menentukan sebagaimana canggihnya sistem SMRT di sana, namun baru2 ini mengalami masalah yang sungguh serius hingga menyebabkan perkhidmatannya tergendala dan menyebabkan keadaan agak tidak menentu jugak dikalangan penggunanya .


Surah Ali'Imran. Ayat 189 :


"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Lihatlah siapa lebih hebat ,
kita atau Allah S.W.T

Selasa, Disember 20, 2011

KOTA SINGA PART 5 : SEJENAK DI MARINA BAY SANDS



ALHAMDULILLAH

Sesetelah beberapa kali mengunjungi Kota Singa, baru kali ni aku dapat pergi ke Marina Bay . Sekali dulu GPS aku dah bawa kami ke Marina juga , tapi ke Marina Chan yang dia bawa , buka Marina Bay hehehe

Itulah akibat salah setting GPS dulu tu , entah ke mana2 sampainya kami

reflection

Kali ni , aku redah naik MRT je. Malas nak bawa motor roda 3 yang aku parking bawah Hard Rock Hotel . Tapi sayang kerana naik MRT, maka tripod aku tak bawa sekali memandangkan tripod ni merupakan satu aksesori penting sebenarnya kalau nak rakamkan foto2 yang berkualiti dalam bentuk RAW yang kemudian baru diproses.

Untuk sekeping foto saja dalam 5-6 shots pada posisi yang sama , cuma setting berbeza dan kemudian baru diadunkan menjadi satu melalui proses adunan nanti macam nak adun tepung nak buat kuih hehehe


sephia kawin black & white campur out of focus region

Jadi tripod akan bertindak mengekalkan posisi kamera itu nanti . Tapi kerana tak bawa pasal malas nak angkut naik MRT, maka semua gambar ku di Marina Bay secara dalam format Jpeg Fine sahaja .

Itulah hasilnya yang agak sukar untuk diolah dan diperbaiki kerana pada ku banyak "noise" dalam gambar2 ni kerana diambil pada waktu malam yang agak kekurungan sumber cahaya semulajadi.Merakamkan foto di waktu malam agak mencabar berbanding di waktu siang .




Aku ni sebenarnya masih bertatih dalam dunia fotograpi dan banyak ilmu yang berkaitan dengannya yang masih aku pelajari dan cuba priktikkan . Namun minat ku banyak kepada bidang landscape dan travel photography serta street photography berbanding bidang fotography yang lain.

Aku memang suka merakamkan gambar2 permandangan alam ciptaan Allah yang pada ku begitu indah di samping landscape yang mengandungi binaan .

another reflection
yang tak seberapa

Aku terpaksa merakamkan foto2 di Marina secara hands held dengan shutter speed yang agak pantas juga .

Beberapa kaedah dan tips untuk menghasilkan gambar secara hand held diaplikasikan untuk meminumankan sebanyak mungkin gegaran walaupun lens yang ku pakai mempunyai Vibration Reduction (VR) seperti teknik:

Brace yourself and your camera
Optimize how you grip the camera
Practice better shutter button technique


black & white
banyak noise kat awan kerana iso tinggi



another reflection

Inilah hasilannya hasil tembakan ku Marina Bay Sands yang tak seberapa dan insyallah kalau ada kesempatan diizinkan Allah ke sini , pasti aku akan merakamkan foto sekitarannya nanti dengan lebih baik .

Insyallah

sedikit adunan High Density Range (HDR)

Ahad, Disember 18, 2011

KOTA SINGA PART 4 : BEREHAT DAN BERLUNJUR

mem itam tgh kusyuk baca novel

ALHAMDULILLAH

Walaupun hotel ini dibangunkan oleh bukan orang islam, namun petunjuk arah kiblatnya terdapat di dalam bilik hotelnya. Terpampang anak panah menunjukkan arah kiblat diletakkan di dalam laci meja solek . Arah kiblat yang diletakkan pasti tak beralih kerana ia jenis lekapan ke dinding .

Aku dah terbayang kesejukan kolam renangnya yang begitu besar sekali dan siap dengan pasir halus putih seakan2 di tepi kepulauan Caribean . Macam biasa baju dan seluar berkubang aku bawa kerana aku nak berkubang kat bawah nanti.Sempat aku merakamkan beberapa keping foto dari balkoni bilik ku sebelum kami turun ke bawah .



Cari port baik punya tempat kami nak melunjur nanti . Sambil tu macam biasa mak itam dengan sebuah novelnya yang akan menemaninya sementara aku membobok dalam kolam renang nanti. Tapi sebelum tu, aku sempat merakamkan beberapa foto menarik sekitarannya.

Berada di kolam renangnya yang aku rasakan seluas beberapa ekar juga dengan pasir putih halus yang diletakkan serta pokok2 kelapa seakan2 berada di tepian pantai. Sungguh kreatif sekali arkitek yang membinanya .


kawasan pantai landai tak dalam sesesuai untuk anak2

Agenda seterusnya, biasalah menyelam dan membobok dalam air .Habis semua aku selam dan menguak dalam air . Sejam juga aku berenang namun apabila "sotong-sotong kurita" telah mula memenuhi kawasan kolam selepas itu, aku pun ajak anak aku naik dan menamatkan aktiviti riadah kami petang ni .

Takkan aku nak berenang dengan memejamkan mata ku pula macam orang buta, karang lain pula jadinya hehehe





kalau rajin boleh berenang menyusurinya


Apabila berada di tempat2 orang sebegini, terus terang aku katakan itulah cabaran yang perlu dihadapi. Bukan nak kata aku ni baik, tapi seboleh2 aku cuba menjaga pandangan mata dan hati. Kalau dulu masa aku memuda remaja, pasti terjojol bijik mata hehehehe

Moga Allah S.W.T mengampunkan dosa2 ku yang lalu

Pernah suatu ketika dulu , Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie yang ketika itu masih remaja kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud:

"Kami tidak mampu untuk bangun malam untuk beribadat".
Jawab Ibnu Masud:
"Dosa kamu menjauhkan kamu daripada beribadat di waktu malam".


Dosa juga boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Walaupun memandang sesuatu "seperti itu" tergolong dalam dosa-dosa kecil, tapi cubalah kita elakkan kerana kecil2 pun kalau dikumpul pasti nanti setinggi gunung dan takut tak terbawa nanti diakhirat kelak.

Jumaat, Disember 16, 2011

KOTA SINGA PART 3 : RWS

ALHAMDULILLAH

2.30 petang , aku tinggalkan kawasan Orchard Road untuk menuju ke Resort World Singapore (RWS) yang terletak di Pulau Sentosa .

Sebenarnya mulanya kami bercadang nak bercuti di Hard Rock Hotel Penang , tapi memikirkan nak memandu berjam2 ke sana dan nanti nak balik pun sama, akhirnya kami pilih untuk ke RWS Singapore sahaja kerana 30-60 minit dah sampai dari rumah ku .

Perut dah kenyang , menu makan tengahari kami hanya di McD Lucky Plaza yang terletak di Orchard Road. Tanggungjawab dengan Allah pun telah dilaksanakan . 20 minit memandu dah sampai ke Pulau Sentosa yang terletak di bahagian kawasan Jurong.

Kerana kami telah membuat tempahan, jadi bayaran masuk ke Pulau Sentosa semua percuma . Kalau tidak, kereta dan individu sekali dikenakan bayaran. Hanya perlu menunjukkan salinan tempahan bilik hotel kepada penjaga di gantri masuk ke Pulau Sentosa .Semua dilakukan secara "online".

Sungguh mudah sekarang kerana "dunia tanpa sempadan" tapi pastikan Islam dan agama kita mesti dijadikan sempadan agar kemudahan internet yang menawarkan "dunia tanpa sempadan" tidak kita salah gunakan untuk tujuan yang tidak baik dan mendatangkan dosa pula .

asal tempahan satu katil besar king size
tapi kerana tiada kekosongan
2 katil besar queen saiz pun sudah memadai
kerana kami bertiga je ,
jadi tak payah nak membazir untuk 2 bilik

aku kidnap kejap tuala dan sabun ni
dari bilik mandi
letakkan atas katil
kerana aku nak ambil fotonya
menarik sekali susun aturnya dalam gitar

RSW ni besar sangat yang dibangunkan oleh syarikat negara kita mengandungi beberapa buah hotel seperti Festive Hotel, Hard Rock Hotel, Michael Hotel serta Crockfords Tower.

Di sini juga teletaknya Universal Studio Singapore (USS).Kami tak berniat nak masuk ke USS kerana telah pernah berkunjung ke USS beberapa bulan lepas . Pilihan kami ialah nak meneroka Kota Singa dengan menaiki MRT mereka yang sungguh effesian sekali menghubungkan semua tempat di Kota Singa ini.


bilik air yang cantik serba moden
terpisah 3 bahagian

Hard Rock Hotel menjadi pilihan penginapan kami nanti ketika di sini dengan pilihan bilik deluxe pool view yang tentu sungguh indah dan banyak memberikan ku ilham nanti untuk merakamkan foto2 menarik sebagai koleksi ku dari balkoni bilik kami di tingkat 5 .

Bilik yang disediakan sungguh selesa dengan tilam yang begitu empuk dan bilik air yang luas serba moden seiring dengan jenama yang dibawanya . Kemudahan safety box tersedia disamping tv plasma dengan siaran satelit dan juga kemudahan2 lain membuatkan kami seperti di rumah sendiri. Aku bersyukur kerana semua itu semuanya adalah nikmat dari Allah sebenarnya buat ku yang tidak dapat aku dustakan.

Teringat aku sepotong ayat Al Quran dalam Surah Ar-Rahman ayat 29 dan 30:

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "

Dan dalam Surah Hud, ayat 6 pula Allah S.W.T berfirman :

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya"

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T yang memberikan kami nikmat dunia ini sebagai pinjaman sementara hayat dikandung badan dan agar kami tidak leka akan nikmat2 yang Allah kurniakan ini yang hanya bersifat sementara kerana tiada kenikmatan yang sangat bernilai di dunia ini sebenarnya selain syurga.

Firman Allah dalam Surah Ar- Rahman ayat 26 hingga ayat 28:

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
"

Insyallah

tea & coffee facilities

lepak2 kat kerusi sambil baca kitab tajul muluk

Dari balkoni bilik kami
indah sungguh

Khamis, Disember 15, 2011

KOTA SINGA PART 2 : AMBILLAH YANG BAIK SEBAGAI PEDOMAN

ALHAMDULILLAH

Banyak yang negara kita serta rakyat kita sebenarnya boleh mempelajari dari Singapura. Bukan niat ku untuk mengagong-agongkan negara lain dari negara tempat tumpah darah ku sendiri. Tapi tidak salah jika kita mengambil sesuatu yang baik sebagai contoh manakala yang tak baik kita jadikan sempadan .

Macam baru2 ni ketika membaca di sebuah kolum akhbar harian , disuarakan di situ keluhan pengguna jalanraya di Lembah Klang atau lebih tepat lagi di KL yang rata2 mengeluh keadaan jalanraya yang tidak mencapai tahap seperti sebuah bandaraya kerana lubang sana, lubang sini, korek sana, timbus sini .

Tu belum lagi hari ni baru siap tar jalan , esok dah ada pulak yang korek sana sini nak tanam tak apa2 yang macam pihak berwajib takda perancangan langsung .

Rasanya kat mana2 tempat kita ni masalahnya tetap sama , cuma nampaknya kritikal di bandar2 besar seperti KL , JB .

Tangs Orchard Road
kalau sapa minat ,
set pinggan Correle murah 100-200 dari di KL

persimpangan Scott Road dgn Orchard Road
di mana terletakknya Masjid Al Falah

Lalu penulis kolum tersebut menyarankan agar kita mengambil contoh keadaan jalanraya di kota Bangkok atau Jakarta kerana katanya kalau nak bandingkan dengan di Singapura adalah terlalu sukar bak langit dengan bumi.

Itu kita mesti mengakuinya kerana tanyalah secara jujur rata2 pemandu di KL, apa pendapat mereka tentang jalanraya di KL.

Tu sebab aku boleh bagi A+++++ pada kondisi jalan di singapura ni tak kira ceruk mana sekali pun . Tadke la aku bawa motor roda tiga asyik nak terbrek dan mengelak lubang je berbanding kat negara sendiri . Kekadang terpikir juga, tak kasihankah mereka kepada penunggang motosikal ni yang kerap terbabit dalam kemalangan akibat keadaan jalan yang sebegitu.


SLE means Seletar Express Way
salah satu highway percuma dari kebanyakkan highway di sini

Kesempatan yang Allah kurniakan pada ku untuk mengembara di muka bumi ini menunjukkan banyak sebenarnya yang kita perlu pelajari dan perbaiki untuk kesejahteraan rakyat sebenarnya.

Kesempatan ku dulu berkunjung di Afrika Selatan suatu masa dulu menunjukkan jalanraya di sana lebih baik kualitinya tak kira di pendalaman sekali pun berbanding negara kita sedangkan Afrika Selatan suatu masa dulu merupakan negara Dunia ke 3 berbanding kita yang nak menuju taraf negara maju.




Penjaja ais cream di kaki lima Orchard Road

Apabila disuarakan, banyak sangat alasan yang diberikan kenapa kita tak boleh sampai ke tahap itu . Kekadang timbul pula cakap2 yang:

"Singapura kecil je "

Tapi KL pun bukan sebesar mana pun. Rasanya masalah rakyat ni dah berlarutan dan macam takda kesudahan .

Tentu juga timbul cakap2 yang keadaan jalan kita seperti lebuhraya baik dan bertaraf dunia , tapi kalau nak bandingkan dengan negara lain, jalan biasanya je dah sama taraf dengan lebuhraya kita .

Tapi ada juga lebuhraya tol berbayar kita yang teruk dan tak mencapai tahap lebuhraya pada ku macam lebuhraya ............. yang tak rata dan banyak sangat yang pecah dan berlubang di sana sini walaupun baru saja dibuka tak berapa bulan hinggakan laporan audit negara baru2 ini ada membangkitkan tentang perkara tersebut akibat pembuatannya yang tidak menepati spesifikasi dan turapannya pula tidak mencukupi ketebalan yang sepatutnya.

Kenapa berlaku begitu, bak kata Nabil Raja Lawak "Lu Pikir La Sendiri" hehehe

Kenapa berlaku sedemikian sedangkan pengguna yang menggunakannya perlu membayar harga yang tinggi, tapi tak setimpal sedangkan lebuhraya di Singapura pula percuma dan tiada tol . Yang perlu dibayar hanya ERP bagi zon2 tertentu ketika waktu2 puncak sahaja bagi mengelakkan kesesakan.

Macam aku cakap tadi, sesuatu yang baik perlu kita ambil dan pelajari demi kesejahteraan rakyat kita .Tak kiralah dari pihak mana sekali pun pemimpin2 tersebut berada samada pihak kerajaan atau pembangkang, tapi janganlah asyik berpolitik sahaja siang malam sehinggakan keperluan dan kesejahteraan rakyat diabaikan kerana apabila di akhirat kelak , golongan ini dahulu akan dipersoalkan nanti .

Memetik sepotong ayat Al Quran dari surah
Surah al-A'raf, ayat 129 :

Firman Allah bermaksud:

"Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan."

Disokong oleh hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya."

Paragon Shopping Compleks


ERP 0.50 sen bila memasuki Orchard Road waktu puncak
untuk mengelakkan kesesakkan
jadi yang nak berjimat tak perlu masuk ke sini

Janganlah salah faham pula akan bebelan ku di sini kerana aku menegur kerana sayangkan negara ku dan aku juga mahu melihat negara ku mencapai tahap kemajuan dari segala segi dan bukan hanya ditakuk lama .

OK, aku tinggalkan cerita dan senerio di atas . Biarlah mereka sebagai pemimpin memikirkan kerana aku hanya seorang pemimpin rumahtangga sahaja yang tentu akan dipersoalkan juga kelak bila tiba hari pembalasan kelak.

Tengahari ni kami sempat meronda2 di Takashimaya , nak kata shopping sakan takde la, tapi adalah 2-3 barang yang berkenan di hati mak itam yang tiada di negara kita dan setelah "diconvert" dengan RM masih berbaloi untuk membelinya . Lagi pun discount dalam 20-30 % juga dari rega asal kerana "krismas sale".Aku pula hanya cuci2 mata je , bak kata orang "window shopping" kerana aku lebih leka melayan dslr merakamkan persekitaran Orchard Road .

Puas di Takasyimaya, lantas ke Tangs dan Isetan pula diseberang jalan . Nasib baik Isetan, kalau Al Syaitan hehehehe

tak mau bapak masuk,
bahayaaaaaaaaaaaaaaaaa hehehe