Kita sebenarnya terdedah kepada 1001 "tipu daya dunia" yang sentiasa dibisikkan oleh syaitan dan iblis hingga ramai yang tersesat "tanpa mampu mencari jalan pulang yang sebenarnya"
Kes-kes seperti pembuangan bayi berleluasa dalam masyarakat kita hari ini . Kita seperti hidup di zaman Jahilliyah pula di mana bayi di bunuh sesuka hati
Setiap hari kita sering dipaparkan dengan gejala tersebut yang amat menakutkan kerana sudah tentu kita juga mempunyai anak-anak yang sedang membesar.
Musuh manusia yang "paling utama" semenjak zaman Nabi Adam lagi adalah syaitan. Syaitan bersumpah kepada dirinya sendiri untuk menyesatkan manusia di saat Nabi Adam diciptakan, dan syaitan melaksanakan sumpahnya itu dengan menyusun tipu daya agar dunia ini tampak memikat, menyeronokkan serta mempesona di mata manusia.
Dalam Al-Quran juga menjelaskan kepada kita bahawa tipu daya syaitan itu lemah dan tidak memiliki kekuasaan atas manusia:
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.”
(an-Nisa': 76).
“Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebagian orang-orang yang beriman. Dan tidak ada kekuasaan iblis atas mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.”
(Saba': 20-1).
Kita ambil pengajaran dari ayat di bawah ini sebagai ubat atau penawarnya
“Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”
(al-A'raf: 200-01).
Semoga diri pak itam dan keluarga serta kita semua sentiasa terhindar dan terpelihara dari tipu daya syaitan ini yang sentiasa membisikkan "ayat-ayat yang menyesatkan" ini. Sekiranya kita telah tersalah jalan, kembalilah ke pangkal jalan.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.
Insyallah.
(18 sxxxxxxxxxxxxxxxx)
SEMOGA PAPARAN FOTO INI MEMBERI KESEDARAN KEPADA
KITA BETAPA KERUNTUHAN MORAL
AKIBAT BISIKAN SYAITAN
MENJADIKAN MANUSIA SEKARANG
BERFIKIRAN SEPERTI HAIWAN
KITA BETAPA KERUNTUHAN MORAL
AKIBAT BISIKAN SYAITAN
MENJADIKAN MANUSIA SEKARANG
BERFIKIRAN SEPERTI HAIWAN
* Alfatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham cikgu Rosyam yg kembali ke . rahmatullah . Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.
salam..
BalasPadamYa Allah ya tuhanku,biar benar apa yg saya tengok ni????saya hampir separuh mati bersalin,pompuan tu bersalin macam tu jer???
kucing n anjing pun lepas bersalin jilat tubuh anaknya,so manusia lebih rendah darjat yer dr binatang?
CR...saya pernah terima paparan foto ni, tapi tak pasti kesahihannya.
BalasPadamApapun n3 yg dicatat sememangnya harus kita pikir2kan bersama. Kkdg saya pun risau arah tuju dunia kita skrg ni. Thanks for sharing ur concern.
terpikir jap..
BalasPadamnak kata dia amik gambar sendiri mcm x logik sgt.. maybe kawan dia jadi phootgrapher kot.. hmm mcm kata Dato' Im, kesahihannya diragui..
Salam CR..
BalasPadamUish saya tak bleh tgk gmbr nie..ngeri pulak! hehe itu sebab tak bleh jadik doktor hihi..
Betul laa kesahihannya diragui.
salam cm
BalasPadamitulah rasanya realiti dunia hari ini, tu sebab kita sellau baca kat akhbar bayi2 yg dibuang di sungai dan sebagainya
masyallah
salam im
BalasPadammmg tak dpt ditentukan kesahihannya, hanya Allah yg mengetahui
yg menjadi pokok persoalan ialah hala tuju manusia masa kini
salam CP
BalasPadamhanya Allah Yang Maha Mengetahui
salam syima
BalasPadamhanya ALlah Yg Maha Mengetahui, tapi mmg setiap hari kita akan dihidangkan dgn berita penemuan mayat atau janin bayi samada dibuang dlm sungai, tandas dan ditanam
masyallah
Salam CR,...
BalasPadamTaubatlah aku ya Allah...
Ampunlah aku ya Allah
Tak sanggup aku nak tengok semua ni ya Allah...
Sungguh kejam perbuatan manusia ni ya Allah..lebih kejam dari haiwan..
Sungguh jadilah manusia tu hamba nafsu dan juga ikutan syaitan..
CM ...kita yg ada suami ..duduk baik2 ni sakit bersalin tuhan jarr yang tau..nohhh.
IP sahih tak sahih gambar ni pekara kedua...ini yg kita dapat gambar...yang berlaku..sebenar..tak tergambaq...macam mana..lebih teruk lagi ada...huhuhuhu..
tunggulah azab Allah yang pedih tu...lelaki yang berkongsi benih tu macam mana....???? rasa..
p/s: teremosi..jgan marah aar semua lelaki budiman....
Astagfirullah hal azim. Subhanallah. Mengalir air mata melihat gambar2 di n3 nie. Tak sanggup menatapnya lama2. Sebak, sayu, menggigil & terganggu perasaan memikirkan. Manusia sebegini bukanlah insan mahupun haiwan, tetapi sebenarnya syaitan. Hatta haiwan sekalipun mempunyai sifat kasih sayang.
BalasPadam'Ya Allah, Kau ampunilah diri kami Ya Allah yang banyak membuat maksiat kepadaMu. Kau hindarilah kami dari tipu daya syaitan yang menyesatkan.Kami pohon petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. Kau terimalah taubat kami Ya Allah...Allah Hu Akhbar'.
salam shami
BalasPadamdunia menuju ke akhir zaman
salam kak ina
BalasPadamsemoga diri kita, keluarga kita, sanak saudara kita , semua terhindar dari perkara2 yang sedemikian
maaf sekiranya paparan ini mengganggu emosi
salam rezeki..
BalasPadammasyalah...sampai macam tuh sekali..kalau takanka tuh abgi jer kat sya insyalah akan sya pikul tangojawap tuh...subhanaalah...
waslam
Salam,
BalasPadamMungkin tak betul sebab lepas baby keluar, tetiba je baju dia dah bersih dari darah...tapi tak kisahlah tu...point nyer...menunjukkan betapa bila hati sudah hilang rasa perikemanusiaan...minta Allah lindungi kita dan keluarga kita dan anak-anak kita dari keburukan macam ni....
Salaam...
BalasPadamHedonisme.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat." Amin.
VpeaceV
salam lie
BalasPadamsemoga kita semua terhindar dan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT
salam datin
BalasPadamamin
salam umi
BalasPadamsemoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yg benar, amin
CR...geng2 semua, saya setuju...sahih tak sahih gambar tu mmg tak penting langsung. Mcm saya kata dlm komen yg lebih awal...isu yg dipaparkan adalah realiti masa kini....SERAM.
BalasPadamEn Li..kita sama, dr org buang2 anak, baik bg je kat org yg ramai nak anak tp tak dikurniakanNya. Saya ni wp dah beranak 4, rasanya dr anak2 kecil terbuang, baik sy ambik...kita jaga...mmg saya ni emo gila bila dgr cite org buang/jual anak....
salam im
BalasPadamyoure right.