WARGA SCP

Jumaat, Jun 25, 2010

ROAD TO AFRICA : MOUNT EDGECOMBE, UMHLANGA DURBAN

Seperti yang aku katakan, faktor keselamatan tiada kompromi di sini.Pagarnya di atas berselirat dgn kuasa elektrik manakala bahagian bawah pagar ditanam hingga ke dalam tanah kerana dikuatiri dikorek oleh penceroboh mengelilinggi keseluruhan kawasan ini.


Kerana itu, rumah di sini tiada pagar mengelilingginya dan kalau tak kunci pintu rumah pun, insyallah selamat .Ini di antara kawasan kejiranan yang paling selamat di Durban , tapi semuakan kerja Allah , kita tak tahu tapi perlu berusaha mencegahnya.

Aku sempat berbual dengan berberapa minah salleh di sini, rata2 kata mereka kehidupan di sini kadang2 bagai penjara kerana kebanyakkan kawasan perumahan mereka dipagari demi keselamatan.


Semua pekerja yg berkerja di dalam kawasan Mount Edgecombe ini perlu mendaftarkan diri di pos kawalan sebelum memasukinya dan pada pukul 4.30 ptg akan diminta keluar dari kawasan ini.

Kalau mereka tak mendaftar keluar, pihak keselamatan akan mencari hingga dapat.

Aku sendiri yang berkereta keluar masuk ke kawasan kediaman ni mesti memperhaharui kod rahsia yang diberi setiap hari kerana valid hanya 1 hari je, esok kena mohon kod access yang baru.

Pengawal sentiasa meronda . CCTV sentiasa memantau keadaan dalaman persekitaran. Itulah harga kebebasan di sini yang rata2nya terlalu ramai perampok sehinggakan kita tidak digalakkan menyandang kamera ketika berada di dalam kawasan bandar .


Dibandar pun kalau nak bawa beg sandang kena letak di bahagian hadapan , kerana kerap kali berlaku kecurian, sedar2 beg dan ditoreh , sama mcm kat Makkah juga.

Demi menjaga imej SA, di kawasan pantai setiap 50 meter, terdapat pengawal keselamatan yang berjaga bagi mengelakkan kejadian jenayah .


Pagi ni, aku dan isteri ku menghabiskan masa setelah matahari terbit dengan beriadah. Lama rasa tak berjogging . Suasana kedinginan pagi dalam 5 darjah celcius menyusuk hingga ke tulang sehingga aku terpaksa memakai penutup kepala dan glove.

Kami menghabiskan masa berlari2 anak bersama sambil menikmati kenikmatan alam ciptaan Allah.

Alhamdulillah.



trek buggy di pdg golf

kawasan perumahan

kawasan padang golf

7.30 pagi, aku terpaksa pakai glove pasal kesejukan
bukan nak berkebun ya hehe


byk binatang dilepaskan bebas di sini
tapi yg jinak2

tu bebayang pak itam je nampak
tgh snap pakai camera hp je


tempat penginapan kami
jutaan tk kpd tuan rumah atas penginapan dan layanan



bf roti jala cecah dgn kari ayam

28 ulasan:

  1. Salam CR,

    Satu pengalaman kehidupan di Durban yang begitu menarik untuk kita renungkan di sini.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    Indahnya Durban
    sejuk mata memandang, sejuk lagi di Durban
    seronok pi Durban
    yg saya mampu, pakai baju Durban
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum Pak Itam,

    Gambar-gambar yang memberi maklumat.
    Gambar N3 Zebra tu yang paling menarik..clear sesangat..camera bermutu gambar pun dirakam dengan elok lalu hasilnya cemerlang.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Alhamdullillah, w/pun tak dpt pergi sana, jadi le dpt nengok gambar2 yg Pak itam kongsikan nie.

    Kat sana Pak itam tak try ke asam pedas Zebra? Really miss your asam pedas pics.

    BalasPadam
  5. Salam pak itam...

    Cantik2 gambar din3...berbaloi aar beli camera hihii..

    Terima kasih aar pak itam...atas perkongsian cuti ngan kami semua..terutama anak2 manakan...hihii

    BalasPadam
  6. salam pak itam,

    ceriter arr lagiiii...seronok kak nab baca!! nengok umah pak itam dok kat sana tuh...OMG!! dapurnya...OMG!!

    BalasPadam
  7. salam from Makkah...


    woww canteek jam tangan pak itam...bak mai kat cl bleyy...


    berlari anak'...cl pun berlari anak disini...


    wslam

    BalasPadam
  8. wah lari2 anak. best gitu mcm anak2 lari2 :)
    cantiknya rumah penginapan!

    BalasPadam
  9. salam,
    satu yang az suka ialah gambar yang diambil, cantik sungguh.

    BalasPadam
  10. Salam PAk Itam,

    Nak kata selamat macam x selamat, nak kata x selamat ada pulak mcm2 langkah keselamatan. Macamanapun tptnya mmg cantik.

    BalasPadam
  11. Salaam Pak Itam,

    Yeaahhh....akhirnya!!! Dapat jugak tengok 'the real' ZEBRA CROSSING...hehe, only in Africa.
    Suka! Suka!

    Kat Msia, ada zebra crossing pun orang kena pandang kiri kanan dulu sebelum melintas...pemandu keter kat sini semua F1 driver belako...ekeke ;)

    VpeaceV

    BalasPadam
  12. Salam Pak Itam...

    cantik2 gambar n lawa jam tuh...heheh

    alamakkkk... takde drama cekerama ah...

    apa2pun...yg best ada roti jala...taj suka ngan roti dijala...heheh

    tenkiu ah...

    BalasPadam
  13. Salam Pak Itam

    Wow! Cantik penempatan mereka di atas bukit ..tapi pokok2 tetap dipelihara...

    Kalau kat sini..nak buat penempatan pokok lah yg pertama ditebang.

    Rumah siap lat 2 ke 3 tahun mula la retak..pas tu...tanah runtuh la apa lagi...

    Wslm

    BalasPadam
  14. Pemandangan cantik sungguh...dan dapur itu sungguh WOW!

    BalasPadam
  15. salam rosli

    mmg byk yg saya pelajari dari perjalanan ini

    alhamdulilah

    BalasPadam
  16. salam atuk

    hehehe ok lah tu

    durban, warm city yg dah tak warm psl sejukkkkk

    BalasPadam
  17. salam cikgu nadz

    beribu koleksi gambar sempat saya rakamkan, insyallah saya akan kongsikan bersama

    BalasPadam
  18. salam kak ina

    gambar asam pedas heheheh

    ada, nanti2lah hingga habis demam WC 2010 hehe

    BalasPadam
  19. salam shami

    alhamdulillah, semoga n3 dari saya dpt memberi manafaat bersama dlm melihat dunia

    BalasPadam
  20. salam kak nab

    hehe

    kalau nak cite 1001 mlm tak habis tau hehehe

    byk yg saya dapat kutip pengalaman di sana

    BalasPadam
  21. salam cl


    hehehe

    jam buruk kesayangan pak itam tu psl ada kompas utk cari arah kiblat bila pi luar


    lari2 anak bersaie , rindunya

    BalasPadam
  22. salam mampir

    alhamdulillah, Allah permudahkan utk kami di sana

    BalasPadam
  23. salam az

    alhamdulillah, byk koleksi gmbr dlm simpanan

    BalasPadam
  24. salam che na

    mosfly keadaan keselamatan di SA dah lebih baik dari 5-10 tahun dulu, namun perlu berhati2 juga

    ini semua psl dasar apartied dulu

    BalasPadam
  25. salam kak chik

    suka dgn zebra ya

    pak itam byk koleksi zebra tau, nti pak itam masukkan dlm n3

    BalasPadam
  26. salam taj

    cengkerama hehehe

    ada, tungguuuuuuu heheheh

    BalasPadam
  27. salam kak su

    ada bab2 yg mereka lagi prihatin dari kita

    BalasPadam
  28. salam cikgu pinat

    alhamdulillah, Allah permudahkan utk kami semua di sana

    boleh main bola dlm dapur tu hehe

    BalasPadam