Allah SWT yang maha pemurah memberikan pahala yang sangat besar kepada insan yang membaca AL-Quran. Setiap 1 huruf ada pahalanya dan setiap 1 ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama diantara satu sama lain.
Pahala setiap huruf Al- Quran ini dijelaskan dalam bentuk sebuah hadis dari Ibn Mas'ud dari Rasulullah s.a.w :
"Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh gandanya. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis .
Rasulullah bersabda :
"Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan orang yang lalai"
(riwayat Abu Hurairah r.a)
" Sesiapa yang memelihara solat fardhu tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan dalam golongan yang taat."
(riwayat Abu Hurairah r.a)
Bagi yang mendengar pula bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi juga mendapat bahagian pahalanya :
"Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."
Sesungguhnya , membaca al-Quran ini merupakan satu jenis pelaburan saham akhirat yang tidak memerlukan modal yang besar . Marilah kita bersama-sama merebut "saham akhirat" ini kerana "dividen dan bonusnya" sangat besar dan membantu kita apabila kita memerlukan di akhirat kelak.
Dan tentunya peringatan ini pak itam tujukan buat diri pak itam dalam menghadapi alam dunia sebelum berhijrah ke alam akhirat kelak yang pasti . Semoga "suatu catatan perjalanan" pak itam itu nanti dipenuhi dengan kenikmatan dari Allah SWT jua.
Insyallah
Dijemput menghadiri dan memeriahkan
majlis khatam Al-Quran
Alhamdulillah
Anak-anak sedari kecil lagi telah dilatih dan dipupuk
minat dan mencintai serta membaca al-Quran
satu usaha yang baik dan murni
yang semestinya diteruskan dalam
membudayakan pembacaan Al-Quran
majlis khatam Al-Quran
Alhamdulillah
Anak-anak sedari kecil lagi telah dilatih dan dipupuk
minat dan mencintai serta membaca al-Quran
satu usaha yang baik dan murni
yang semestinya diteruskan dalam
membudayakan pembacaan Al-Quran
Salam CR,
BalasPadamAlhamdulillah, Satu ingatan dan pesanan yang bermakna.
marilah kita luangkan masa membaca sekurang2nya satu muka surat al-Quran sehari berserta dengan terjemahannya. Insya Allah.
salam CR..
BalasPadammasyaAllah betapa besarnya ganjaran yg Allah janjikan buat kita ,hamba2nya. tetapi mengapa kita selalu lupa dan lalai ...
cuba baca surah al anfal ayat kedua dan cari maknanya ...itu ler jawapan dan kemuncak kepada apa yg kita baca dan dapat rasai dr pembacaan alquran..
time kasih kerana ingat mengingati..
semalam pasai tak nampak muka pun di Muazd
Salam CR
BalasPadam2hari tak masuk kat rumah CR agak sibok kesana sini...
Satu ingatan yg berkesan..
Gambar kat N3 prm dan baby tu amat mengerikan....tapi tuan punya diri ok je kasut tumit tinggi masih on je...
Bila pulak CR nak buat Gath..
Salam Pak Itam,
BalasPadamKenapalah Pak Itam tak datang smlm? ramai yang tertunggu2 ekeke
Kadang2 org malas nak membaca Al-Quran kerana bagi mereka tak faham apa yang mereka alunkan.
Namun masih ada terjemahannya bukan.
Orang kata hendak seribu daya, kalau tak hendak sejuta dalih..
Sy ada pernah masukkan entry "Why Read Quran When Cannot Understand Single Arabic Word?" klik url ini http://sinomosa7881.blogspot.com/2009/09/why-read-quran.html
Dear Rezeki.
BalasPadamBila nak datang KL lagi ni?
salam Rezeki...
BalasPadamitulah dia fadilat dan kebesaran kita menbaca surah2 al quran mukarim.....
waslam
Salam CR...
BalasPadamKalau kita semua mempunyai kehendak sebegini alhamdulillah selamat dunia dan akhirat
Belajar
Membaca
Memahami
Mengamalkan isi kandungannya
Menyampaikan pada yang memerlukan
Insyallah berjaya hidup kita didunia dan akhirat...
Semoga hidup kita sentiasa dekat dengan Alquran..
salam az
BalasPadamalhamdulillah, semoga kita semua dpt menjadikan ia satu rutin seharian
salam kak ummi
BalasPadamalhamdulillah, dan tentunya kak ummi beruntung krn dapat mencurahkan ilmu dgn mengajar anak2 mengaji setiap hari
tapir kat hutan dah "sampai hari" kak ummi, he he
salam mama ju
BalasPadamsaya tetiap hari gath. ngeh ngeh
gath berdua dgn mak itam
salam syima
BalasPadamtapir "dah sampai hari" kene bidankan
jadikan ia satu rutin harian, insyallah
salam uncle
BalasPadamrasanya ada free masa tahun baru cina, baru balik kl
tapi uncle dah kat makah masa tu
salam CL
BalasPadamalhamdulillah, besar "fadilat dan khasiat" membaca al quran
salam shami
BalasPadamsemoga kita semua mengambil pengajaran dan ikhtibar dari maksud dlm al quran itu tadi , insyallah
Salaam Pak Itam,
BalasPadamTerima kasih atas peringatan.
Pak Itam ada tak tip untuk menghafaz ayat2 Al Quran bagi orang yang tak faham bahasa Arab? Mungkin Pak Itam dan Kak Ummi boleh berkongsi apa2 tip dalam blog kalian... ker dah ada n3 berkenaan yang saya dah termiss...?
VpeaceV