WARGA SCP

Khamis, Ogos 09, 2012

ADA TUGAS BESAR YANG SEDIA MENUNGGU YANG MESTI DIKERJAKAN


ni lauk berbuka kat rumah bapak hari tu
air tembikai bapak buat sendiri
bapakkan dulu bekas tukang bancuh air yang dah pencen
sekarang tukang bancuh juga, bancuh simen

ALHAMDULILLAH

Mungkin dikalangan kita semua yang kadang-kala berkesempatan berbuka di luar, tak kiralah kat warung ke , restoran ke atau di mana sahaja.

Tak salah berbuka di luar, yang jadi salahnya apabila berbuka di luar hingga kita abaikan solat fardhu magrib yang berlalu begitu sahaja. Maka sia-sialah kita berlapar sepanjang hari .

Waktu magrib tidaklah begitu panjang sebagaimana waktu isyak.

Para ulama membuat andaian bersandarkan hadis2 iaitu barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ...

enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia

Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya

Dikurangkan rezeki di dalam usahanya

Tiada dipelihara baginya agama Islam

Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya

Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.

Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati

Dimatikan dalam kehinaan

Dimatikan dalam keadaan sangat lapar

Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.

Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.

Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.

Sebagai kesimpulan dan rumusan,
tak salah kalau nak berbuka di luar , tapi pastikan kita tidak melupakan solat fardhu magrib kerana sia-sialah segala lapar dahaga kita kalau kita sengaja atau buat2 bodoh dan meninggalkan solat fardhu magrib dengan alasan yang kita cipta sendiri hanya untuk menyedapkan hati .

10 ulasan:

  1. asmkum... lama tak tinggal komen (baca selalu). orang kata solat (dan zakat) lebih berat dari puasa, sebab tu ingatan untuk solat & zakat dalam quran lagi banyak dari ingatan puasa.

    selamat mengejar lailatulqadar, pak itam! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tadi baru bayar zakat fitrah kat amilkampung

      esokk lusa nak pi bayar zakat perniagaan pula kat majlis agama

      insyallah

      Padam
  2. assalamualikum pak itam,

    1 lagi, samada berbuka di luar atau di rumah jgn berlebih2an... membazir & membazir itu perbuatan syaitan.

    Selamat beramal

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ummi

      betul tu

      yg penting jangan ada pembaziran

      Padam
  3. Alhamdulillah, Pak Itam mengikut sunnah Rasulullah: baginda suka buah tembikai

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      bapak mmg suka air semangka tu hehehe

      Padam
  4. Salam bapak.

    Saya asyik berbuka di rumah ja. Minggu depan ja akan berbuka di tempat paling glamer di dunia iaitu di sekolah saya, heheh. Saya rasa itulah kali pertama & terakhir saya berbuka di luaq untuk Ramadhan tahun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      glamer apa buka kat sekolah hehehe
      org lain tak de peluang tau, hanya ciku2 je yg dapat buka kat sekolah

      Padam
  5. Salam Ramadhan Pak Itam

    belum pernah berbuka kat luar lagi...
    tak ada orang nak belanja...he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk


      jom saya belanje hehehe

      Padam