WARGA SCP

Sabtu, Januari 09, 2010

ZAMAN MUDA USAH DIPERSIAKAN





Sambungan dari ke manakah hala tuju manusia hari ini, satu lagi contoh gejala sosial yang sedang melanda di kalangan generasi muda kita hari ini.
Seringkali kita didedahkan di akhbar dan tv berkaitan gejala merempit yang telah menjadi satu "penyakit sosial" di kalangan pemuda masa kini . Tapi yang menyedihkan peratusan anak bangsa kita yang terlibat dengan gejala negatif ini sangat tinggi.

Berbagai pendekatan telah diambil untuk mengekangnya, namun usaha itu sehingga kini belum menampakkan hasilnya. di manakah silapnya ????

Sedangkan anak bangsa lain sibuk mencari rezeki , anak bangsa kita masih leka dibuai dengan perkara-perkara sebegini sehingga menimbulkan kerisauan yang sampai pada satu tahap yang sangat membimbangkan.

Ia kini sudah menjadi satu wabak penyakit yang sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya untuk pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah?

Andaian ini tidak boleh dipandang remeh kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, gejala mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.

Sebaliknya, ia semakin menjadi-jadi dan berleluasa sehingga terjebak dengan jenayah yang lebih berat seperti kes ragut, rogol, samun berkumpulan malah sehingga berlaku pembunuhan.

Oleh itu, ia menjadi ancaman yang serius kepada keselamatan awam sekali gus memerlukan pendekatan yang kolektif, bersepadu dan berkesan untuk menanganinya.

Semasa zaman pak itam dulu, gejala merempit ini jarang dapat didengar atau dilihat . Nak pegang motorsikal ayahnya pun tak berani , inikan pula menunggangnya.
Itulah dunia hari ini yang dikatakan menuju ke arah kemodenan dan inilah juga "harga" yang perlu dibayar .

Siapakah yang harus dipersalahkan ???
Bagaimanakah jalan penyelesaian yang terbaik yang boleh diambil???

Sama-samalah kita fikirkan.

15 ulasan:

  1. tgk gambar mat rempit tu, teringat lak preview movie adnan sempit.. mmg lawak, up motor smpai terjatuh motor.. lagi lawak bawak awek, up motor (sebab kena cabar dgn org sebelah) tercicir awek dia,, ngeh ngeh ngeh..

    BalasPadam
  2. semua ini berlaku kerana tiada nilai agama dalam diri anak2 ini. kalau mereka benar2 menghayati nilai2 murni dalam islam...nescaya mereka tak jadi macam tu.semoga mereka mendapat hidayah Allah SWT.

    BalasPadam
  3. Salaam...

    Institusi keluarga yang teguh memainkan peranan yang amat penting dalam membendung gejala ini. Pada hemat saya (tidak berdasarkan pada sebarang statistik) majoriti anak-anak muda yang terjebak dalam gejala ini berasal dari keluarga yang porak-peranda (broken family). Pengaruh kawan-kawan juga banyak menyumbang.

    Kepada yang business-minded, bolehlah buka sekolah/pusat latihan lagak ngeri (stunts) dan mengambil mat-mat rempit ini sebagai pelajar mahupun tenaga pengajar lantas mengeksport 'end-product' mereka ke negara-negara gergasi industri perfileman seperti Hong Kong dan China. (untuk Bollywood, hantar sound engineer jer dah cukup untuk bagi kesan 'dusyum! dusyum!' yang lebih 'umph' kepada aksi separa-ngeri mereka)

    pendapat 5 duit cheq. :}

    VpeaceV

    BalasPadam
  4. salam CR...
    masyaAllah .. ngeri negok gambar mat rempit tido ats jalan tu..
    mudah2an anak2 kita semua tidak terlibat kearah sebegitu rupa.

    BalasPadam
  5. salam Rezeki,

    semuanya didikan ibu bapanya yang tidak perihatin.

    BalasPadam
  6. salam rezeki..

    Kurangnyer pendidikan ugama serta perhatian ibu bapa terhadap pergerakan anak2 mereka maka terjadilah perkara sebegini...sifat terlalu memandang ringan dan tidak bermoral mengakibat kan mereka remaja zaman skg hanyut dan leka dibawa arus pemodenan pesat...
    moga memebri kita satu PERINGATAN supaya tidak alpa atas diri sendiri sekeliling...insyalah

    waslam

    BalasPadam
  7. Salam CR,

    Alamak 2 Entry Pak Itam yang kebelakangan ni buat sy tak tgk gmbr hehe baca apa yg ditulis je cuma yang rempit nie ok sket dr entry baby tue ngeri!

    Tanggungjawab ibubapa amat besar dalam mendidik anak2kan CR,
    Warna2 yang dicorakkan jua adalah penentu masa depan anak2..
    Sy difahamkan didikan anak2 itu sebenarnya bermula dari dalam kandungan..wallahua'alam

    Pak itam, sy ada kenangan diragut tau ms naik motor nak ke kelas..huhu tp sy rasa mamat2 tue bukan orang kita..

    BalasPadam
  8. salam CP

    cite tu promo kat paper mcm sedap je, tapi pak itam tak tgk wayang la he he he

    BalasPadam
  9. salam Kak Nab

    semoga anak2 ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dari Allah

    BalasPadam
  10. salam umiazuddin

    sekarang pengaruh di luar rumah bermacam2 , ada baik ada tak baik

    semoga mereka tidak terus hanyut

    BalasPadam
  11. salam kak ummi

    semua pihak perlu memainkan peranan bermula di rumah

    semoga anak2 kita dan kaum keluarga serta sahabat handai terus diberi petunjuk oleh Allah SWT

    BalasPadam
  12. salam az

    itulah cobaan dan dugaan serta cabaran dalam mendidik anak2 masa kini

    BalasPadam
  13. salam CL

    cabaran mendidik anak2 masa kini tersangat hebat seiring dengan dunia yang dikatakan semakin moden

    semoga terus diberi petunjuk dan hidayah

    BalasPadam
  14. salam syima

    mmg tanggungjawab sgt besar dan berat dlm mendidik anak2 pada masa kini

    cabaran mendidik anak2 sekarang tak sama dgn 10-20-30 tahun lalu

    cuba melakukan sebaik mungkin

    pak itam pun selalu kena ragut he he he

    BalasPadam
  15. salam...

    ini yg kita tak nak dalam dunia arus moden sekarang nie..
    marcapada ini, inilah aksi2 yang sering muncul yang didakwa sesuai dengan arus globalisasi..
    tapi tengoklah sendiri manusia2 yang salah menggunakan kenikmatan yang telah diberikan oleh Allah..
    remaja yang rosak akhlak..budi bahasa dan segalanya...
    astaghfirullah...moga dijauhkan semua ini...

    BalasPadam