WARGA SCP

Khamis, Disember 23, 2010

SUASANA MALAM DI ORCHAD ROAD :P1

ALHAMDULILLAH

Magrib dan isyak kami di masjid al fallah berdekatan Orchad Road. Alunan bacaan imam sungguh mengasyikkan . Sebuah masjid yang lengkap dan moden terletak ditengah2 kesibukan kotaraya Singapura memudahkan kita .

Lantas terkenang masa bapak kecik2 dulu semasa di tinggal di kuaters kastam Tanjung Puteri yang menghadap Woodlands di Singapura. Masa tu kapal TLDM kita masih berlabuh di Woodlands dan kini semuanya semua kemegahan negara kita di sana hanya tinggal kenangan kerana semuanya telah diserahkan kepada mereka.

Dengan bermotosikal honda cup , ayah dan ibu masa tu kerap juga masuk ke Woodlans . Kekadang hanya untuk membeli 2-3 tin laici dan buah epal sahaja. Namun semua itu hanya tinggal kenangan.



Masa tu tukaran duit masih 1:1 lagi. Dan sememangnya berdondon2 rakyat malaysia sering mengunjungi singapura bagi mendapatkan segala keperluan kerana semuanya murah dan sangat berbaloi.

Tapi sekarang tukaran sudah hampir 2.4:1 . Ini menyebabkan ramai pula rakyat singapura yang berdondon2 pula masuk ke malaysia walaupun terpaksa mengharungi kesesakkan di tambak johor berjam2 lamanya.

Namun masih terdapat juga barangan yang masih boleh dibeli di sana walaupun tukaran mata wang yang tinggi . Dah convert masih murah berbanding di tempat kita.

Ramai pula dikalangan rakyat kita yang berkerja di singapura kerana tukaran wang yang tinggi ni . Lihatlah sehari , berpuluh ribu motosikal yang ditunggani mereka melepasi tambak johor . Gaji dibayar dengan sing dollar dalam 2-3 ribu hanya utk pekerja biasa setelah ditukar sangat besar nilainya. Namun hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.

Rata2 rakyat kita yang bekerja disana tiada kehidupan kerana keluar ketika bulan masih di atas kepala diwaktu subuh dan balik ketika bulanpula muncul dimalam harinya. Namun kehidupan sekarang yang terlalu mencabar membuatkan mereka berbuat begitu demi mencari rezeki.

Bapak sangat bersyukur kerana kehidupan bapak tidak sebegitu.

Alhamdulillah.






14 ulasan:

  1. Salam Pak Itam

    Sayangnya kenangan TLDM di Woodlands tu... dah jadi milik negara orang... batch adik sy, batch yg terakhir 'training' kat situ ~

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    dia orang yg pernah kesana katanya masjid disitu bersih dan kemas

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Kawan kakak hingga sekarang masih lagi kerja di sana. Kerja sebagai A/C clerk walaupun income SGD 2500/- tapi sebab ex-rate dia sanggup harungi juga.

    BalasPadam
  4. Salam pak itam...

    Syukur dengan kehidupan kita sekarang...
    Lampu2nya cantik dan menarik....
    namun lampu2 dan kenikmatan mencari rezeki di situ...hanyalah dunia yg sementara...walau dikejar siang dan malam selama 24 jam..
    namun kehidupan abadi...adalah sebenar2 kehidupan kita....huhuhuh

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Rindu nak pergi singaporelah. Dah lama tak pergi,huhuhu. Tp mak cik yg duk Changi tiap 2 bulan balik Trg.

    BalasPadam
  6. Aslkm CR

    Cantik gambar2 tu. Krismas ni dah setahun tinggalkan tpt tu...easa nak terbang ke sana...

    BalasPadam
  7. sungguh kagum dgn hasil tembakan pak itam...tahniah!!!!

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam manje

    akhirnya semua kepunyaan kita diserahkan .....

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam atuk

    mmg bersih dan semua facilities cukup

    selesa beribadat di sana walaupun tgh kesibukan kotaraya

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kakzakie

    kalaulah semua rakyat kita tak keja kat sana, mau kelam kabut depa hehehe

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam shami

    hujan emas dinegeri orang .....

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam ibu

    ibu jauh di pantai timur hehe

    saya dekat je, sejam dah sampai hehe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam mama ju

    suasana malam yg indah di kota singa

    BalasPadam
  14. kak nab

    saya shoot tgh sesak org ramai tu hehehe

    ramai sebenarnya kat sana tu yg bawa ke hulu hilir dslr ambik gambar hehe

    BalasPadam