WARGA SCP

Rabu, Januari 13, 2010

TUAN SPEAKER PARLIMEN MAKKAH

Yang berbahagia , tuan Speaker


senyuman manis tuan speaker, sempat menghantar berita semasa
utk ahli-ahli parlimen PDKM

senyuman sentiasa di wajah mu





Alhamdulillah, sahabat dan saudara ku selamat sampai ke High Castle lebih kurang pukul 5 petang setelah menempuh perjalanan dari KLIA , nasib baik tak jetlag he he he
Sebenarnya pak itam dan mak itam sangat-sangat berbesar hati kerana menerima kunjungan tuan speaker yang pak itam tahu terlalu sibuk dengan pelbagai urusan negara. Namun dengan keizinan Allah SWT jua, kami dapat bertemu dalam suasana yang tidak dapat digambarkan seperti kami telah mengenali berpuluh tahun lamanya. Itulah ketentuan Allah dan pak itam harap pertemuan ini bukan kali terakhir. Insyallah
Tapi satu je, kami tak sempat berpeluk "stail" pak arab kerana takut berlaga perut ngeh ngeh ngeh

Dengan keizinan Allah jua, hubungan silaturahim dan ukhwah pak itam dengan tuan speaker dalam dijalinkan . Sesungguhnya itu semua ketentuan Allah buat diri pak itam dan mak itam. Dari situ juga , pak itam dapat mengenali seorang lagi sahabat tuan speaker yang masih muda tetapi penuh dgn semangat spt tuan speaker juga.

Sesungguhnya diri kita sangat beruntung apabila dikelilingi dengan sahabat dan rakan sebegitu.

Pertemuan yg pada mulanya sekejap akhirnya berlarutan sehingga selepas magrib . Kami banyak berkongsi kisah suka duka kehidupan yang penuh "cobaaaan" dan cabaran utk dijadikan iktibar, panduan dan pedoman dalam menghadapi kehidupan ini yang sementara.

Pada mulanya ingat nak sembelih ayam hutan, tetapi kerana mengenangkan "amanat" dari kak ngah, maka hajat itu berkubur begitu saja. ngeh ngeh

Namun pak itam sempat sebelum itu utk mengail di sungai KT dan hasilnya tangkapan laut spt ikan , udang dan sotong menjadi santapan kami. Syukur .


Apabila tuan speaker memandang gambar kaabah di dinding yang menjadi santapan mata pak itam apabila di rumah, pak itam dapat membayangkan kerinduan tuan speaker kepada Kaabah yang hampir sebulan telah ditinggalkannya. Namun kerinduan tuan speaker pasti terbalas hujung bulan nanti apabila ia kembali ke Makkah, Dikau sangat beruntung sedangkan pak itam hanya dapat memandang dari kejauhan sahaja Baitullah. Itulah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT utk kita dan semestinya kami sangat-sangat bersyukur akan segala pemberian Allah kepada kami.

Doa pak itam agar kehidupan tuan speaker, pak itam dan keluarga dan ahli-ahli parlimen PDKM sentiasa dirahmati , dilindungi dan dan diberkati setiap, saat, masa, waktu dan ketika oleh Allah SWT.

Selasa, Januari 12, 2010

HOBI : JANGAN KUMPUL PEREMPUAN GENIT


Cerita pasal hobi, kalau dedulu ada yang kata suka kumpul stem , suka memancing dan memacam lagi . Pak itam juga punya hobi . Kalau dulu hobi pak itam hanyalah dengan gelanggang dan bola takraw. Pantang masa terluang, masa pak itam tentu di habiskan di sana. Setiap hujung minggu, pasti pak itam jarang lekat di rumah. Pantang dengar ada "kejohanan", pasti "pak itam & the gang " akan pergi. Tak kira jauh ke dekat . Nasib baik ketika itu mak itam amat memahami hobi pak itam tu dan dia tidak pernah melarang sama-sekali. Pernah pak itam pulang ke rumah hampir subuh kerana pertandingan yang pak itam sertai tamat hampir pukul 2 pagi kerana perlawanan banyak tertunda akibat hujan. Dulu main kat "open court" , bukan mcm sekarang kat dalam dewan.

Masa terus berlalu, hobi pak itam tu pun terus "berlalu pergi bagai angin laut cina selatan." Mulai tahun 2001 , hobi pak itam dah mula bertukar arah. Mungkin kerana faktor usia yg semakin meningkat dan "lutut yang dah kena makan anai-anai". Sesuatu yang tak pernah ada dalam kamus hidup pak itam tiba-tiba muncul . Pak itam dah bertukar arah kepada "suka travelling" pula . Itu pun mak itam yang ajar , last pak itam yg "terlebih sudah" he he

Ialah, sebelum tu, hidup pak itam berkisar pada kerja , kerja, kerja . Jadi rasanya tak salah jika pak itam jadikan hobi baru ni setelah bertungkus lumus bekerja. Dapat bersama-sama dengan mak itam dan anak-anak dalam satu masa yang yang pak itam rasa "sangat berkualiti"Lagi pun ,Pak itam tak nak jadi "hamba duit". Duit pun bukan boleh bawak ke mati.

11 september 2001 ,pak itam sampai buat pertama kalinya ke Western Australia. Tapi kerana masa tu , tragedi 11 september yang mengakibatkan US diserang, maka pak itam pun mengalami pengalaman yang baru ketika sampai di sana. Pemeriksaan terlalu ketat di pintu masuk ke Australia. Masa tu pak itam ke sana menggunakan "travel agent" secara berkumpulan. Ialah, kali pertama ke sana .

Tapi selepas pulang, pak itam rasa "seronok pulak" dan boleh dijadikan hobi. Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan buat kami, akhirnya pak itam dapat merealisasikan hobi ini setiap tahun . Tapi sekarang kalau pak itam pergi "travelling", pak itam akan uruskan sendiri dengan membuat sedikit "homework" dulu di internet 6 bulan lebih awal dan akan menguruskan kesemuanya melalui internet. Itu lebih mudah dan kita tidak terikat dengan jadual yang pastinya ketat jika pergi melalui "travel agent" secara berkumpulan.

Tentunya "jauh perjalanan , luas pengalaman". Banyak perkara baru yang pak itam dapat pelajari berkaitan kebudayaan dan ketamaddunan sesuatu bangsa di setiap negara yang pak itam kunjungi. Yang baik pak itam jadikan tauladan, yang buruk pak itam jadikan sempadan.


Hobi kumpul "gelas genit" takpa, jgn suka kumpul "perempuan genit"
ngeh ngeh ngeh


Dari sana muncul pula minat suka mengumpul gelas-gelas kecil setiap tempat yang kami kunjungi. Itu pun hobi juga he he he
Minat tu mak itam yang mulakan ngeh ngeh ngeh
Dan tentunya dari hobi "travelling" itu tadi , dapat menambahkan koleksi foto pak itam yang juga merupakan satu hobi pak itam sejak dulu lagi .Pak itam suka "tangkap gambar"

Rasanya hobi pak itam ni lebih baik dan bermanafaat untuk kami sekeluarga dari hobi sesetengah orang tu yang suka kumpul "bini" @ girl friend @ perempuan simpanan "bila lebih sikit" ngeh ngeh ngeh

Petang sabtu lepas masa pak itam duk dating berdua dengan mak itam di sebuah gerai dipersimpangan jalan utama kat tengah bandar KT sambil pekena air asam boi , mak itam bertanya ,mcm mana dia boleh "tercampak" kat sini dah hampir 20 tahun dan tak pernah dia terfikir ,jawab pak itam "itulah suatu catatan perjalanan " yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita .

Begitu juga bila kami berpeluang melihat negara orang , semuanya tak pernah terfikir dek akal . Ialah, kami pun belajar bukan tinggi mana. Jadi secara logiknya akalnya , memang tak pernah terfikir sama sekali .

Alhamdulillah, semuanya dapat direalisasikan dengan keizinan Allah jua yang memberikan rezeki kepada kami . Semoga rezeki pak itam terus dibuka dengan seluas-luasnya oleh Allah dan diberkati.

Syukur kepada Allah SWT.




Homework utk next travelling dah siap,
tunggu sampai tarikh dan pergi horey horey dgn mak itam dan anak
semoga mendapat keizinan dari Allah SWT jua
kita hanya merancang


e ticket dari SIA , "direct flight" perjalanan dijangka hampir 11 jam, kebas punggung dibuatnya

cofirmation hotel booking pun dah siap

e ticket utk "domestic flight" di sana nanti kerana menuju beberapa tempat berbeza

terpaksa ubah suai balik tarikh "domestic flight" kerana masalah penempahan hotel di sana
kerana penuh "peak season"

Alhamdulillah, akhirnya semua masalah "domestic flight" diselesaikan dan mendapat "confirmation itenary"setelah masalah hotel selesai
begitu juga dengan "seat" dalam flight beserta "meal" untuk muslim(MOML)
yang perlu dibuat secara "special request"

Semuanya datang dari Allah SWT jua dan Allah yang menentukan segala-segalanya. Kepada mu Ya Allah, aku mohon agar mendapat keizinan dari Mu jua untuk apa yang ku rancang ini menjadi kenyataan

Begitu juga dengan apa jua perancangan kita yang lain

Hanya Allah SWT jua yang menentukan

Isnin, Januari 11, 2010

SAHAM AKHIRAT

Allah SWT yang maha pemurah memberikan pahala yang sangat besar kepada insan yang membaca AL-Quran. Setiap 1 huruf ada pahalanya dan setiap 1 ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama diantara satu sama lain.

Pahala setiap huruf Al- Quran ini dijelaskan dalam bentuk sebuah hadis dari Ibn Mas'ud dari Rasulullah s.a.w :

"Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh gandanya. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis .
Rasulullah bersabda :

"Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan orang yang lalai"  
(riwayat Abu Hurairah r.a)

" Sesiapa yang memelihara solat fardhu tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan dalam golongan yang taat."  
(riwayat Abu Hurairah r.a)

Bagi yang mendengar pula bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi juga mendapat bahagian pahalanya :

"Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."

Sesungguhnya , membaca al-Quran ini merupakan satu jenis pelaburan saham akhirat yang tidak memerlukan modal yang besar . Marilah kita bersama-sama merebut "saham akhirat" ini kerana "dividen dan bonusnya" sangat besar dan membantu kita apabila kita memerlukan di akhirat kelak.

Dan tentunya peringatan ini pak itam tujukan buat diri pak itam dalam menghadapi alam dunia sebelum berhijrah ke alam akhirat kelak yang pasti . Semoga "suatu catatan perjalanan" pak itam itu nanti dipenuhi dengan kenikmatan dari Allah SWT jua.

Insyallah


Dijemput menghadiri dan memeriahkan
majlis khatam Al-Quran
Alhamdulillah
Anak-anak sedari kecil lagi telah dilatih dan dipupuk
minat dan mencintai serta membaca al-Quran
satu usaha yang baik dan murni
yang semestinya diteruskan dalam
membudayakan pembacaan Al-Quran




Sabtu, Januari 09, 2010

ZAMAN MUDA USAH DIPERSIAKAN





Sambungan dari ke manakah hala tuju manusia hari ini, satu lagi contoh gejala sosial yang sedang melanda di kalangan generasi muda kita hari ini.
Seringkali kita didedahkan di akhbar dan tv berkaitan gejala merempit yang telah menjadi satu "penyakit sosial" di kalangan pemuda masa kini . Tapi yang menyedihkan peratusan anak bangsa kita yang terlibat dengan gejala negatif ini sangat tinggi.

Berbagai pendekatan telah diambil untuk mengekangnya, namun usaha itu sehingga kini belum menampakkan hasilnya. di manakah silapnya ????

Sedangkan anak bangsa lain sibuk mencari rezeki , anak bangsa kita masih leka dibuai dengan perkara-perkara sebegini sehingga menimbulkan kerisauan yang sampai pada satu tahap yang sangat membimbangkan.

Ia kini sudah menjadi satu wabak penyakit yang sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya untuk pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah?

Andaian ini tidak boleh dipandang remeh kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, gejala mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.

Sebaliknya, ia semakin menjadi-jadi dan berleluasa sehingga terjebak dengan jenayah yang lebih berat seperti kes ragut, rogol, samun berkumpulan malah sehingga berlaku pembunuhan.

Oleh itu, ia menjadi ancaman yang serius kepada keselamatan awam sekali gus memerlukan pendekatan yang kolektif, bersepadu dan berkesan untuk menanganinya.

Semasa zaman pak itam dulu, gejala merempit ini jarang dapat didengar atau dilihat . Nak pegang motorsikal ayahnya pun tak berani , inikan pula menunggangnya.
Itulah dunia hari ini yang dikatakan menuju ke arah kemodenan dan inilah juga "harga" yang perlu dibayar .

Siapakah yang harus dipersalahkan ???
Bagaimanakah jalan penyelesaian yang terbaik yang boleh diambil???

Sama-samalah kita fikirkan.

Jumaat, Januari 08, 2010

KE MANA HALA TUJU MANUSIA SEKARANG ?????

Semua agama yang tersebar di muka bumi ini menganjurkan kebaikan kepada penganutnya . Dan sudah semestinya agama Islam yang kita anuti juga sangat menitik-beratkan tentang hal-hal yang sedemikian. Namun sekarang hala tuju manusia sudah tidak dapat dipastikan lagi kerana ramai yang telah hanyut dalam hanya memikirkan saja keseronokan . Begitu juga dalam masyarakat kita hari ini.

Kita sebenarnya terdedah kepada 1001 "tipu daya dunia" yang sentiasa dibisikkan oleh syaitan dan iblis hingga ramai yang tersesat "tanpa mampu mencari jalan pulang yang sebenarnya"
Kes-kes seperti pembuangan bayi berleluasa dalam masyarakat kita hari ini . Kita seperti hidup di zaman Jahilliyah pula di mana bayi di bunuh sesuka hati

Setiap hari kita sering dipaparkan dengan gejala tersebut yang amat menakutkan kerana sudah tentu kita juga mempunyai anak-anak yang sedang membesar.

Musuh manusia yang "paling utama" semenjak zaman Nabi Adam lagi adalah syaitan. Syaitan bersumpah kepada dirinya sendiri untuk menyesatkan manusia di saat Nabi Adam diciptakan, dan syaitan melaksanakan sumpahnya itu dengan menyusun tipu daya agar dunia ini tampak memikat, menyeronokkan serta mempesona di mata manusia.

Dalam Al-Quran juga menjelaskan kepada kita bahawa tipu daya syaitan itu lemah dan tidak memiliki kekuasaan atas manusia:

“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.”
(an-Nisa': 76).

“Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebagian orang-orang yang beriman. Dan tidak ada kekuasaan iblis atas mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.”
(Saba': 20-1).

Kita ambil pengajaran dari ayat di bawah ini sebagai ubat atau penawarnya

“Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”
(al-A'raf: 200-01).

Semoga diri pak itam dan keluarga serta kita semua sentiasa terhindar dan terpelihara dari tipu daya syaitan ini yang sentiasa membisikkan "ayat-ayat yang menyesatkan" ini. Sekiranya kita telah tersalah jalan, kembalilah ke pangkal jalan.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

Insyallah.
(18 sxxxxxxxxxxxxxxxx)
SEMOGA PAPARAN FOTO INI MEMBERI KESEDARAN KEPADA
KITA BETAPA KERUNTUHAN MORAL
AKIBAT BISIKAN SYAITAN
MENJADIKAN MANUSIA SEKARANG
BERFIKIRAN SEPERTI HAIWAN
















* Alfatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham cikgu Rosyam yg kembali ke . rahmatullah . Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.

Khamis, Januari 07, 2010

SANTAPAN PALING ENAK BUAT ROHANI




Santapan rohani yang paling enak ialah membaca Al Quran. Kita sebagai manusia yang beragama islam dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungannya kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Insyallah kita semua akan mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala dan keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan seharian.

Rasulullah pernah bersabda :

"Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)"

Membaca Al Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada setiap orang islam

Sabda Rasulullah lagi :

" Sesungguhnya Al Quran ini ialah hidangan Allah SWT, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan dan ampuh untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda :

Daripada Ibnu Umar r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al Quran "

Sebagai perkongsian, semoga kita semua menjadikan amalan membaca Al Quran sama seperti kita menikmati makanan atau hidangan setiap hari .

Insyallah, perjalanan hidup kita akan lebih tenang dan mendamaikan.

Rabu, Januari 06, 2010

KONSEP REZEKI DAN KENIKMATANNYA DARI PANDANGAN PAK ITAM

Sudah menjadi lumrah alam, manusia dijadikan oleh Allah SWT berbagai-bagai jenis dan berbagai-bagai ragam. Begitu juga dengan nikmat rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada mahluknya itu.Ada berpelajaran ada tidak, ada cantik ada hodoh dan berbagai lagi.

Cuba kita amati dan fahami ayat di bawah :

Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah segala urusan jual beli . itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Dan apabila selesai mengerjakan solat, bersurailah di serata ceruk bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu beruntung. Dan ketika mereka melihat perniagaan serta permainan (hiburan), mereka berlari ke situ dan meninggalkan engkau yang sedang berdiri (membaca khutbah). Katakanlah “Apa yang ada disisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan urusan perniagaan. Dan Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki.
(surah al-Jumaah, ayat 9-11).

"Dan Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki" membawa maksud yang sangat mendalam dalam kehidupan kita sebagai umat islam seharian. Pelbagai bentuk rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita samada kita sedari atau tidak dari kita dilahirkan sehinggalah kita kembali ke alam barzakh.

Ada yang dikurniakan rezeki oleh Allah dalam bentuk pelajaran, jawatan ,kehidupan, wang ringgit dan bermacam-macam lagi bentuk .

Namun rezeki itu tidak akan datang menggolek kerana ajaran agama kita menyeru kita semua berusaha , berdoa dan bertawakkal .

Sebagai contoh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tak kiralah sama ada di peringkat sekolah universiti atau apa jua institusi, kita kena berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh . Begitu juga dengan perniagaan dan sebaliknya. Namun kita sebagai manusia yang beragama Islam perlu ingat dan tidak boleh lupa bahawa semuanya itu datang dari Allah SWT dan dengan izinnya jua.

Janganlah Kita Mendabik Dada dan Mendakwa:

"aku dapat keputusan terbaik dalam peperiksaan kerana aku belajar bertungkus lumus " sedangkan hakikatnya belajar itu hanya perantaraan kepada mencapai keputusan yang cemerlang

"aku dapat untung yang banyak dalam perniagaan kerana aku berusaha melipatgandakan usaha ku" sedangkan usaha itu juga hanya perantaraan kepada keuntungan dengan izin Allah jua

"aku dapat menjawat jawatan yang besar dan hebat kerana kelulusan ku" sedangkan kelulusan itu juga hanya satu perantaraan sahaja .

Hakikatnya semua yang berlaku di dalam kehidupan kita seharian adalah apa yang telah direncanakan oleh Allah SWT sejak azali lagi , namun kita tidak boleh berserah bulat-bulat kepada takdir tanpa berusaha .Setelah mendapat apa yang diidamkan, janganlah kita terlupa atau alpa kerana semua baik dan buruk itu datang dari Allah SWT jua dengan izinnya.

Apa-apa pun rezeki yang Allah kurniakan kepada kita selepas kita berusaha dengan sebaik mungkin hendaklah kita redha dan bersyukur. Banyak ke, sikit ke, berjaya ke, gagal ke kita kena kembali kepada konsep utama iaitu :
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI

Itulah sebenar-benarnya kenikmatan yang sangat manis akan kita rasakan atas apa jua kurniaan rezeki oleh Allah SWT kepada kita .

Insyallah.

inilah rezeki pak itam petang semalam
ayam ni datang menyerah diri
masa pak itam dgn budak keje
tgh kasi kucing2 pak itam makan
matanya menjeling je kat pak itam
dalam hati ayam tu, ... ngeh ngeh ngeh

inilah rezeki pak itam 20 tahun lps
syukur , alhamdulillah
masih pak itam pakai dan simpan hingga ke hari ini
sayang dan banyak kenangan
lubang kat kereta tu tampal dengan binding tape je
atas bumbung mcm kereta "italian job"
"amacam CL, ada berani bawak, manual tu"
ngeh ngeh ngeh