WARGA SCP

Jumaat, Jun 25, 2010

ROAD TO AFRIKA : KE STADIUM MAK BEDAH part 1

ALHAMDULILLAH

Pagi ni kami tak kemana-mana, hanya lepak je psl pukul 12.30 tgh dah nak ke Durban Moses Mabhida Stadium . Menghabiskan masa dengan bersantai dan menonton tv di penginapan.

subuh dari jendela tingkap Mount Edgecombe

Walaupun perlawanan akan bermula jam 4 ptg, namun perlu keluar awal kerana jalan banyak akan ditutup dan susah nak cari parking nanti.

Waktu zohor masuk di sini lebih kurang 12.15 tgh, jadi kebetulan bermusafir dan berkelana lebih 2 marhala, maka zohor dan asar di Jamak takdimkan. Memang indah sungguh agama islam yang memberi kemudahan sebegini.

jersi dan glove

Segala keperluan berpakaian terpaksa dibuat kerana takut cuaca sejuk yang mencengkam bila balik nanti lebih kurang jam 7 atau 8 malam nanti selepas tamat perlawanan.

Aku bawak sekali glove utk kami , kerana glove ni mmg sangat berguna memanaskan tangan.
Jaket kulit tak tinggal.

Kami meletakkan kenderaan di Gateway Mall kerana disana disediakan bas perantara ke bandar Durban.

Tak perlu bayar, hanya perlu menunjukan tiket masuk ke stadium sahaja. Peminat dah mula berkumpul di situ , macam rombongan Cik Kiah pulak, tapi yang uniknya masing2 memakai jersey pasukan masing2, ada SA, ada swiss, ada spain,ada belanda, ada Jepun

jersi Malaysia je takde , yelllek , bilalah bola sepak kita nak maju dan sampai ke WC


rombongan cik kiah

pusat di bandar durban


Setiba ke pusat bandar Durban, kami sekali lagi bertukar bas pengantara ke Stadium pula. Hampir sejam setengah juga , baru kami sampai ke security check point lebih kurang 2 KM dari pintu masuk utama stadium.

Perlu melalui pemeriksaan keselamatan, beg ku diperiksa tapi semua ok psl hanya kelengakapan DSLR sahaja , namun beg anak ku hampir tak lepas krn ada muffin dan air kotak, namun Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Memang rezeki kami , semua bahan makanan yg dibeli di WoolWorth tadi lepas.

2 KM jalan kaki
tapi ok je psl cuaca sejuk
tak berpeluh

pelbagai gelagat


ramai yang tak lepaskan peluang
mengabadikan foto di sini

aku panggil stadium mak bedah bukan Moses Mabhida

berwarna warni

sebenarnya mereka ni lelaki

"oiiiiiiii cepat sikit jalan tu match dah nak mula"
"mangkuk tingkat bekal asam pedas tu jangan tertinggal pulak"

kapten pasukan kongo safari park hehehe


16 ulasan:

  1. Salam Pak Itam

    Huh! Best Tak Pak Itam tenguk bola dengan beruk kot...

    Hee..hee...

    Wslm

    BalasPadam
  2. salam from Makkah


    stadium Mak Bedah...dan kapten pasukana congo

    hEBAT PAK REJEKI ni...hehhehe


    waslam

    BalasPadam
  3. salam Rejeki

    banyak2 ending, kau letak si berok mak yeh hehehehh. ?

    BalasPadam
  4. salam pak itam,

    buat sejarah pak itam nih pi tgk WC nun jauh kat SA...hebat..hebat..sungguh hebat pak itam punyer ending tuh...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau gollllll
    tentu berok2 tu yg meloncat dulu

    ekkk
    atau beruk tenguk orang yg meloncat
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  6. Salam,

    Glamernya Mak bedah..ada stadium kat oversea..Pak jalil ada stadium kat mesia jer..hehehe

    rasa2 saya la pak itam...si kapten pasukan kongo safari park tu nak gi jemput geng2 dia yg berambut merah tu..WC punya pasal laaaa..mcm2 ada!!!

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Glamer beruk2 tu dpt masuk stadium Mak Bedah. Baru betul2 real apa yg dinamakan "terkejut beruk"... hihihi

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Pasal Pak Itam tak pakai jersi dan bendera M'sia? Tentu gempak jadik perhatian.

    Akak tunggu n3 seterusnya...

    BalasPadam
  9. salam kak su

    hehehe bestttt hehehe

    BalasPadam
  10. salam cl


    heheheh sesekali merepek merabankan hehehe

    ada nanti lagi best punye hehe

    BalasPadam
  11. salam az

    ini babun bukan sebarang babun tau, ada citenya nanti hehe

    BalasPadam
  12. salam kak nab

    heheh

    masa ni kak nab tentu tgh boring dlm flight hehehe saborjelah

    BalasPadam
  13. salam atuk

    sekali babun tu tampor pak itam hehe

    BalasPadam
  14. salam azima

    mcm2 ada kat sana hehe

    BalasPadam
  15. salam ibu

    salah tu, terkejut babun hehe

    BalasPadam
  16. salam kak ina

    wokeyyy, tunggu n3 seterusnya, mau sampai wc2010 habis, n3 tak habis hehe

    BalasPadam