WARGA SCP

Isnin, Disember 06, 2010

MANGGO JUICE ICE BLEND BEN ITAM

ALHAMDULILLAH

Hari tu, mak itam sempat ambik beberapa biji manggo ni di Puspada PD yang telah gugur . Tandanya buah ni dah tua dan masak .

Lalu bapak pun cadangkan , kita buat Manggo Ice Blend versi Ben Itam.

Cerita pasal jus manggo ni, kalau sesiapa pernah ke Makkah pasti takkan melupakan keenakkan jus manggo ni yang dijual antara 3-5 rial bagi sebotol besar.

CL, nanti belikan bang se tan kat Ben Laden bawak balik hehehe

Maka kerja bapak tukang kopek pun bermulalah,
kena yang masak sangat , licin nak kopek hingga terlepas dari tangan.
Nasib baik tak terlepas masuk dalam kain pelikat hehehe
Nak buat macam manakan.

Nak buat manggo ice blend ni , tak boleh pakai mesin air buah.
Kena pakai blender utk mendptkan rasa yang enak lagi pekat.
Blender sikit2 sambil masukkan air batu serta sedikit gula yang akan dikisar bersama.
Jadi ia telah siap sedia sejuk dan sedap untuk diminum.

Kalau nak buat Manggo Lassi
kena campur yogurt
kalau takde yogurt, mudgurt pun boleh hehe

Bukan nak puji diri sendirilah,
tapi tadi manggo juice ice blend ni memang sedap
lebih kurang macam beli kat Ben Laden , Makkah
tapi ini Manggo Jus Ice Blend Versi Ben Itam

Habis , sebalang
ALHAMDULILLAH

buah yang telah masak sgt sesuai
kat kedai kekadang depa guna buah yg muda
tu yang pucat je dan tawar



30 ulasan:

  1. Salaam Pak Itam,

    perrghhh!!! pekat dan padat, mai sebalang! ;)

    tingat manggo juice Makkah...huhu.. best in da world.

    BalasPadam
  2. Subhanallah..bagai terasa nikmat mengalir kat tekak...mmg macam yang kat Mekah punyer..!

    BalasPadam
  3. salam dari Makkah


    jus manggo sini lagi 'mengamcam ' pak itam...hehheh


    waslam

    BalasPadam
  4. salam CR...

    memang sedap sangat jus mangga yg kat Mekah tu , teringat sampai sekarang ...

    patut ler semcam jer buat yg dah dikupas tu , rupanya bapaknya yg kupas , he he he jangan marah..

    2 hari lepas ummi blend mangga jenis yg sama n masukkan dlm dadih perisa mangga ... sodaaaap

    BalasPadam
  5. gulp... kakpah nelan air lio je..

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Pergghh jugak ler [tiru Kak Chiq]
    Bak Mai 2 balang..sedapnya peberet tuh..ada rasanya macam kat Mekah tak yum yum..

    Ben Itam? ingatkan BEn 10 hehe

    BalasPadam
  7. Salam pak itam, memang nampak menyelerakan sungguh jus manggo mak itam tu. Di Bangi ni ada satu kedai jual barang2 dari saudi, saya kalau teringat jus manggo kat makkah saya pergi la kedai tu, satu liter cuma rm 6

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Warna jus tu memang sama dgn yang kat Ben Laden Mekah. Rasanya mestilah Pak Itam dan Mak Itam je yg tahu. Tapi kakak dah terliur pulak nie....

    CL pulak tu tak mahu kalah dia kata di sana lagi mengancam. Ha...ha...

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam,

    Nampak sedap sgt juice tu..tapi bak kata CL juice mango Mekah lagi mengancam...akak dah rasa dah..tak boleh lawan..

    Tapi Pak Itam..ni buatan sendiri..lagi best..

    BalasPadam
  10. blender kita terbelah, kalau blend air memancut²... bolehkah diterima alasan ini?

    BalasPadam
  11. Jus kat saudi memang yang terbaik lah...tak campur air, tak campur gula....pure fruit! Melekat2 kat tekak masa nak telan!!

    BalasPadam
  12. Salam Bapak,

    Dari tadi tadah gelas..jus x masuk2 nak wat camna erk?..gulp! telan liur jelah

    BalasPadam
  13. salam pak itam

    air tu nmpk pekat sama cam warna buahnya... tentu sedap kan huhu
    telan air liur tgk gmbr nih hehe ~

    BalasPadam
  14. salam pak itam,

    sakit mata, sakit tekak kak nab bila tengok jus ini....perrghh...

    BalasPadam
  15. Assallamualaikum Pak Itam,
    Salam Maal Hijrah

    Teringat minum jus mangga kat Mekah...memang sedap..
    Rasanya kalau buah bacang dan konen pun sedap juga dibuat jus macam ni...

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak chik

    pekat mmg pekat sampai kena jolok tekak bila minum hehehe

    BalasPadam
  17. cikgu pinat

    ni yang nak kena cari lagi buah pelam ni hehehe

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam cl

    tu kalau tokey ben laden try ben itam punya, mau dia terus insaf dan order 80 kapal hehehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam kak ummi

    org jantan kupas buah mmg ganas sikit kak hehehe

    nak cepat siap hehe

    BalasPadam
  20. kak pah

    minum jus ni jangan risau nak cari cungkil gigi tau hehehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam syima

    ben 10 tu apa yek hehehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam kamato

    kat hc ni takde kedai sebegitu, tu yang kalau mengidam buat sendiri je hehe

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam kak zakie


    rasanya sama mcm kat mekah kak , hehehe

    BalasPadam
  24. waalaikumsalam kak sidah

    betul kak, home made
    made in sendiri hehehe

    BalasPadam
  25. KOG

    blend apa sampai terbelah blender tu hehehe

    BalasPadam
  26. uncle

    masa blend mmg tak campur air langsung, campur air batu je

    takut habis cepat, masa minum campur air sejuk sikit hehe

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam ibu

    gelas ibu bocor tak hehe

    BalasPadam
  28. waalaikumsalam manje


    tu yang nak kena cari buah ni lagi hehehehe

    BalasPadam
  29. waalaikumsalam kak nab

    heheheheheheheheh sakit nak menghabiskan hehehehe

    BalasPadam
  30. waalaikumsalam mama nadz

    buah konen tu apa hehehe

    BalasPadam