WARGA SCP

Rabu, Ogos 15, 2012

TERLALU PANTAS IA BERLALU

ALHAMDULILLAH

Lama dah aku tak bercerita tentang makanan dan minuman padahal tetiap hari makanan dan minuman ni yang ku hadap di atas meja sebagai hidangan. Sekarang mood aku nak ambil foto belum datang lagi setelah lama aku berehat dan merehatkan DSLR aku tu.

Jadi hari tu kira hari pertama puasa , aku sahaja belek2 DSLR aku dan gatalkan tangan buat foto shoot dengan menu Nasi Tomato dan kekawannya.

Kira gambar ni semua dah 27 hari lalu punya cerita.


Kebetulan hari pertama puasa tempohari, sun of gun aku balik dari asrama untuk sama2 berpuasa untuk hari pertama. Jadi maknya pun masakkan lauk spesel sikit, nasi tomato dengan dalca lembu serta acar rempah .

Tak ketinggalan ayam masak merah.

Aku ni pulak sekarang jenis tak kisah apa je lauk , aku makan je.



Diam tak diam Ramadhan bakal meninggalkan aku dan kita semua. Masa seperti berlalu begitu pantas sekali . Manakan tidak, macam baru semalam je aku merakamkan foto2 ini, tapi hakikatnya dah hampir 27 hari ia berlalu.

Tentu raya kali ini akan berlainan sekali rutinnya bagi ku. Aku yang selalunya akan pulang ke kampung untuk menyiapkan dan membantu sikit sebanyak keperluan ibu ku kini hanya tinggal kenangan. Aku akan pulang jugak, tapi bukan lagi untuk keperluan duniawi , tapi menziarahi pusara ibu dan ayah yang terletak berdekatan antara satu sama lain diselangi pusara atuk dan nenek ku. Aku akan menziarahi mereka 2 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir .

Aku kini yatim piatu ,namun lebih bernasib baik berbanding rakan ku yang sejak lahir sahaja dari rahim ibunya telah menjadi anak yatim kerana nama bapanya memang Yatim .

Masa berlalu begitu pantas dan sepantas itu jugak aku meninggalkan segala kenangan indah yang pasti kekal dalam sanubari ku .

Alhamdulillah



Khamis, Ogos 09, 2012

ADA TUGAS BESAR YANG SEDIA MENUNGGU YANG MESTI DIKERJAKAN


ni lauk berbuka kat rumah bapak hari tu
air tembikai bapak buat sendiri
bapakkan dulu bekas tukang bancuh air yang dah pencen
sekarang tukang bancuh juga, bancuh simen

ALHAMDULILLAH

Mungkin dikalangan kita semua yang kadang-kala berkesempatan berbuka di luar, tak kiralah kat warung ke , restoran ke atau di mana sahaja.

Tak salah berbuka di luar, yang jadi salahnya apabila berbuka di luar hingga kita abaikan solat fardhu magrib yang berlalu begitu sahaja. Maka sia-sialah kita berlapar sepanjang hari .

Waktu magrib tidaklah begitu panjang sebagaimana waktu isyak.

Para ulama membuat andaian bersandarkan hadis2 iaitu barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ...

enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia

Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya

Dikurangkan rezeki di dalam usahanya

Tiada dipelihara baginya agama Islam

Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya

Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.

Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati

Dimatikan dalam kehinaan

Dimatikan dalam keadaan sangat lapar

Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.

Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.

Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.

Sebagai kesimpulan dan rumusan,
tak salah kalau nak berbuka di luar , tapi pastikan kita tidak melupakan solat fardhu magrib kerana sia-sialah segala lapar dahaga kita kalau kita sengaja atau buat2 bodoh dan meninggalkan solat fardhu magrib dengan alasan yang kita cipta sendiri hanya untuk menyedapkan hati .

Rabu, Ogos 08, 2012

MENU BERBUKA : MEE KARI

ALHAMDULILLAH

Hari ni dah lebih 19 hari kita berpuasa. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari . Semoga kita semakin dapat mempertingkatkan amalan dan amal ibadat kita selari dengan ibadat puasa kita .

Cerita tentang puasa, maka pasti kita tak dapat pisahkan dengan juadah berbuka puasa . Itu lumrah .

Alhamdullilah,
aku sangat bersyukur kerana aku tidak perlu berbuka dalam kenderaan di tengah2 kesibukan kota raya sebagaimana sebilangan mereka yang berkerja terutama di bandar-bandar besar.

Aku jugak tak payah nak terkocoh2 berkunjung ke bazaar ramadhan untuk mencari juadah untuk berbuka nanti kerana semuanya sudah tersedia dimasak oleh mak itam.


Syukur ke hadrat Allah kerana nikmat yang dikurniakan kepada kita semua . Setiap individu ada bahagian masing-masing dan kita terimalah dengan redha akan setiap bahagian mang-masing.

Dan bahagian aku yang Allah dah tulis buat santapan berbuka ialah mee kari . Sesekali makan nasi putih masa berbuka, nak jugak tukar selera . Itu lumrah dunia . Itu sudah mencukupi dan tak perlu timbunan kuih muih yang dibeli kerana kalau tak habis dah jadi membazir dan membazir tu sahabat syaitan. Aku tak nak jadi sahabat syaitan.

Jadi licin aku kerjakan pinggan tu .


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Kalian bagaimana, nak jadi sahabat syaitan ke hehehe




Isnin, Ogos 06, 2012

DESSERT BULAN PUASA : CREAM CARAMEL

ALHAMDULILLAH

Dessert dengan Desert bunyi lebih kurang sama , tapi membawa maksud yang berbeza sama sekali. Kalau pi makan kat restoran salah sebut pulak masa mintak, mau kita dapat makan pasir hehehe

Kalau masa musim cuti panjang, anak2 ada, pasti mak itam buatkan benda alah ni . Tapi depa balik bukan selalu.

Aku lama kepingin nak makan desert ni , tapi memandang kami berdua je, jadi mak itam tunggu "son of gun" balik weekend dari asrama , baru dibuatnya.

Caramel ni kena sejuk pulak lepas keluar dari peti sejuk, memang sedap dimamah . Orang takde gigi pun boleh habis setalam .

Jom layan je desert ni yang lemak berkrim .




Jumaat, Ogos 03, 2012

10 YEARS

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa cara yang mereka berikan untuk mengambil kembali passport antarabangsa setelah lulus permohonan visa. Sama ada ambil di wisma MCA, Kuala Lumpur satu hari bekerja selepas berjaya dalam temuduga visa, atau dihantar sendiri oleh pihak kurier mereka ke pintu rumah atau ambil sendiri di pejabat kurier mereka kira-kira dalam 2 hari bekerja .

Aku memilih mengambil sendiri di pejabat cawangan kurier mereka , Aramex di sekitar JB kerana mereka tak hantar ke teratak ku yang berada di tepi hutan kerana bukan dalam laluan mereka.


Lepas sahaja temuduga isnin lepas, selepas zohor aku berdesup balik ke HC . Hari rabu pagi aku menerima panggilan tel dari Private No. yang mengatakan passport ku telah berada di JB untuk diambil . Petangnya aku berdesup pula ke JB untuk mengambil kembali passport yang telah ditampalnya dalamnya Visa memasuki ke USA.

Tunjukkan keratan kad putih tersebut sebagai salah satu syarat dan bukak2 ,

Alhamdulillah, 10 tahun depa kasi visa untuk memasuki USA. Tahun 2022 nanti , baru visa tu tamat tempoh . Entah2 masa tu aku hidup lagi ke tidak.

Maksud 10 tahun di sini, bukan aku boleh pegi dan tak balik2 selama 10 tahun.
10 tahun bermaksud aku boleh pegi balik, pegi balik dan tak payah buat proses permohonan visa hinggalah visa aku tu tamat .

Jadi RM512.00 sorang utk permohonan visa tu memang berbaloi.

visa usa yang ditampal dalam passport
esok lepas 5 tahun passport tu mati
kena simpan bebaik passport lama tu kerana visa tu masih sah lagi

Mereka memberi kami visa dalam kategori B1 untuk perniagaan dan juga kelas B2 untuk melancong atau untuk tujuan perubatan.Jadi nanti bolehlah aku meniaga dan memasarkan gotah beku dan kopok leko serta kain pelikat gombang kat sana nanti .Dalam pada tu , boleh pi mengobatkan orang jugak .

Bumi Amerika besar sangat , alang dari East Coast USA nak ke West Coast USA pun ambil masa 5-7 jam penerbangan , jadi kalau di izinkan Allah , mungkin dalam jangkamasa 10 tahun visa tu hidup, insyallah kami nak khatamkan North, South, East serta West America .

Buat kali pertama ni , aku nak menjelajah ke West Coast USA meliputi Los Angeles, California, Grand Canyon serta San Francisco dan Las Vegas . Pasti kami akan mengunjungi Mickey dan Minnie di Disneyland serta melepak di Universal Studio nanti.

Bila tarikhnya, tunggu aku siap betulkan layo dan tampal tongkang aku yang bocor hari tu masa masa kami dok mendayung ke Istanbul hari tu hehehe

Beso bocornya hehehe

Aku kena noreh kekuat lagi dan kutip hutang dengan lebih gigih lagi lepas ni kerana aku nak merealisasikan impian ku menginjak sebuah lagi benua di bumi bertuah kepunyaan Allah S.W.T.

Permudahkan Ya Allah

Insyallah

Khamis, Ogos 02, 2012

REZEKI KU HARI TU TANPA DISANGKA-SANGKA

ALHAMDULILLAH

Melangkah keluar dari Kedutaan dengan penuh rasa syukur kerana akhirnya dengan izin Allah, langkah pertama kami untuk melihat bumi ciptaan Allah nun jauh di sana akhirnya akan terlaksana dengan berjayanya kami memiliki visa .

Berdesup kami ke Pavilion dan parking motor roda tiga di sana .Dah dekat jam 12 tengahari. Akak pulak takde kelas pagi ni, Adik pula hari ni kira cuti dan petang nanti bila balik ke JB, baru aku pulangkannya semula ke asrama.

Anak2 nak makan kat Manhattan Fish di sana dan niat hati aku pula nak pergi Jalan Raja Chulan , tapi malas pulak nak memandu lalu teksi pilihan kami .Jadi park motor roda tiga dan tahan teksi kat depan Pavillion menuju ke Jalan Raja Chulan.

Naik LEVEL 22 Menara Goldhill di mana terletaknya The Swatch Group Malaysia kerana jam tangan kepunyaan ku harus dihantar ke sana kerana perlu diservis dan dibaiki mana yang patut .Satu button touchnya tercabut dan kekadang "touch" tak berfungsi dengan betul . Kalau aku hantar mana outlet yang jual Tissot ni, depa hantar ke Swatch Group ni jugak dan makan masa 6 bulan pulak. Baik aku terus "direct" pegi hantar sendiri.

Manakan tidak jam aku ni dia meragam. Aku lenjan jam ni pi sana sini , lasak sungguh . Rasanya berbaloi kerana dah lama jugak aku pakai . Dah merata ceruk dunia jam ni dah sampai. Mana dia tak meragam .

Aku tak pernah pergi lagi The Swatch Group ni punya servis centre. Rupa2nya pejabatnya macam lobby hotel pulak . Mendaftar dulu lalu ku unjuk jam aku yang meragam ni.Belakang front desknya, nampak jurutera2 dan technicannya dengan berpakaian putih macam doktor tengah dok kojorepair jam.

aku suka pakai jam ni pasal ada arah mata angin dalam fungsinya
jadi senang aku nak cari arah kiblat bila ke tempat orang
jam aku ni byk berjasa pada ku
foto ni dirakamkan pada pukul 9.42 pagi waktu South Africa 2 tahun yang lalu
masa aku dok menunggang zirafah

Mengikut katanya , alatganti bagi model Tissot T Touch ni dah diberhentikan pengeluarannya, tapi jangan risau kerana jika aku menyerahkan jam aku kepada pihak mereka untuk dihantar ke kilang pengeluaran mereka di Swiss, mereka akan mengantikan aku dengan model yang hampir serupa yang reganya boleh tahan juga . Tapi aku hanya perlu membayar separuh dari harga sebenar (diskaun 50% ) sebagaimana mana program penukaran jam bagi model2 tertentu yang mereka anjurkan.

Ini sudah baik dan rezeki tanpa disangka2 turun dari langit dari Allah. Daripada jam tu tersadai begitu sahaja yg aku tak pakai hampir 6 bulan jugak , baik aku terima tawaran ini . Mereka akan mengantikan dengan model terbaru berdasarkan model lama aku yang mereka berhentikan pengeluarannya .

Alhamdulillah

Jangka masa diambil antara 1-3 bulan untuk program penukaran ini . Takpalah, janji aku dapat jam baru yang keluar dari kotak lagi serta jaminan yg baru serta model terkini . Sementara tu, aku ikat dan gantung jelah jam dinding kat leher aku ni hehehe

Terkenang aku sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”

Rezeki jangan ditolak
Musuh jangan dicari

Firman Allah s.w.t.yang bermasksud :

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Agaknya inilah hikmah dari kerosakkan yang dialami oleh jam ku yang Allah nak gantikannya dengan yang baru dan lebih baik walaupun kena keluarkan sikit lagi RM.

Alhamdulillah


ni model yg depa akan gantikan
aku gogel dari internet melalui no. model yg depa berikan


Rabu, Ogos 01, 2012

JUST 3 to 4 MINUTES, ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH

Ting tong , A 069 Flying Horses, Counter 5
dalam slang american

No. kami dipanggil tepat jam 11 pagi selepas kami masuk ke Kedutaan US 2 jam sebelum ini , akhirnya saat yang ditunggu2 tiba jua , bingkas bangun kami berdua lalu masuk ke kiosk lalu disapa dengan ucapan "Morning" oleh pegawai penemuduga tersebut yang kelihatan tenang dan ceria . Orang kata kalau mood depa tak baik , selalunya gagal hehehe

Aku memang doa lagi tadi agar dapat dengan penemuduga kat kaunter ni kerana dari pengamatan ku hampir 2 jam, kena kaunter lain banyak yang keluar dengan hampa .

Pertanyaan pertama :
Eden nak buek apo pi USA

Pertanyaan kedua :
Eden kojo apo dan masih kojo ko atau udah pencen sambil aku kata kami dok menoreh lagi dan aku unjuk surat pengesahan dari persatuan penoreh getah sedunia serta penyata terkini kutipan gotah beku kami selama 3 bulan berturut-turut.

Aku dah standby geran tanah tempat aku noreh, mana tahu dia nak sebagai bukti yg aku bebetul menoreh kat atas tanah , bukan menoreh atas angin heheheh

Pertanyaan ketiga :
Dia tanya aku ada adik kat USA seperti yang aku isytiharkan secara atas talian dalam DS 160, nanti kalau pergi sana bolehlah cari atau jumpa dia, aku kata dah 25 tahun kami tak jumpa dan aku pun tak tahu dia kat mana pasal USA tu beso bebeno lalu dia tersenyum .

Lepas tu takdak pertanyaan dah, lalu dia terus unjuk aku 2 keping kad putih yang menyatakan passport dan visa aku akan siap esok hari.

Semua berlalu dalam jangkamasa lebih kurang 3-4 minit je


Alhamdulillah

Allah telah memakbulkan doa2 ku dan usaha ku untuk mendapatkan visa ni dan diberkatinya.


Sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang aku dapat dari hanya secebis peristiwa biasa2 je untuk mendapat visa ke US ni.

Kita sebagai insan yang lemah bukan sahaja perlu , tapi MESTI bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita berusaha dan berikhtiar dengan sebaik mungkin lalu meletakkan pula pergantungan sepenuhnya secara total kepada Allah.

Kalau dapat apa yang kita hajati, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang paling utama dan penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.
Janganlah kita gadaikan akhirat semata untuk mendapatkan dengan habuan duniawi yang bersifat sementara ini. Tapi usaha dan ikhtiar sangat dituntut dalam sesuatu perkara sebelum kita berserah dengan sepenuh serahan kepada Allah.
Namun setiap yang berlaku pasti tidak akan dapat mengatasi takdir dan suratan Allah.
Aku pernah terbaca pengalaman sorang individu ni . Seorang lelaki yang sangat2 memerlukan rawatan kesihatan yang terdapat di USA. Jadi dia pun mohonlah visa kategori B2 untuk rawatan perubatan. Isteri dia pulak nak ikut sama lalu sesamalah mohon visa ke sana.

Takdir Allah , suami yang memang nak pergi sana tak dapat visanya sedangkan isterinya yang hanya nak menemankannya dapat pulak lulus pulak visanya ke sana. Jadi yang pastinya jawapannya tak pegilah pasangan tu ke sana . Kesian sungguh.

2 keping Visa Pick-Up Ticket utk kami berdua
kalau satu je dia kasi dan satu lagi pulangkan passport
bermakna sorang je lulus visanya
sapa yang dia kasi kad putih ni a.k.a Visa Pick-Up Ticket
maknanya permohonan visa mereka ke sana diluluskan
berapa tahun dia bagi
kita tak tahu
nanti ambik passport baru tahu