WARGA SCP

Selasa, Jun 04, 2013

JDT : LUASKAN KUASA MU JOHOR part 1

ALHAMDULILLAH

Laugan "Luaskan Kuasa Mu Johor" berkumandang di Stadium Bukit Jalil malam itu di mana perlawanan Semi Final Ke 2 yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur , Kuantan telah dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil yang dapat menampung kapasiti yang lebih besar.

Untuk mengelakkan kesesakkan , aku bawak motor bot aku dan parking kat Stesyen LRT Pandan Indah dan dari situ ke Bukit Jalil menggunakan LRT. Untuk mengelakkan dari beratur nak beli 'coin" yang telah mengantikan tiket LRT, kami lebih senang gunakan kad Touch n Go . Tapi masalah timbul pula kerana 3 lagi kad yang jarang digunakan kena topup dulu. Tapi kemudahan topup kad tu hanya di stesyen Shell atau petronas tertentu je . Puas juga pi pusing cari 2-3 stesyen minyak baru bertemu yang boleh topup.

Bukan nak pujilah sistem topup kat Temasek, dah depa pakai hanya satu je kad dipanggil Autopass yang boleh gunakan untuk parking kat mana2 sekali pun , untuk naik MRT pun dan macam2 lagi, pegi je kat mana2 7eleven yang melambak tak kira kiosk kecik ke, pasti boleh topup. Benda yang baik seperti ni harus pihak berwajib kita pelajari dan cuba buat kat Tanah Melayu demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat jelata.

pahang dok sebelah sana
tu yang kosong "zon pemampan"

johor dok sebelah sini
tu kat bawah Ultras JDT

Kena turun kat stesyen Chan Siaw Lin dan tukar LRT untuk sampai ke Bukit Jalil. Aku ambil keputusan masuk stadium awal sikit kerana tiket yang dijual pula takda nombor tempat duduk dan kenalah pepandai mana nak duduk. Suasana luar stadium dah mula gamat dengan deretan gerai menjual jersi dan segala yang berkaitan melambak untuk penyokong kedua-dua pasukan.Anak aku dah paw aku 2 helai jersi JDT yang warna biru untuk lelaki dan pink untuk perempuan. Depa dok salin lepas tu kat bilik air .

Namun kelihatan trak FRU dan anggota polis bersepah berada di mana-mana. Ni dah macam bukan nak tengok bola , tapi dah macam nak pegi tengok demonstrasi pula.Namun aku percaya, pihak berkuasa mengambil langkah2 ini sebagai langkah2 keselamatan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penyokong kedua-dua pasukan . Susasana di luar stadium aman dan damai ketika itu . 

 player dah dok "warm up"



Nak menapak tangga dari bawah ke atas satu hal lagi kerana apa yang aku perhatikan , semua penutup-penutup longkang tiada. Dalam hati aku berdetik, namanya Stadium Nasional, tapi nampak gayanya stadium ini telah tidak dijaga dan diselenggara dengan baik dan pihak2 yang bersangkutan perlulah ambil langkah2 yang sepatutnya. Tu kalau orang tak nampak, katalah tak perasaan atau leka masa melintas longkang2 yang banyak juga nak sampai atas, mau rasanya patah tulang keting kalau terjatuh dalam longkang tu.

Pintu masuk penonton untuk JDT dan Pahang dipisahkan jauh untuk memudahkan kawalan keselamatan . Ketika aku masuk  stadium dalam pukul 6.30 ptg , tak penuh lagi . Namun kelihatan anggota polis berada di mana-mana. Nampaknya pihak stadium telah mewujudkan "zon Pemampan" antara penyokong kedua-dua pasukan .Lepas tiket diperiksa dengan lampu ultra unggu untuk dipasti kesahihannya, baru boleh masuk dan sapa yang bawak beg kena periksa dok RELA dan polis di depan pintu masuk .




7.14 terpampang di layar besar telah masuknya waktu solat magrib bagi kawasan KL . Walaupun aku bermusafir dan boleh jamak taakir nanti bila pulang ke penginapan, tapi rasa tak sedap di hati lalu turun dari tempat duduk yang agak tinggi juga ke bilik air berdekatan . Satu masalah timbul pula kerana lepas aku berwuduk , air paip dah keluar macam air kecing budak punyalah perlahan dan kecik . Kesian lihat anak2 muda belakang aku yang kena ambil wuduk gilir2 dan gunakan sisa2 air yang ada dengan cermat .

Lepas tu air paip yang dok pelan tu terus terputus. Lagi sekali perasaan menyampah timbul kerana namanya Stadium Nasional, tapi air pun takda . Ni bukan masalah terputus bekalan, tapi aku rasa mereka tidak menyelenggara kemudahan2 yang ada di stadium ni dengan sebaik-baiknya . Nampak gaya pihak2 yang berkaitan kenalah lihat benda2 macam ni yang nampak kecik je, tapi sebenarnya ia masalah besar sebenarnya.Kalau sapa yang sakit perut nak terkencit, lepas hajat beso tertunai dan bukak paip yg takda air, mau menjerit dalam jamban . 

Nampak gayanya abislah mafla ganti batu  buat istinjak hahaha
Takkan nak tayamum pulak hehehe



game dah nak mula

Kerana tiada penunjukkan arah yang mencukupi bagi surau yang terdapat di sana yang pastinya jauh entah ke mana, aku jumpa sudut yang agak terlindung lalu menjadikan matahari yang sedang terbenam ketika itu sebagai arah kiblat . Sebelum tu aku pastikan tempat tu bersih dari pandangan mata kasar aku . Bebudak muda tadi juga dok solat kat tempat tu jugak dan menjadikan mafla sebagai pengalas .

7.30 malam, suasana dah mula riuh apabila "ultras" Pahang dah mula dok bergendang dan menyanyikan lagu2 menaikan semangat pasukan mereka . Masuknya Ultras JDT, lagilah gamat dengan pelbagai lagu diiringi gendang menguasai suasana Stadium Bukit Jalil . Memang havoc sekali dan menghiburkan .

Laugan "Luaskan Kuasa Mu Johor" bergema di sana.

p/s: semua foto pakai ipong je 
nanti final baru aku usung bawak dslr dengan telezoom


6 ulasan:

  1. mudah2an sukan dapat merapatkan lagi ukhuwah rakyat malaysia tanpa mengira negeri...majulah sukan di mata dunia untuk negara :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutnya macam gitu le gamaknya , tapi kekadang ada yang "terover" hinggakan hilang semangat kesukanan

      Padam
  2. Salam bapak. Nak tengok bola pun dah jadi macam nak pi kawasan perang dok kena jaga teruk sangat.

    Takdak ayaq macam tu memang la susah sangat2. Boleh nangeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe yang selalu buat kecoh adalah penyokong fanatik yang hilang kewarasan fikiran dan hilang semangat kesukanan

      Padam
  3. salam bapak, saya tak minat bola ni, tapi suka tengok peminat bola sepak beraksi ketika depa bagi sokongan pada team..macam-macam gelagat ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      mak itam dah takmo bawak bapak pi tengok lawan bola lagi pasal dia kata bapak over masa beri sokangan hahaha

      mana tak geram pasal banyak keputusan pengadil dan linesman yang boleh dipertikaikan , memang betul le apa yang dikatakan kebanyakkan peminat bola sekarang sana-sini yang pengadil kita sekarang ni agak "kurang sikit" berbanding zaman Allayarham Nazri semasa menjadi pengadil no 1 negara kita dulu

      Padam