WARGA SCP

Khamis, Disember 30, 2010

PIALA COKELAT CADBURY GANTI PIALA SUZUKI

kecekapan apek ni banyak membantu
mata dia sepet katanya dalam akhbar hari ni,
jadi laser tak jalan
bila dipancarkan

ALHAMDULILLAH

Pasukan kita berjaya menrangkul piala AFF Suzuki buat kali pertama setelah mencuba sejak sekian lama. Pujian buat mereka kerana pelbagai dugaan dan tekanan dari segi emosi dan mental ketika berkunjung ke Gelora Bung Karno sehingga terpaksa dibawa menggunakan 5 buah kereta perisai dari hotel penginapan ke stadium.

Kalah memang adat pertandingan. Semangat kesukanan seharusnya dikekalkan sebaik mungkin kerana menang tak jadi arang, kalah tak jadi abu .

Itu sebabnya demi meminimunkan perkara2 yg tak diingini, kita lihat para pemain kita selepas sahaja seren penamat ditiupkan pengadil, mereka meraikan dalam suasana yang tidak berlebih-lebihan kerana dikhuatiri mengundang provokasi di kalangan peminat Indonisia yang pasti akan menimbulkan suasana yg huru hara.

Namun bapak percaya , tidak semua penyokong indonisia yg sebegitu. Masih ramai antara mereka yang masih rasional dan boleh berfikir dengan baik.

Untuk apa kita bercakaran hanya kerana sebuah piala kerana pada tahun depan piala ini tidak akan dipertandingkan lagi kerana akan diganti dengan sebotol cokelat cadbury hehehehehehehe


pssssss utk kakitangan kerajaan esok cuti, bapak tak cuti, keja banyak hehehe

wajah sugul bapak presiden SBY

sujud kesyukuran

kegembiraan setelah wisel penamat

penjaring terbanyak dgn 5 gol
kalau bapak yg main
pasti 15 gol , tapi gol sendiri




tahun depan piala ni dah takde

cokelat cadbury mengantikan piala Suzuki
untuk edisi yang akan datang

masa tgh game rancak,
bapak pun sebat cokelat ni satu,satu,satu
tak sedar, habis separuh hehehe

Rabu, Disember 29, 2010

KERJA , REZEKI, KERJA


ALHAMDULILLAH

Dah lagi hujung bulan November hingga ke hari ni, kerja2 penghantaran pembekalan barangan ke sekolah2 menurut pesanan masih tak habis2 lagi. Semua buku2 kerja dan pakaian sukan serta yang berkaitan telah selamat dihantar kepada koperasi2 sekolah yang dah mula menjalankan kerja2 penjualan kepada murid2 mereka kerana sekolah minggu depan dah nak buka semula.


Lepas tu bapak bersilat pula dengan bakul sampah, penyapu, skop dan peralatan kelas dan pejabat dan macam2 lagi yang perlu dihantar . Nasib baik mereka tak order sekali belacan hehehe

"short notice" pun banyak yang bapak terima dari pelanggan
depa call bapak pukul 8.30 pg, kul 11.00 nak barang tu sampai
sabar jelah hehehe

kekadang pening kapla bapak kerana beratus item barangan yang menyebabkan kekadang terlepas pandang apabila stok dalam simpanan habis keluar tanpa disedari

tu yang kekadang berseloroh dgn staff bapak
senang jual goreng pisang je
itemnya goreng pisang je , satu jenis hehehe

Sebenarnya situasi begini setiap tahun sama je
alah bisa tegal biasa
tengok invois dari pengilang dan pembekal
mak datuk
dah penuh satu fail, menimbun

semua perlu dibereskan ,
ada yang term 30 hari, ada 60 hari, ada 90 hari

berniaga nampak mudah
tapi tak semudah yang disangkakan
kalau mudah dan senang
semua orang dah meniaga

kalau takut tangan terbakar, jangan bermain dengan api
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

oke, malam ni bapak akan berada di stadium gelora puting beliung bung itam
moga malaysia mencapai kemenangan
bapak tetap dengan kain pelikat gombang
akan meraikan kemenangan
insyallah

psss ni pun sempat buat n3 ni
lps tension jap dari tgk invoisdan dilivery order dan barangan yang belum siap packing ni

Isnin, Disember 27, 2010

TEMPAT DUDUK BERKATIL

ALHAMDULILLAH

Kerana bapak punya sebuah moto suzuki,
jadi bapak pun dapat tiket utk final
pertadingan sepak bola piala AFF suzuki
tapi depa semua kena bayar 50 hengget utk tempat duduk berbumbung
bapak dapat tempat duduk berkatil siap bantal bucuk lagi
penontonnya 3 orang je hehehe

tahniah pasukan malaysia yg menang 3-0
semoga semangat anak2 muda ni terus membara
yg penting jaga displin, jgn cepat ego dan rasa diri "star"
krn perjalanan masih jauh

ok

bapak juga dah tempah sekali lagi
tempat duduk berkatil + bantal bucuk
utk perlawanan di stadium bung karno
malam rabu ni

ditangguh 5 minit
anak sapalah suluh laser tu
nak kata bapak yg suluh
bapak lampu syluh ayam adaa le hehe

bapak nonton pakai pelikat gombang je
bila gol melompat kegembiraan ataskatil
sib baik kain ikat ketat hehehe

Sabtu, Disember 25, 2010

PLEASE FASTEN YOUR SEAT BELT

ALHAMDULILLAH

setelah mengharungi air turbulance
akhirnya
Landed at Lamb Chop International Airport , Australia hehehe

Now can longgarkan all the belt before eating hehe

lepas perap 2 jam terus masuk oven

minyak dok meleleh dan menitis tu

makan jagung ni selit celag gigi
lemah hehe

asparagus+mushroom+meat ball


my portion

GOING TO AUSTRALIA

tengahari nti touch down

bahan2 dah siap ni
jap lagi boleh perap
tengahari dah boleh pi australia makan
kira touchdown kat meja makan le hehe

ALHAMDULILLAH

Tengok tajuk n3 mcm tgh prepare nak gi Australia
Tapi sebenarnya mak itam tgh prepare nak masak lamb chop dari australia yang kami beli semalam kat Giant hehehe

Nak pi Aussie la ni tak sempat pasal sibuk keja
jadi makan lamb dari aussie ni pun jadilah
nanti kalau mak itam dah siap masak nanti
baru bapak pi shoot foto2nya nanti
dan sambung n3 ni ya
sementara tu , bapak nak keja dulu pasal banyak barang yang baru sampai pagi ni
nak kena check dulu

bye2
tolong abaikan coklat cadbury tu
pasal cokelat tu takde kena mengena dalam ramuan lamb chop tu hehe

Jumaat, Disember 24, 2010

DISEBALIK HAKIKAT PERCUMA MASUK



ALHAMDULILLAH

Hari ini bapak seharian di atas lori mengikut pekerja bapak menghantar barangan ke sebuah sekolah yang nun jauh di hujung tanah melayu . Lama juga bapak tak ikut kerana bapak sekarang sebagai mastermind melakukan kerja2 ni "dibelakang tabir" je.

Balik tadi , badan terasa letih akibat hentakan lori disepanjang perjalanan pergi dan balik. Terasa badan dan kudrat bapak tidak sekuat dulu masa muda2.

Melintasi bandar HC, kiri-kanan deretan kedai , malangnya hanya sekelumit atau lebih tepat "sekecil kuman"dimiliki oleh golongan kita . Hakikat ini telah berlarutan sejak sekian lama dari zaman kita merdeka dulu hingga kini yang tidak boleh kita sangkal. Namun terserempak dengan banner yang dipasang di satu persimpangan ini menyebabkan otak bapak ligat mencari apa yang tersirat dan tersurat di sebalik kata-kata yang tertulis di atasnya

"Tempahan membuat membuat keunikan,percuma masuk membuat perbandingan harga kilang jualan langsung"


Tentunya pekerja yang mereka cipta banner ini bukan dikalangan orang kita dan yang pasti tuanpunya juga begitu. Kalau tidak, masa kan ayat tunggang terbalik ini terhasil. Tentunya pekerja2nya bukan dari kalangan yang berkelulusan tinggi dan mungkin juga towkeynya juga.

Namun siapa sangka, mereka itu yang tidak berkelulusan tinggi dan baik yang bangsanya menguasai ekonomi negara kita sejak dulu sehingga sekarang sedangkan bangsa kita masih ditakuk lama sebagai pengguna atau pelanggan sahaja.

Ayuh bangsa ku seagama,
bangkitlah,
lakukan perubahan ,
kalau bukan sekarang,
sekurang2nya untuk generasi kita yang akan datang,
untuk kemajuan ummah dan umat islam juga
kerana setiap sen keuntungan yang kita perolehi
boleh membantu saudara sesama islam
melalui zakat , sedekah dan jariah yang dijelaskan
insyallah

jangan sampai suatu hari nanti
kita nak beli kain kapan pun
terpaksa dibeli dari kedai bangsa lain

jangan sampai suatu hari nanti
kita nak menunaikan umrah pula
terpaksa diuruskan juga
oleh bangsa lain


Khamis, Disember 23, 2010

SUASANA MALAM DI ORCHAD ROAD :P1

ALHAMDULILLAH

Magrib dan isyak kami di masjid al fallah berdekatan Orchad Road. Alunan bacaan imam sungguh mengasyikkan . Sebuah masjid yang lengkap dan moden terletak ditengah2 kesibukan kotaraya Singapura memudahkan kita .

Lantas terkenang masa bapak kecik2 dulu semasa di tinggal di kuaters kastam Tanjung Puteri yang menghadap Woodlands di Singapura. Masa tu kapal TLDM kita masih berlabuh di Woodlands dan kini semuanya semua kemegahan negara kita di sana hanya tinggal kenangan kerana semuanya telah diserahkan kepada mereka.

Dengan bermotosikal honda cup , ayah dan ibu masa tu kerap juga masuk ke Woodlans . Kekadang hanya untuk membeli 2-3 tin laici dan buah epal sahaja. Namun semua itu hanya tinggal kenangan.



Masa tu tukaran duit masih 1:1 lagi. Dan sememangnya berdondon2 rakyat malaysia sering mengunjungi singapura bagi mendapatkan segala keperluan kerana semuanya murah dan sangat berbaloi.

Tapi sekarang tukaran sudah hampir 2.4:1 . Ini menyebabkan ramai pula rakyat singapura yang berdondon2 pula masuk ke malaysia walaupun terpaksa mengharungi kesesakkan di tambak johor berjam2 lamanya.

Namun masih terdapat juga barangan yang masih boleh dibeli di sana walaupun tukaran mata wang yang tinggi . Dah convert masih murah berbanding di tempat kita.

Ramai pula dikalangan rakyat kita yang berkerja di singapura kerana tukaran wang yang tinggi ni . Lihatlah sehari , berpuluh ribu motosikal yang ditunggani mereka melepasi tambak johor . Gaji dibayar dengan sing dollar dalam 2-3 ribu hanya utk pekerja biasa setelah ditukar sangat besar nilainya. Namun hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.

Rata2 rakyat kita yang bekerja disana tiada kehidupan kerana keluar ketika bulan masih di atas kepala diwaktu subuh dan balik ketika bulanpula muncul dimalam harinya. Namun kehidupan sekarang yang terlalu mencabar membuatkan mereka berbuat begitu demi mencari rezeki.

Bapak sangat bersyukur kerana kehidupan bapak tidak sebegitu.

Alhamdulillah.






Rabu, Disember 22, 2010

MENGUKUR JALAN

bapak dah keletihan dan berehat di bawah pokok
di R&R entah lupa dah sebelum meneruskan perjalanan
KOG kita kira sedara ya
cuma bapak Rimau Oren Gemok hehe

ALHAMDULILLAH

Seminggu ni dari minggu lepas, bapak kerjanya hanya mengukur jalan dari HC-JB-Muar-KL-Muar-PD-KL-JB-HC-Penggerang

Bapak punya urusan penting buat pembantu rumah yang menjaga ibu bapak yang uzur. Kebetulan pasportnya hampir mati. Jadi bapak perlu membawanya ke Kedutaan Besar Indonisia untuk memperbaharuinya. Perancangan masa perlu dilakukan sebaik mungkin krn sementara itu, kakak bapak perlu menjaga segala keperluan ibu yang ditinggalkan dari segi makan pakai dan berak kencingnya sementara waktu. Tak boleh tinggalkan lelama kerana kakak bapak juga bukanlah berapa sihat .

Jadi bapak mula mengukur jalan pada hari rabu lagi . setelah siapkan beberapa kerja disebelah paginya, perjalanan bapak bermula , namun terpaksa berhenti di beberapa premis kerana banyak lagi urusan di JB yg perlu dibereskan. Pukul 6 ptg juga baru sampai ke Muar.

Selepas magrib dalam keadaan hujan lebat, kerja mengukur jalan diteruskan . Hampir jam 12 malam juga baru sampai ke KL . Pagi khamis pula dengan bantuan kakak bapak , hingga selepas asar , barulah segala urusan memperbaharui pasport selesai selepas terpaksa mengharungi banyak karenah birokrasi berkaitan dokumentasi dan beberapa peraturan baru . Sekarang setiap pembantu rumah akan ditemuramah secara berasingan bagi memastikan beberapa perkara utama seperti gaji yang diberikan serta cuti sehari seminggu seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Indonisia.

Selepas isyak pula , sekali lagi bapak mengukur jalan dari KL-Muar untuk menghantarnya kembali. Ngantuk dan penat mmg penat, tapi nak buat macammana kan, hanya sekelumit pengorbanan buat ibu berbanding pengorbanannya membesarkan bapak .

Esoknya pula sekali lagi bapak mengukur jalan Muar-PD utk menziarahi seorang lagi kakak bapak yang baru selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut . Selepas solat jumaat di Masjid RAMD , kerja2 pengukuran jalan diteruskan dari PD-KL pula .

Dan isnin tadi diteruskan pula KL-JB-HC tanpa henti kerana banyak kerja2 yang tertangguh selama beberapa hari terpaksa dilakukan .Sempat menyelesaikan 3-4 kerja di JB sebelum sampai di HC.

Dan sekarang bapak dan isteri macam orang lepas mengharungi satu penerbangan yang jauh. Badan tersangat letih mcm jetlag pula.

Namun letak ketepi semua keletihan itu kerana tadi , bapak sekali lagi mengukur jalan dari HC-Pengerang pula selepas subuh tadi kerana menyelesaikan segala temujanji yang tertangguh.

Itulah sebabnya bapak "menghilangkan diri" buat seketika di alam maya kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.Bapak juga tak sempat membalas semula komen2 kalian dlm n3 bapak terdahulu dan juga bapak tak berkesempatan merayau2 di rumah kalian semua.

Alhamdulillah
semua urusan pengukuran jalan berjalan seperti yang dirancang dengan izin Allah,
selesai semuanya.

Jumaat, Disember 17, 2010

BURUNG-BURUNG BAPAK


Surah Al-’Ankabut: 20
“Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah Bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) Dalam bentuk kejadian Yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Surah An-Nur:45
"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air;
maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki.
Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."