WARGA SCP

Selasa, Julai 09, 2013

FINAL FA CUP 2013 : BERAKHIR SEBUAH IMPIAN

ALHAMDULILLAH

Tiupan trompet oleh pengadil malam itu menandakan sepak mula Piala FA yang menemukan JDT dan TRW bermula secara rasminya. Kelancaran jentera penyerang JDT  tersekat sama sekali malam itu sejak minit-minit awal lagi akibat kegagalan jentera tengah yang sepatutnya dijana oleh midfield yang boleh kita anggap sebagai perancang utama atau jenderal dalam padang dalam menentukan hala tuju permainan telah gagal sama sekali berfungsi. 

Begitulah sebenarnya dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang ketua tak kiralah dalam sesebuah organisasi atau dalam sebuah keluarga. Kalau pincang dan gagal kita dalam merencanakan apa yang telah kita rancang, maka akan berantakan jadinya. 

Akibat dari itu , TRW telah mendapat gol awal dalam minit ke 15 lagi perlawanan . Derita JDT ditambahkan lagi dengan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain utama di awal-awal lagi permainan menyebabkan TRW terus gasak dan mengasak pertahanan JDT untuk menambahkan lagi jaringan.








Separuh masa kedua dengan kedudukan JDT ketinggalan satu gol tidak mematahkan semangat mereka untuk memperbaiki kelemahan dan terus melawan. Beberapa pemain simpanan yang dibawa masuk oleh JDT telah merancakkan lagi serangan JDT untuk mendapatkan gol penyamaan .

JDT terus mengasak habis-habisan pertahanan TRW melalui Mat Yo yang berkerja keras malam itu hinggalah tiupan trompet oleh pengadil perlawanan menandakan TRW telah dinobatkan sebagai Juara Piala FA musim 2013 secara rasminya dengan kemenangan hanya satu gol.

Begitulah adat permainan dan perlawanan. Pasti ada pemenang yang perlu dicari. Dalam kehidupan juga sebegitu. Tak semestinya apa yang kita idamkan akan kita gapai kerana keputusan akhir di tangan Allah.


anak sapa la dikalangan penyokong TRW yang bawak mercun tu
berdentum satu SNBJ



Penyokong JDT malam itu begitu sporting. Walaupun tewas, mereka masih menerimanya dengan hati yang terbuka. Mereka masih meraikan suasana final malam itu walaupun pasukan mereka tewas. Perlawanan malam itu berakhir dengan baik samada atas padang maupun di luar padang . Kedua2 penyokong masih boleh bersuka ria antara satu sama lain dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Tamat sahaja perlawanan , penyokong mula membakar suar dan memeriahkan lagi suasana . Dah macam malam 7 likur je gamaknya dalam SNBJ malam tu. Aku mula simpan semua kelengkapan DSLR dalam beg dan mula nak beredar namun kerana ramai penonton yang mempunyai tiket yang tak dapat tempat duduk dan duduk di tangga pejalan kaki , maka lepas 30-40 minit juga baru kami dapat meninggalkan tempat duduk kami .

Nak turun tangga ke luar satu hal lagi kerana terpaksa berhati2 akibat plastik2 minuman yang menimbun disepanjang jalan dan tangga. Kalau siapa pernah merasai dari Jamrah ke Makkah berjalan kaki melalui terowong selepas melontar, lebih kurang macam tu keadaan jalannya yang dipenuhi dengan sampah dan plastik yang menimbun. Tapi kat SNBJ baru 5/1000 dari keadaan di Makkah .





Lepas azab turun tangga, nak keluar dari SNBJ lagi satu hal pasal hanya beberapa pintu je dibuka untuk keluar sedangan puluhan ribu penyokong sedang keluar . Memang malam tu aku lihat , banyak perkara2 penting yang mereka terlepas pandang atau saja buat2 tak pandang . Itulah jika tanggungjawab yang diamanahkan kita ambil sambil lewa, jadilah begitu. 

Dalam hidup juga begitu, jalankan dengan sebaik mungkin tanggungjawab yang Allah amanahkan buat kita , insyallah selamat kita dunia dan akhirat.

Keluar pintu pagar SNBJ, satu lagi masalah timbul kerana semua ruang pejalan kaki dipenuhi dengan deretan gerai2 yang didirikan berselerakan sana sini macam takda pengawasan langsung. Jadinya puluhan ribu penyokong juga terpaksa melalui di celah-celah gerai yang bersepah dan kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya . Lepas tu kena berhati2 sikit kerana hampir 99% longkang yang agak besar disitu semua ternganga tanpa penutup dan hanya menunggu mangsa je. Mujur semua penyokong berdisiplin dan bergerak perlahan-lahan .

Aku lihat kalau macam nilah, kita masih jauh mencapai standard untuk menganjurkan Piala Dunia .Anjur Piala FA yang hanya 87000 penonton je kelam-kabut dari segi tiket dan logistik , inikan pula nak anjur Piala Dunia. Negara Afrika Selatan yang kita boleh katakan sebagai Negara Dunia Ketiga yang mundur pun tahu bagaimana nak mengelolakan sesebuah kejohanan yang besar Macam Piala Dunia 2010 yang lalu masa aku menyaksikan dulu.

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Aku bercakap atas dasar pengalaman aku . Aku bercakap bukan untuk menjatuhkan, aku berkata sebagai kritikan membina demi kebaikan semua . Tapi siapalah aku "semut kecil" yang pasti suaranya takkan dipedulikan oleh sesiapa pun.





Azab paling sukar apabila menghampiri jambatan kecil untuk menyeberang ke sebelah sana kerana macam n3 terdahulu, semua penyokong JDT diletakkan di Teknologi Park Malaysia melalui denai dan belukar dalam 2-3 km jaraknya. 

Ada ramai peniaga yang berniaga di tempat pejalan kaki hinggakan sejam juga masa diperlukan untuk melintasi jambatan maut tu. Tengah jalan dah terberhenti kerana terpijak kuali lah, terpijak dapur lah hinggakan tong gas pus ada yang dibiarkan peniaga macam tu je kerana sudah pasti keuntungan yang mereka raih malam tu berpuluh kali ganda dengan harga-harga peralatan yang mereka tinggalkan begitu sahaja.

2 jam masa diperlukan hanya untuk keluar dari kesesakkan tersebut . Memang ia suatu pengalaman yang kekadang melucukan, kekadang menyebabkan rasa marah pun ada . Semua berjalan dalam kegelapan malam melalui belukar kecil hinggalah ratusan deretan bas terlihat di depan mata dan maka bermula episod ngeri sekali lagi kerana dalam kegelapan dan keadaan yang sungguh tak terurus sekali, mana mereka nak cari dan ingat bas yang mereka naiki. Kalau 10-20 bas je kira ok, ini jumlahnya ratusan bas menjadikan mereka hilang punca. Gelap pulak tu.

Aku dan mak itam pun hilang punca juga hingga tak tahu kat mana tadi kereta yang kami naiki diletakkan hahahahaha

Pusing sana , pusing sini dalam kegelapan menyebabkan kami pening . Dahlah talian hp semua "yellek" kerana biasalah "Malaysia Boleh" hehehe

Alasannya pasti  pengguna ramai sangattttt hahaha
Ada "line" penuh tapi tak boleh buat panggilan.

Aku tak mati akal , aku bukak GPS kat HP aku dan cari mana kedudukan Petronas dan McD yang lepas keluar dari Tol Sg Besi tu menghala ke KL. Kami ikut GPS tu dan Alhamdulillah menunggu di sana nanti kereta yang kami naiki tadi .

Sejam jugak kami menunggu kat McD  kerana hanya satu2 je jalan keluar dari Teknologi Park tu sedangkan ribuan kenderaan semua nak keluar dari punca yang sama. 

Alhamdulillah, 
Kami tiba ke penginapan hampir jam 3 pagi juga . Walaupun sungguh memenatkan, namun kami gumbira kerana semua pengalaman tu menjadikan kami menjadi insan yang lebih bersyukur dan menghargai nikmat kesenangan dari apa segi pun  yang Allah kurniakan .

Namun berakhirnya sebuah impian untuk JDT bergelar juara.
Takpe, semuakan yang berlaku telah tertulis sejak azali lagi dan Allah tak terlepas pandang sekecil zarah sekali pun apa yang berlaku dan yang akan berlaku di alam yang Dia ciptakan ini.

Alhamdulillah



5 ulasan:

  1. Salam pak
    Selamat berpuasa
    Whoa. Bestnya fefeeling dalam stadium tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ibu

      Selamat menyambut ramadhan buat ibu sekeluarga juga

      Mmg best tgk live dlm stadium

      Hari tu juga kami 4 beranak tgk last match JDT vs Selangor kat stadium Larkin, bestttttt

      Padam
    2. Best kan tengok bola sekeluarga.
      ; )

      Padam
  2. Salam bapak. Selamat berpuasa eh.

    Ada jugak orang bawak mercun, haisy. Nasib baikla takdak apa2 insiden buruk yg berlaku, alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      Selamat berpuasa juga buat ciku

      Hari ni berbuka apa
      Kami makan nasi jemcm biasa, lps tu mak itam goreng martabak mini

      Kami jarang beli apa2 pun kat bazar ramadhan

      Padam