WARGA SCP

Rabu, Disember 08, 2010

2010 - 1967 = 43






ALHAMDULILLAH

Tanggal 8 Disember ni, genap usia ku 43 tahun
Aku meniti hidup hampir 43 tahun penuh dengan warna-warni kehidupan
kepahitan, kemanisan, kepayauan, kekelatan, kemasinan , kegembiraan, kedukaan
semua telah ku lalui
menjadikan aku semakin mensyukuri segala nikmat dan pemberian Allah terhadap ku

aku seorang manusia yang dari dulu tidak punya cita-cita besar dan gah
tak bercita2 nak jadi seorg yang berharta
tak bercita2 nak menjadi seorang yang memiliki segalanya
tak bercita2 nak menjadi seorang yang berjaya

Aku hanya mengimpikan kebahagiaan di dunia dan akhirat
bertitik tolak dari situ
aku berusaha dan terus berusaha
cuba memperbaiki segala kelemahan ku sebagai seorang yang bergelar manusia
dan semuanya yang aku nikmati dari dulu hingga sekarang
adalah pemberian Allah swt yang mutlak milikNYA
dan aku hanyalah sebahagian dari takdir dan perancanganNYA

Semoga usia ku yang mengesot setahun lagi ini
menjadikan aku insan yang lebih bertaqwa
menjadikan aku insan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya

Hidup ku
Mati ku
Ibadat ku
hanya kerana Allah

42 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah..sempat menikmati hidup hingga kini dah 43 tahun..semoga tahun2 mendatang membawa lebih kebahagiaan, peningkatan iman dan segala2 yg indah dalam hidup pak itam bersama keluarga..insyaallah.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah. Beruntung Pak Itam telah dpt mengecapi duniawi nii dgn meriah sekali..moga akan terus bahagia sampai di Sana ya...

    Wslm.

    BalasPadam
  3. salam dari Makkah


    Hepi Besday Pak Itam@Rezeki

    doa cl di sini moga allah swt panajng kan umo dan murahkan rezeki...mendapat kerahamtan dan keberktan dari nyer duni /akhirat...


    wasalm

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Hepi Besday 2u. Moga2 diberkati Allah sepanjang masa.

    Setiap kali hari lahir disambut, menandakan usia kita bertambah setahun, tetapi sedarkah kita masa kita untuk bertemu dgn Yg Maha Pencipta telah berkurangan. Setiap detik yg kita lalui bermakna jangka hayat kita di muka bumi yg fana ini semakin hampir.

    Berbahagialah mereka yg sentiasa mencari redha Allah.

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum Pak Itam,

    Alhamdulillah..syukur kepadaNYA..di beri Pak Itam kesihatan yang baik hingga kini dan dirahmati Allah sentiasa.
    Dalam usia yang muda ini Pak Itam telah menjadi insan berjaya...
    Happy Birthday..

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,


    Alhamdulillah....

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah..selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 43.
    Semoga Allah teruskan meminjamkan nikmat kebahagian itu kepada Pak Itam sekeluarga. Insya-Allah

    BalasPadam
  8. Salaam Pak Itam,

    Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga hidup Pak Itam sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah sehingga ke akhirnya. Amin.

    DIRGAHAYU BAPAK ITAM!

    BalasPadam
  9. Salam,
    hepi bestday 2u. Moga murah rezeki dan diberi kesihatan terbaik utk berbakti.

    Salam Hijrah

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Pak Itam

    moga diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki untuk kesempurnaan beramal

    Wassalam

    BalasPadam
  11. selamat hari jadi, pak itam. semoga sentiasa dirahmati Allah di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

    syukur kita semua masih dapat menikmati asam pedas! :)

    BalasPadam
  12. Salam Pak Itam,

    ALLAH SELAMATKAN PAK ITAM..3x
    Semuga panjang umur dan dimurahkan rezeki berterusan dan dimakbulkan segala hajat

    Selamat ulang tahun Pak Itam

    Amein

    BalasPadam
  13. selamat menyambut harilahir.
    semuga diberkati usia dengan kesihatan, murah rezeki dan amal soleh, kebahgiaan dan kejayaan dunia akhirat.

    BalasPadam
  14. assalamualaikum warohmatullah h iwabarokatuh Pak Itam

    Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah....salam ulang tahun kelahiran yang ke 43....ya benar hidup dan matiku hanya untuk ALLAH...

    BHS ucapkan salam ukhuwah yang berkekalan dan salam maal Hijrah 1432H...cantek..birthday dekat ngan tahun baru hijrah...segala yang indah untuk Pak Itam...amin ya ALLAH....

    BalasPadam
  15. salam pak itam

    hepi besday..may allah bless u,,,moga pak itam terus bahagia dan ceria meniti kehidupan,,tq sebab pak itam selalu buat cm tergelakk bila baca n3 dr blog pak itam..ceia hidup kami lewat penulisan pak itam,,,moga pak itam tak jemu3 berblogging..

    BalasPadam
  16. salam pak itam,

    alhamdulillah..bertambah usia setahun lagi...semoga sentiasa berada dalam rahmahNYA.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Pak Itam,

    Selamat Hari Lahir,
    semoga ditetapkan hati dalam iman,
    dimatikan jua dalam iman,
    dan dimasukkan ke syurga jua dalam iman... Ameen.

    Dari jiran tetangga di kota HC.
    Wassalam.

    BalasPadam
  18. As Salam Pak Menakan,

    hepi besday to my unkel.. yg ke 34 kan.. opss shilap lak.. ampat poloh tiga.. semoga sentiasa didalam rahmat & keberkatan Allah didunia dan akhirat. InsyaAllah

    yang jauh didlm estet..
    anak menakan

    BalasPadam
  19. Salam adik Itam,

    Lama akak x tinggalkn jejak...hepi besday ke 43...dah besar dh dia...

    Semoga bertambah rezewki, sihat selalau & bahagia di samping keluarga tercinta.

    BalasPadam
  20. Alhmadulillah. Hari ini genap 43 tahun usia sahabat ku ini. Selamat Hari Jadi Pak Itam. Semoga pak itam diberi Allah Taala kesihatan berpanjangan, rizki melimpah ruah, kegembiraan & kebahagian bersama anak isteri sepanjang masa, selera makan yang baik supaya tak mis makan asam pedas.

    Ahh..satu lagi,semuga gigi rongak berganti baru..hahaha

    BalasPadam
  21. Hepi besday 2 u, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki, berbagia di samping keluarga tercinta

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam kak sidah

    tq krn mendoakan kami
    semoga kak sekeluarga juga sentiasa dlm suasana ceria dan bahagia

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam kak su

    semoga kehidupan diakhirat meriah spt yg diimpikan

    insyallah

    BalasPadam
  24. waalaikumsalam cl

    alhamdulillah

    jutaan tq krn sudi mendoakan buat kesejahteraan kami

    doa kami juga buat cl di sana

    BalasPadam
  25. waalaikumsalam hj aki

    alhamdulillah

    kematian takkan lambat dan tercepat sedetik pun

    itu janji Allah

    moga tuan hj juga sentiasa diberkati allah

    BalasPadam
  26. waalaikumsalam mama nadz

    tq

    semoga kita semua menjadi insan yg berjaya di dunia dan di akhirat kelak

    insyallah

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam ibu

    syukur ke hadrat ilahi

    BalasPadam
  28. waalaikumsalam syima

    TQ

    semua nikmat dunia hanya pinjaman
    nikmat akhirat kita tak tahu lagi

    insyallah

    BalasPadam
  29. waalaikumsalam kak chik

    TQ

    dirgahayu takpe
    jgn Gaharu hehehehe

    BalasPadam
  30. waalaikumsalam tn hj ridzwan

    TQ

    semoga kita semua dapat membantu perkembangan ummah supaya lebih gemilang

    insyallah

    BalasPadam
  31. KOG

    TQ

    asam pedas ttp menjadi pujaan hati ku hehehe


    ada tak org jual kek asam pedas hehehe

    BalasPadam
  32. waalaikumsalam ain

    TQ

    moga ain juga sentiasa dlm peliharaan dan keraahmatan allah

    BalasPadam
  33. mampir

    TQ

    dunia dikejar, akhirat dijunjung

    insyallah

    BalasPadam
  34. waalaikumsalam BHS

    TQ

    doa kami juga agar BHS sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah

    insyallah

    BalasPadam
  35. waalaikumsalam CM

    TQ

    insyallah, melalui penulisanlah bapak dapat menceriakan hati rakan2 ,
    menceriakan rakan2 juga satu ibadahkan

    insyallah
    selagi mampu menulis, bapak akan menulis
    kalau dah tak mampu menulis, bapak masuk kelas pemulihan khas kat sekolah hehehe

    BalasPadam
  36. waalaikumsalam kak nab

    TQ

    masa berlalu terlalu pantas
    moga masa2 yg berlalu dapat kita isi dgn perkara yg mendtgkan kebaikan kpd semua

    insyallah

    BalasPadam
  37. waalaikumsalam hajjah AMZ

    TQ

    alhamdulillah,
    spikan salam buat Hj Amran

    BalasPadam
  38. waalaikumsalam kak ngah

    TQ

    sib baik 43 kalau 83 ke, 93 ke hehehe

    semenjak gotah sekg 20 hengget, kak ngah semakin tak keluar estet ya, takut getah kena curik hehehe

    BalasPadam
  39. waalaikumsalam kak ina

    TQ

    alahmdulillah kak

    semoga kehidupan akak sekeluarga juga bahagia dunia dan akhirat

    BalasPadam
  40. waalaikumsalam abg sulong

    TQ

    hehehe ingat nak ganti gigi untalah hehehe

    BalasPadam
  41. az

    TQ

    moga az juga begitu juga
    berbahagia dunia akhirat

    BalasPadam
  42. waalaikumsalam atuk

    TQ

    moga kita semua sentiasa dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat

    insyallah

    BalasPadam