WARGA SCP

Rabu, Ogos 08, 2012

MENU BERBUKA : MEE KARI

ALHAMDULILLAH

Hari ni dah lebih 19 hari kita berpuasa. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari . Semoga kita semakin dapat mempertingkatkan amalan dan amal ibadat kita selari dengan ibadat puasa kita .

Cerita tentang puasa, maka pasti kita tak dapat pisahkan dengan juadah berbuka puasa . Itu lumrah .

Alhamdullilah,
aku sangat bersyukur kerana aku tidak perlu berbuka dalam kenderaan di tengah2 kesibukan kota raya sebagaimana sebilangan mereka yang berkerja terutama di bandar-bandar besar.

Aku jugak tak payah nak terkocoh2 berkunjung ke bazaar ramadhan untuk mencari juadah untuk berbuka nanti kerana semuanya sudah tersedia dimasak oleh mak itam.


Syukur ke hadrat Allah kerana nikmat yang dikurniakan kepada kita semua . Setiap individu ada bahagian masing-masing dan kita terimalah dengan redha akan setiap bahagian mang-masing.

Dan bahagian aku yang Allah dah tulis buat santapan berbuka ialah mee kari . Sesekali makan nasi putih masa berbuka, nak jugak tukar selera . Itu lumrah dunia . Itu sudah mencukupi dan tak perlu timbunan kuih muih yang dibeli kerana kalau tak habis dah jadi membazir dan membazir tu sahabat syaitan. Aku tak nak jadi sahabat syaitan.

Jadi licin aku kerjakan pinggan tu .


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Kalian bagaimana, nak jadi sahabat syaitan ke hehehe




8 ulasan:

  1. Salam Rezeki.
    Tengah2 malam tgk ni kacau ni.....mana nak pi cari?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle
      '
      jangan uncle, karang nak kena pegi gym pulak memalam ni lps kena semangkuk hehehe

      kuatkan semangat

      Padam
  2. Salam bapak. Nasib baik cek dah kenyang, kalau tidak naya ja cek pi bawak mangkuk mintak sedekah sikit mi kari tu, heheheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      jgn bawak mangkuk tepen udah le hehehe

      Padam
  3. Salam bapak,
    iskk meleleh ayaq lioq nengok mi ni pepagi..rasanya syaitan tak suka saya..sebab saya berbuka dengan makanan yang cukup2 ja untuk alas perut...sebab makanan berbuka saya pun orang yang sedekahkan..sikit ka, banyak ka..rezeki kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LW

      alhamdulillah

      betul tu, yg penting keberkatan darinya

      Padam
  4. Wah.. sama menu kita pak itam. Tapi mesti sedap ada bende ngan terung tu kan? Kpah punya tak ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe

      terung tu kami dapat idea bila pekena mee kari kat area PD
      6 tahun lepas rasanya, semenjak tu kalau buat mee kari, mesti ada terung tu yg memang menyedapkan

      Padam