WARGA SCP

Rabu, Ogos 15, 2012

TERLALU PANTAS IA BERLALU

ALHAMDULILLAH

Lama dah aku tak bercerita tentang makanan dan minuman padahal tetiap hari makanan dan minuman ni yang ku hadap di atas meja sebagai hidangan. Sekarang mood aku nak ambil foto belum datang lagi setelah lama aku berehat dan merehatkan DSLR aku tu.

Jadi hari tu kira hari pertama puasa , aku sahaja belek2 DSLR aku dan gatalkan tangan buat foto shoot dengan menu Nasi Tomato dan kekawannya.

Kira gambar ni semua dah 27 hari lalu punya cerita.


Kebetulan hari pertama puasa tempohari, sun of gun aku balik dari asrama untuk sama2 berpuasa untuk hari pertama. Jadi maknya pun masakkan lauk spesel sikit, nasi tomato dengan dalca lembu serta acar rempah .

Tak ketinggalan ayam masak merah.

Aku ni pulak sekarang jenis tak kisah apa je lauk , aku makan je.



Diam tak diam Ramadhan bakal meninggalkan aku dan kita semua. Masa seperti berlalu begitu pantas sekali . Manakan tidak, macam baru semalam je aku merakamkan foto2 ini, tapi hakikatnya dah hampir 27 hari ia berlalu.

Tentu raya kali ini akan berlainan sekali rutinnya bagi ku. Aku yang selalunya akan pulang ke kampung untuk menyiapkan dan membantu sikit sebanyak keperluan ibu ku kini hanya tinggal kenangan. Aku akan pulang jugak, tapi bukan lagi untuk keperluan duniawi , tapi menziarahi pusara ibu dan ayah yang terletak berdekatan antara satu sama lain diselangi pusara atuk dan nenek ku. Aku akan menziarahi mereka 2 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir .

Aku kini yatim piatu ,namun lebih bernasib baik berbanding rakan ku yang sejak lahir sahaja dari rahim ibunya telah menjadi anak yatim kerana nama bapanya memang Yatim .

Masa berlalu begitu pantas dan sepantas itu jugak aku meninggalkan segala kenangan indah yang pasti kekal dalam sanubari ku .

Alhamdulillah



6 ulasan:

  1. Salam bapak. Betoi la rasa macam baru ja start puasa, ini dah nak sampai penghujung Ramadhan.

    Nak buat macam mana, change is inevitable in life. Kenalah kita adjust apa yg patut bila dah berlaku perubahan2 tu. Kan.

    Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Termasuk arwah bapak saya jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      AL Fatehah

      setiap yang bermula pasti ada penghujungnya
      begitulah juga kehidupan kita

      insyallah

      Padam
  2. Salam bapak, adehhh kenapa la buat entry sedap begini dan saya pula terbaca pada jam 2 pagi...mana mau cari dalca tu..huhu

    Hmm...saya pun sudah jadi anak yatim piatu sejak pertengahan tahun lalu. Yang sedihnya, pusara arwah mak dan abah saya terpisah jauh...jadi agak ralat kerana tidak dapat menziarahinya bersekali...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan yang lain..
    Selamat menyambut Aidilfitri untuk bapak dan mak itam sekeluarga. Kalau turun KL, jemput singgah di Windsor Sg Long.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      Al Fatehah buat mereka

      Bapak beraya kat kota raya hehehe

      Selamat hari raya buat LW juga

      Padam
  3. selamat hari raya bapak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya buat FM dan keluarga juga

      Padam