WARGA SCP

Jumaat, Disember 24, 2010

DISEBALIK HAKIKAT PERCUMA MASUK



ALHAMDULILLAH

Hari ini bapak seharian di atas lori mengikut pekerja bapak menghantar barangan ke sebuah sekolah yang nun jauh di hujung tanah melayu . Lama juga bapak tak ikut kerana bapak sekarang sebagai mastermind melakukan kerja2 ni "dibelakang tabir" je.

Balik tadi , badan terasa letih akibat hentakan lori disepanjang perjalanan pergi dan balik. Terasa badan dan kudrat bapak tidak sekuat dulu masa muda2.

Melintasi bandar HC, kiri-kanan deretan kedai , malangnya hanya sekelumit atau lebih tepat "sekecil kuman"dimiliki oleh golongan kita . Hakikat ini telah berlarutan sejak sekian lama dari zaman kita merdeka dulu hingga kini yang tidak boleh kita sangkal. Namun terserempak dengan banner yang dipasang di satu persimpangan ini menyebabkan otak bapak ligat mencari apa yang tersirat dan tersurat di sebalik kata-kata yang tertulis di atasnya

"Tempahan membuat membuat keunikan,percuma masuk membuat perbandingan harga kilang jualan langsung"


Tentunya pekerja yang mereka cipta banner ini bukan dikalangan orang kita dan yang pasti tuanpunya juga begitu. Kalau tidak, masa kan ayat tunggang terbalik ini terhasil. Tentunya pekerja2nya bukan dari kalangan yang berkelulusan tinggi dan mungkin juga towkeynya juga.

Namun siapa sangka, mereka itu yang tidak berkelulusan tinggi dan baik yang bangsanya menguasai ekonomi negara kita sejak dulu sehingga sekarang sedangkan bangsa kita masih ditakuk lama sebagai pengguna atau pelanggan sahaja.

Ayuh bangsa ku seagama,
bangkitlah,
lakukan perubahan ,
kalau bukan sekarang,
sekurang2nya untuk generasi kita yang akan datang,
untuk kemajuan ummah dan umat islam juga
kerana setiap sen keuntungan yang kita perolehi
boleh membantu saudara sesama islam
melalui zakat , sedekah dan jariah yang dijelaskan
insyallah

jangan sampai suatu hari nanti
kita nak beli kain kapan pun
terpaksa dibeli dari kedai bangsa lain

jangan sampai suatu hari nanti
kita nak menunaikan umrah pula
terpaksa diuruskan juga
oleh bangsa lain


10 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Menyedarkan yang telah terlalu lama lena memang payah. Sudah juga menjadi kenyataan sekarang membeli kain kapan dan peralatan menggali kubur dari mereka yg bukan saudara kita.

    p/s: cerita seorg anak muda 21 tahun membersih airconditioner pejabat kakak. bila ditanya kenapa dia yg datang? katanya sekarang sykt itu kepunyaan dia. bapanya telah membuka syarikat lain. SPM pun tak ada tapi syarikat untung ribu-ribu.... (bukan org kita) sedih.....

    BalasPadam
  2. Salam Pak itam...

    Ya itulah juga sebahagian impian saya..membuka perniagaan...untuk memenuhi keperluan masyarakat kita...lebih2 lagi yg beragama islam...

    BalasPadam
  3. elok sangat kalau entry ni dapat menyedarkan orang kita yang masih sedap tidur dibuai mimpi....

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,
    Hanya segelintir sahaja orang kita yang sanggup mengharung kepayahan membayar gaji dan menanggung kos dihujung bulan (orang meniaga)berbanding majoriti yang lain yang selesa menerima gaji dihujung bulan. Itulah jihad ekonomi. Alhamdulillah saya puas dapat membantu bangsa kita sesama Islam dihujung bulan w/pun tak semewah mana, tapi sedih mengenangkan bangsa kita juga yang menghasut kakitangan supaya bekerja ditempat lain yang lebih gah & mewah w/pun dipunyai oleh bangsa dan agama lain.

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    TQVM for sharing dan memberikan motivasi

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kakzakie

    semoga bangsa kita bangkit semula

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam shami

    teruskan usaha mu itu

    BalasPadam
  8. uncle

    demi survivor bangsa dlm dunia sekrg yg penuh pancaroba

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam siti

    teruskan usaha siti itu

    kelemahan bangsa kita ialah menjatuhkan bangsa dan kaum sendiri sejak dari dulu lagi masa zaman kesultanan melayu melaka lagi

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam rosli

    utk survivor bangsa kita di zaman sekarang, kalau tidak kita akan ketinggalan jauh

    BalasPadam