WARGA SCP

Rabu, Mei 09, 2012

MEMBESAR DENGAN SUSUAN IBU

ALHAMDULILLAH

Aku membesar dengan susu ibu seperti yang disarankan . Dulu2 kebanyakkan ibu2 tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa berbanding sekarang. Lagi pun dulu2 kehidupan agak sukar dan tidak berkemampuan untuk membeli susu tepung . Itu yang bagi ibu2 yang tak boleh menyusukan anak mereka, susu pekat manis sebagai gantian yang pasti tidak bagus untuk tumbesaran anak2. Tu sebab depa tulis "never give sweetened condensed milk".


Tapi sekarang kemungkinan zaman telah berubah yang kebanyakkan para isteri bekerja yang mereka tiada pilihan lain setelah cuti bersalin tamat . Namun bagi yang seboleh2 nak anaknya membesar dengan susu ibu, sebelum pergi kerja dipam dulu susunya ke dalam botol .

Itulah dilema bagi ibu2 yang berkerja sekarang ni.

Melihat tulisannya yang ada di kad tersebut ada e "pepet" dan e "taling" di kad ni, pasti bebudak sekarang tak jumpa dah dalam silibus mereka seharian di sekolah . Itulah hakikatnya, peredaran zaman bergerak begitu pantas sebenarnya meninggalkan kita.

Macam baru semalam kita rasa kita masih hidup dibawah lembayung kedua ibu bapa kita dan belum berhenti dari menyusu badan , namun apabila tersedar , mereka telah pergi meninggalkan kita semua dan yg pasti kita juga akan menyusul kelak.

empat bahasa sekali

tercatat 13.12.67
5 hari setelah aku melihat dunia

Selasa, Mei 08, 2012

SLOW SHUTTER AT SHERATON BEACH RESORT LANGKAWI

ALHAMDULILLAH

Aku sempat berslow shutter a.k.a long exposure di pantai Sheraton Beach Resort pagi tu. Kalau nak buat slow shutter ni cantik pada ketika matahari dah keluar sepenuhnya dalam 2-3 galah kerana ada sumber cahaya yang mencukupi , tapi kerana masa mencemburui aku ketika itu, lepas habis blue hour , aku hantam je buat teknik ni .

Ke hulu ke hilir aku pikul tripod dan sesuatu shot ambik masa juga dalam 5-10 minit nak dapatkan setting . Inilah hasil yang tak seberapa dari aku buat kalian semua .

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

Isnin, Mei 07, 2012

ANAK WELFARE

ALHAMDULILLAH

Ni juga salah satu dokumen yang boleh dianggap bersejarah jugak. Rasanya dokumen seperti ini dah takda lagi dalam simpanan individu lain , tapi arwah ibu masih menyimpannya dengan baik hinggalah aku terjumpa tempohari .

Tertulis Child Welfare .

Kalau tak salah , aku dilahirkan kat rumah beralamat 79 E, Watson Road, Port Swettenham. Macam kat luar negara pulak hahaha

Dokumen ini dikeluarkan oleh Port Swettenham Clinic 46 tahun yang lalu. Rasanya masa tu , dokumen ini merupakan dokumen rasmi bagi klinik2 kerajaan masa tu yang mempunyai 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, cina dan tamil.

"BAWA CARD INI KA-CLINIC" adalah bahasa dedulu rasanya kerana perkataan CLINIC masa tu belum ada terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Sabtu, Mei 05, 2012

AKU YANG LAHIR DARI RAHIM IBU KU 46 TAHUN LALU

ALHAMDULILLAH

Macam aku ceritakan tempohari sebelum aku meninggalkan rumah setelah pemergian bonda tempohari , ada beberapa barangan peribadi aku yang aku terjumpa masih tersimpan rapi walaupun usianya mencecah puluhan tahun seiring dengan usia aku . Salah satunya ialah foto aku semasa kecil masa tengah meniarap lagi.

Aku pun confius jugak samada betul ke aku dalam foto tu 46 tahun yang lalu, namun tercatat di belakangnya tarikh dan nama aku dari tulisan tangan arwah ayah .

Itulah aku yang lahir dari rahim ibu ku 46 tahun yang lalu dan aku akan simpan ia baik2 sebagaimana arwah ayah dan ibu menyimpannya .

Insyallah.

Terima kasih ibu kerana melahirkan aku ke dunia ini .

Jumaat, Mei 04, 2012

CUB CAI DAN PEKAN CENANG

ALHAMDULILLAH

Antara pekan2 kecil yang sering menjadi tumpuan adalah pekan Cenang kerana ia terletak selari dengan pantai Cenang dan jugak terdapat banyak rumah2 tumpangan, hotel2 kecil serta challet . Aku pun tak pasti asal usul nama Cenang ni.

Itulah sebabnya ia menjadi tumpuan ramai kerana kiri kanannya jugak terdapat deretan kedai2 kecil serta restoran disamping kedai2 menjual cenderamata . Di sini jugak bersepah kedai2 yang menawarkan perkhidmatan dan produk pelancongan yang terdapat di Langkawi.

pagi takda kereta
boleh aku dok tetengah jalan
rakamkan foto ni


Keadaan waktu pagi di Cenang agak lenggang berbanding waktu petang yang sungguh "happening". Mungkin ramai masih dok diulit minpi indah atas katil lagi . Pastinya keadaan lalulintas di pekan kecil ini menjadi sibuk menjelang petang dengan aktiviti perniagaan berjalan dengan rancak.

Melihat deretan motorsikal yang disewakan di sini, pasti sesiapa yang pernah ke phuket atau krabi bertemu suasana yang serupa. Tapi kebanyakkan motorsikal ini rasanya di sewa oleh pelancong2 asing atau backpackers yang datang berkunjung ke Langkawi .Sewanya jugak berpatutan dan boleh ronda2 satu pulau .




antara deretan hotel2 kecil di pekan Cenang



bar & breakfast
tempat pelancong asing dok melepak

Melihat deretan motorsikal ni, terkenang aku dulu masa arwah ayah aku dah mula sakit dan tak boleh lagi dia menunggang motor cub cai dia. Aku lah yang gasak motor dia sana sini . Agaknya kasihan dia melihat aku dengan motor lama tu, dia ajak aku pegi pekan pada suatu hari dan jualkan motor tu . Dia belikan aku motor Yamaha 100 Sport baru warna hitam . Sebelum tu dia dah berkira2 nak carikan aku sebuah kereta buruk dalam 2-3 ribu je, katanya nanti senang nanti aku nak bawa dia nanti ke sana-sini .

Tapi aku masa tu dah tetapkan hati nak berhijrah ke selatan tanah air tepi hutan ni nak cari rezeki dan mengubah nasib . Nanti kalau aku dah senang sikit dan dah boleh "hidup" , aku ingat nak balas jasa arwah bapa aku , tapi Allah lebih sayangkan dia .

Sebagai membalas jasa arwah ayah aku , tu sebab dah 21 tahun semenjak arwah ayah meninggal, aku tak pernah lupa sedekah fatehah dan doa buat dia selepas setiap kali solat . Sekarang ni pulak termasuk bonda aku pulak.

Aku dengan arwah ayah boleh kata "kamcing" walaupun dia sorang yang garang terutama dengan aku yang agak terejal jugak masa kecik2 . Tapi aku tak pernah ambik hati dengannya. Habis kuat kalau arwah ayah perambat aku, aku cabut pi rumah atuk ke atau pi kat kebun koko cina Ah Kaw berdekatan rumah . Senja nak magrib nanti , terendap2 aku balik pelan2 .

Ada satu hari tu entah apa yang aku dah buat hingga arwah ayah naik angin perambat aku keliling meja , dah macam main acah belon pulak , dia ke kiri aku ke kanan, dia ke kanan aku ke kiri , hingga aku sempat masuk bawah meja dan berdesup keluar dan terus hilang. Kalau aku kenang2 kembali, aku ketawa sendirian .

Tapi nakal2 aku dulu tak pernah kacau orang dan harta benda orang. Nakal2 mcm tu je . Tak macam bebudak sekarang yang nakal mereka boleh dikategorikan sebagai jenayah pulak , habis segala orang dan harta benda orang depa rembat. Nakal2 dulu , aku masih tahu hormat orang tua . Sekarang cuba kita tegur, mau kita depa perambat dan maki .

Deretan cub cai di sini membuatkan aku termenung sejenak dan terkenang kisah lama aku bersama arwah ayah , semuanya dalam kenangan.

Al Fatehah buat mereka.


Rabu, Mei 02, 2012

LIHATLAH DUNIA

Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Machinchang, barat laut pulau Langkawi dibuka pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini memang menarik. Inilah sebahagian dari komponen Langkawi Geopark .

Sekiranya cuaca cerah, boleh nampak sebahagian kawasan Thailand di utara dan Indonesia di barat-daya. 20 minit merupakan jangkamasa yang diperlukan untuk sampai ke atas sekali, itu pun kalau takda gangguan teknikal atau kena berhenti kat "roadblock" jika ada.

Terdapat dua buah stesen dan sebuah pelantar pemerhatian yang membolehkan kita menikmati pemandangan seluruh Pulau Langkawi dari bahagian atas..

Tapi apakan daya , masa aku naik, nak nak hujan dan kat atas hujan tak lah lebat sangat, tapi angin bertiup sangat kencang . Jadi niat aku nak ke pelantar pemerhatian atau skydeck tu terpaksa aku batalkan . Karang manalah tahu angin kuat sangat sampai aku diterbangkan ke bawah gaung .

Jadi niat aku nak rakamkan panorama indah dari atas terkubur begitu sahaja. Takpalah, bukan rezeki aku . Insyallah lain kali .Cuaca yang berkabus juga menyebabkan permandangan agak kabur . Demi keselamatan aku dan keselamatan kamera aku, aku hanya sempat rakamkan beberapa keping foto dari beberapa sudut yang terhad dan terhalang kerana mengelakkan dari dibasahi hujan .

Jadi kalau sesiapa berhajat nak rakamkan foto dari bahagian atas ni atau nak lihat panorama alam yang menarik, aku cadangkan naiklah sebelah pagi sikit lebih kurang pukul 10 ke tatkala cuaca cerah . Tapi kita hanya boleh merancang je, Allah sahaja yang akan menentukan .

وَ اللَّهُ عَلى‏ كُلِّ شَيْ‏ءٍ قَديرٌ
"Dan Allah atas tiap sesuatu adalah Maha Menentukan."

Begitulah hakikatnya kehidupan kita ini sebenarnya , rancanglah sebaik2 mungkin, buatlah segala jadual dan susunlah macam mana yang kita nak , tapi hakikatnya kita kena berbalik kepada ketentuan atau qada' dan qadar Allah dan kita kena redha selepas kita berusaha sebaik mungkin mengapai apa yang kita rancang, susun dan hajatkan . Jika Allah izinkan Alhamdulillah, jika sebaliknya Alhamdulillah juga kerana Allah Sebaik2 Penentu segala kejadian dan Dia Maha Mengetahui Lagi Bijaksana.








tu dok melekat dah setitik air hujan kat lens

staf sebuah cafe dok angkut air ke atas






Isnin, April 30, 2012

ALHAMDULILLAH, SEMUA TERPAHAT DALAM KENANGAN

ALHAMDULILLAH

Semua kini dalam kenangan, aku tinggalkan rumah peninggalan arwah yang banyak sungguh kenangan pada ku kerana di situlah aku banyak menghabiskan masa remaja ku . Rumah yang dibina oleh titik peluh arwah ayah bekerja di atas sebidang tanah arwah ibu yang diberikan oleh datuk dan dapat disiapkan sebelum tiba waktu persaraannya . Arwah ayah bersara awal atas faktor2 kesihatan ketika umurnya 50 tahun masa tu.

Masa tu sejumlah RM 18,000 saja sudah memadai untuk membina sebuah kediaman yang agak selesa . Kalau sekarang, dengan jumlah itu mungkin hanya dapat siapkan garaj kereta je agaknya.

Kali pertama aku meninggalkan rumah itu ketika usia ku mencecah 22 tahun hidup merantau di utara tanah air mencuba nasib . 4 tahun kemudian aku merantau pula sekali lagi ke selatan tanah air hinggalah sekarang . Ketika itu arwah bapa ku telah mula sakit dan dikesan menghidap kanser tulang .

Maklumlah , aku duduk di hutan masa tu yang tiada kemudahan perhubungan seperti telefon. Jadi hanya dapat mengetahui sesekali je berita di kampung .

Teringat aku lebih kurang jam 1 pagi 11 November 1991 , seorang anggota polis dari pekan berdekatan masuk ke hutan tempat tinggal aku membawa berita yang arwah ayah ku baru menghembuskan nafas terakhir. Seperti aku katakan, masalah perhubungan ketika itu menyebabkan anggota keluarga ku terpaksa menghubungi pondok polis berdekatan bagi membawa khabar yang sungguh menyedihkan .

Semua hanya tinggal kenangan .

Kini aku kehilangan seorang lagi yang aku sayangi .

Semua yang Allah kurniakan kepada kita hanyalah pinjaman . Yang pergi pasti takkan kembali lagi . Yang tinggal hanyalah kenangan indah semasa kita hidup bersama2 orang yang kita sayangi pasti takkan luput dan kekal sepanjang hayat .

Hanya doa terhadap mereka yang masih menjadi penghubung antara kita dengan mereka seperti sabda Rasulullah S.A.W:

"Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya"
(Hadis riwawat Muslim)

Dalam Al Quran pula ada menyebut :


“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
[Al Israa’:24]



“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab iaitu hari kiamat.”
[Ibrahim:14]


"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah
Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami."


Aku pun tak tahu , bila aku akan pulang ke kampung lagi . Kalau sebelum ini , kepulangan ku untuk menziarahi ibu, tapi kini ...

Sebelum aku melangkah pergi , sempat aku ambil beberapa barangan peribadi ku yang selama ini tersimpan rapi . Sekeping potret arwah ayah lengkap berpakaian seragam semasa muda aku ambil sebagai kenang-kenangan, juga beberapa medal yang aku menangi semasa aku remaja lagi yang ketika itu aktif dalam permainan sepak takraw .

"Report Card " aku semasa aku bersekolah rendah lagi yang hampir 40 tahun usianya masih tersimpan baik dalam laci . Begitu juga dengan beberapa keping foto ketika usia ku masih kacil dalam bentuk hitam putih masih ada dan yang paling tinggi nilai sejarahnya ialah kad rawatan bersalin yang mencecah usia 46 tahun semasa ibu melahirkan aku masih cantik dan tidak ada cacat celanya aku temui .

Alhamdulillah

Semuanya dalam kenangan sepanjang hayat.

Insyallah