WARGA SCP

Isnin, April 30, 2012

ALHAMDULILLAH, SEMUA TERPAHAT DALAM KENANGAN

ALHAMDULILLAH

Semua kini dalam kenangan, aku tinggalkan rumah peninggalan arwah yang banyak sungguh kenangan pada ku kerana di situlah aku banyak menghabiskan masa remaja ku . Rumah yang dibina oleh titik peluh arwah ayah bekerja di atas sebidang tanah arwah ibu yang diberikan oleh datuk dan dapat disiapkan sebelum tiba waktu persaraannya . Arwah ayah bersara awal atas faktor2 kesihatan ketika umurnya 50 tahun masa tu.

Masa tu sejumlah RM 18,000 saja sudah memadai untuk membina sebuah kediaman yang agak selesa . Kalau sekarang, dengan jumlah itu mungkin hanya dapat siapkan garaj kereta je agaknya.

Kali pertama aku meninggalkan rumah itu ketika usia ku mencecah 22 tahun hidup merantau di utara tanah air mencuba nasib . 4 tahun kemudian aku merantau pula sekali lagi ke selatan tanah air hinggalah sekarang . Ketika itu arwah bapa ku telah mula sakit dan dikesan menghidap kanser tulang .

Maklumlah , aku duduk di hutan masa tu yang tiada kemudahan perhubungan seperti telefon. Jadi hanya dapat mengetahui sesekali je berita di kampung .

Teringat aku lebih kurang jam 1 pagi 11 November 1991 , seorang anggota polis dari pekan berdekatan masuk ke hutan tempat tinggal aku membawa berita yang arwah ayah ku baru menghembuskan nafas terakhir. Seperti aku katakan, masalah perhubungan ketika itu menyebabkan anggota keluarga ku terpaksa menghubungi pondok polis berdekatan bagi membawa khabar yang sungguh menyedihkan .

Semua hanya tinggal kenangan .

Kini aku kehilangan seorang lagi yang aku sayangi .

Semua yang Allah kurniakan kepada kita hanyalah pinjaman . Yang pergi pasti takkan kembali lagi . Yang tinggal hanyalah kenangan indah semasa kita hidup bersama2 orang yang kita sayangi pasti takkan luput dan kekal sepanjang hayat .

Hanya doa terhadap mereka yang masih menjadi penghubung antara kita dengan mereka seperti sabda Rasulullah S.A.W:

"Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya"
(Hadis riwawat Muslim)

Dalam Al Quran pula ada menyebut :


“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
[Al Israa’:24]



“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab iaitu hari kiamat.”
[Ibrahim:14]


"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah
Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami."


Aku pun tak tahu , bila aku akan pulang ke kampung lagi . Kalau sebelum ini , kepulangan ku untuk menziarahi ibu, tapi kini ...

Sebelum aku melangkah pergi , sempat aku ambil beberapa barangan peribadi ku yang selama ini tersimpan rapi . Sekeping potret arwah ayah lengkap berpakaian seragam semasa muda aku ambil sebagai kenang-kenangan, juga beberapa medal yang aku menangi semasa aku remaja lagi yang ketika itu aktif dalam permainan sepak takraw .

"Report Card " aku semasa aku bersekolah rendah lagi yang hampir 40 tahun usianya masih tersimpan baik dalam laci . Begitu juga dengan beberapa keping foto ketika usia ku masih kacil dalam bentuk hitam putih masih ada dan yang paling tinggi nilai sejarahnya ialah kad rawatan bersalin yang mencecah usia 46 tahun semasa ibu melahirkan aku masih cantik dan tidak ada cacat celanya aku temui .

Alhamdulillah

Semuanya dalam kenangan sepanjang hayat.

Insyallah

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yob,
    Salam kenal dan balas ziarah. Pe kabor?
    Tima kasih singgah di blog teman.
    Sayu baca entry pasal ibubapa kita dan kisah lama2. Ibu ada lagikah? Sayang kalau rumah lama ditinggalkan. Alhamdulillah rumah kampong teman masa dihuni adik dan keluarga dia dan ibu teman yg walaupun dh 81 tahun, masih sihat dan buleh berbasikal.
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ibubapa kita!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah,

      rumah tersebut akan terus terpelihara seperti wasiat arwah bonda . Bonda baru pergi seminggu yang lalu

      Al Fatehah

      Padam
  2. Salam Pak itam

    Berat mata membaca kisah n3 ni berat lagi rasa tuan tanah blog ni
    meluahkan aper yang terbuku.

    Semua itu pinjaman untuk kita...esok2 anak2 kita pulak yang akan rasa semua tu...dan kadang2 terjadi juga anak kita yang pergi dulu dari kita....macam sahabat saya tempohari...anak yang disayangi pergi ketika dalam perjalanan nak membantu ibunya...

    Semoga Allah beri kesabaran yang tinggi pada kita semua, dalam menghadapi semua aturanNya yang telah ditentukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kita jugak pasti akan menyusul cuma tak tahu masanya bila

      insyallah

      Padam
  3. Assalam bapak,

    Now turn bapak pula jadi diaorang kan? Anak2 dah semakin besar. Mcm tu la kehidupan kan? Sayu je bila fikir kan. Entry bapak yang lepas membuatkan saya berada di rumah diaorang sekarang ni. LOL. Sayu dan sedih terus rase rindu. Kalau cerita lain2 boleh lagi hati ni, tapi kalau cerita pasal orang tua memang fm tak tahan. Semoga bapak terus kuat dan terus tidak lupa untuk sedekah doa2 ke atas mereka. InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      semua pasti akan menempuhinya

      insyallah, sedekah dan doa buat mereka setiap masa terluang

      Padam
  4. Assalamualaikum bapak,
    Segalanya usai sudah kan, mereka berangkat pergi meninggalkan kita, anak2 yang juga pewaris dan kenangan adalah sejarah mahal dalam sela2 hidup kita. Sebagaimana kita berat hati untuk melepaskan mereka pergi, berat lagi hati mereka untuk membuat lambaian penyudah kepada kita, namun hukum Allah tiada siapa dapat menahan.

    Didoakan ibu bapa kita dan seluruh yang bernama Muslim dicucuri rahmat ke atas roh mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      itulah ketentuan hidup yang pasti kita akan tempuhi

      moga roh2 mereka yg terdahulu dari kita ditempatkan dikalangan org beriman, insyallah

      Padam
  5. salam

    kad rawatan bersalin tu patut disimpan,,dah jadi sejarah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak simpan sebagai kenang-kenangan

      Padam
  6. Salam takziah.. semoga arwah tenang di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih krn sama berkongsi kesedihan

      Padam