Cuba kita amati dan fahami ayat di bawah :
Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah segala urusan jual beli . itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Dan apabila selesai mengerjakan solat, bersurailah di serata ceruk bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu beruntung. Dan ketika mereka melihat perniagaan serta permainan (hiburan), mereka berlari ke situ dan meninggalkan engkau yang sedang berdiri (membaca khutbah). Katakanlah “Apa yang ada disisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan urusan perniagaan. Dan Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki.
(surah al-Jumaah, ayat 9-11)."Dan Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki" membawa maksud yang sangat mendalam dalam kehidupan kita sebagai umat islam seharian. Pelbagai bentuk rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita samada kita sedari atau tidak dari kita dilahirkan sehinggalah kita kembali ke alam barzakh.
Ada yang dikurniakan rezeki oleh Allah dalam bentuk pelajaran, jawatan ,kehidupan, wang ringgit dan bermacam-macam lagi bentuk .
Namun rezeki itu tidak akan datang menggolek kerana ajaran agama kita menyeru kita semua berusaha , berdoa dan bertawakkal .
Ada yang dikurniakan rezeki oleh Allah dalam bentuk pelajaran, jawatan ,kehidupan, wang ringgit dan bermacam-macam lagi bentuk .
Namun rezeki itu tidak akan datang menggolek kerana ajaran agama kita menyeru kita semua berusaha , berdoa dan bertawakkal .
Sebagai contoh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tak kiralah sama ada di peringkat sekolah universiti atau apa jua institusi, kita kena berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh . Begitu juga dengan perniagaan dan sebaliknya. Namun kita sebagai manusia yang beragama Islam perlu ingat dan tidak boleh lupa bahawa semuanya itu datang dari Allah SWT dan dengan izinnya jua.
Janganlah Kita Mendabik Dada dan Mendakwa:
"aku dapat keputusan terbaik dalam peperiksaan kerana aku belajar bertungkus lumus " sedangkan hakikatnya belajar itu hanya perantaraan kepada mencapai keputusan yang cemerlang
"aku dapat untung yang banyak dalam perniagaan kerana aku berusaha melipatgandakan usaha ku" sedangkan usaha itu juga hanya perantaraan kepada keuntungan dengan izin Allah jua
"aku dapat menjawat jawatan yang besar dan hebat kerana kelulusan ku" sedangkan kelulusan itu juga hanya satu perantaraan sahaja .
Hakikatnya semua yang berlaku di dalam kehidupan kita seharian adalah apa yang telah direncanakan oleh Allah SWT sejak azali lagi , namun kita tidak boleh berserah bulat-bulat kepada takdir tanpa berusaha .Setelah mendapat apa yang diidamkan, janganlah kita terlupa atau alpa kerana semua baik dan buruk itu datang dari Allah SWT jua dengan izinnya.
Apa-apa pun rezeki yang Allah kurniakan kepada kita selepas kita berusaha dengan sebaik mungkin hendaklah kita redha dan bersyukur. Banyak ke, sikit ke, berjaya ke, gagal ke kita kena kembali kepada konsep utama iaitu :
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI
Itulah sebenar-benarnya kenikmatan yang sangat manis akan kita rasakan atas apa jua kurniaan rezeki oleh Allah SWT kepada kita .
Insyallah.
inilah rezeki pak itam petang semalam
ayam ni datang menyerah diri
masa pak itam dgn budak keje
tgh kasi kucing2 pak itam makan
matanya menjeling je kat pak itam
dalam hati ayam tu, ... ngeh ngeh ngeh
ayam ni datang menyerah diri
masa pak itam dgn budak keje
tgh kasi kucing2 pak itam makan
matanya menjeling je kat pak itam
dalam hati ayam tu, ... ngeh ngeh ngeh
inilah rezeki pak itam 20 tahun lps
syukur , alhamdulillah
masih pak itam pakai dan simpan hingga ke hari ini
sayang dan banyak kenangan
lubang kat kereta tu tampal dengan binding tape je
atas bumbung mcm kereta "italian job"
"amacam CL, ada berani bawak, manual tu"
ngeh ngeh ngeh
syukur , alhamdulillah
masih pak itam pakai dan simpan hingga ke hari ini
sayang dan banyak kenangan
lubang kat kereta tu tampal dengan binding tape je
atas bumbung mcm kereta "italian job"
"amacam CL, ada berani bawak, manual tu"
ngeh ngeh ngeh
Salam pak itam
BalasPadamnak buat apa ayam tu,nk sembelih ker,?meh sini kt CM ,CM tgh belajar masak ni,CM try panggang ala kenny roger,CM nk hantar kt ciklie kt bukit Jalil,hehehe..boleh patah gigi loor,standard ayam pencen tu..
pssst pak itam dah-dahlah main ayam tu,tukar main kambing pulak,kak ngah minat bela ayam,cm minat bela kambing..
fuyyooo jelingan ayam tu.. jelingan x puas hati.. apa? nak cari gaduh ker? sembelih karang. buat gulai kuning..
BalasPadamSalam CR....
BalasPadamRezeki yang berkat...sikit pun terasa nikmat...alhamdulillah
teruskan berkongsi pengalaman hidup dengan kami di alam maya ini
Satu catatan yang amat tepat. Ramai manusia yg lupa Allah adalah sebaik2 pemberi rezeki. Bila tak dapat naik pangkat, marah kat bos. Bila dpt bonus/kenaikan gaji kurang dari org lain pun marah kat bos. Bila org lain dpt imbuhan lebih sikit, dia berdengki tak puas hati. Dia lupa Allah Yang Maha Kuasa yang menentukan segalanya melalui usaha, doa & tawakkal.
BalasPadamSalam,
BalasPadaminsaf dan menyedarkan...
nikmat dan bersyukurlah..
safiudin.com
Salam Pak Itam.
BalasPadamAlamak tergoda argh dengan jelingan ayam tue hehe..
Salam Rezeki,
BalasPadamJelingan ayam tu...goreng karang baru tau....
Insya-Allah, rezeki yang sikit kalau berkat, cukup sekampung...datangnya dari Allah, hilangnya pun kuasa Allah...sekarang orang nampak rezeki dalam bentuk duit je, sedangkan udara bersih, air bersih pun rezeki juga...adakalanya dapat bonus...waa....rezeki...terlupa pulak gaji bulanan pun rezeki...ye la...gaji bulanan tu dah tentu masuk...jadi bila masuk...tak rasa apa...tapi bila berniaga....harapan pada Allah tu lebih tinggi, sebab hanya Allah yang akan beri atau ak beri...jadi doanya lebih khusyuk...pernah ke kita doa khusyuk minta gaji masuk bulan tu....rasanya jarang sekali...sebab kita tau dah tentu masuk...kalau gaji bulanan tu bukan rezeki...apa pulak kategorinya kan....
salam cm
BalasPadamtu mau kene rebus dulu, ayam bapak lah katakan he he he
kambing semua masuk sekolah la cm, yg tinggal ayam2 ni je ngeh ngeh ngeh
salam CP,
BalasPadamjelingan tajam lagi mendalam maksudnya he he he
salam shami
BalasPadamyg penting keberkatan, kuantiti letak no. 2
semoga kita semua diberikan keberkatan dalam rezeki seharian insyallah
salam tanpa nama
BalasPadamalhamdulillah, insyallah jika kita semua berpegang pada konsep tu
salam safiudin
BalasPadamalhamdulillah dan bersyukur dgn apa jua yg dikurniakan Allah
salam syima
BalasPadamagak2 syima pun menjeling mcm ayam tu ke ngeh ngeh ngeh
salam datin
BalasPadamalhamdulilah atas apa jua kurniaan Allah SWT
gaji yang diterima setiap bulan juga dikategorikan sebagai rezeki dari Allah SWT , tapi kita tak berdoa secara khusus sebagai contoh , Ya Allah , kau kurniakanlah gaji ku ..."
tapi kita selalu berdoa agar diberikan kesihatan yang baik, dan akhirnya membawa kepada diri kita sendiri dapat melakukan pekerjaan tersebut dan sebagai ganjaran tentulah gaji setiap bulan
konsep rezeki ni terlalu besar dan luas jika nak kaji,tapi akhirnya semua itu berbalik kepada perkara utama iaitu "dari Allah SWT jua"
itu pendapat saya, kalau salah tolong betulkan
salam rezeki
BalasPadamsangat2 setuju dengan cik puan Asnija tu. Dapat bangun pagi tu pun sangat2 nikmat rezeki. Dapat sejuk beku ni pun rezeki huhuhu. Dapat senyum ngan ketawa ni pun satu rezeki yang melimpah ruah.
Bila dah dapat tangkap konsep rezeki yang barakah tu barulah rasa hidup sangat tenang dan gumbira.
I'm smiling again.. alhamdulillah
salam CR...aka Pak itam, eh ayam lg...rusa tak mau kar?...kalau myinggah k sini...jeling jer rusa yg bnyak2 tu...jeling mcm ayam tu...kalau teringin bole d runding...hehehehe, apapun rezeki, kdng dah dpan mulut kalau bukan rezeki bole gak terjatuh...apa yang Allah beri hargai n syukuri...udara yg kita hirup pun rezeki...
BalasPadamCR...khairyn anak mnakan pak itam ker?...:) hai khairyn...kak tulip nih...
Salam Pak Itam..
BalasPadamtaraaa.. nie dia anak penakan pak itam yang di 'registered'.. heh heh
rezeki pemberian Allah yang mutlak! tiada kompromi.. cuma cara pemberian kepada makhluk Nya sahaja yang berlainan.. rezeki bukan setakat RM sahaja.. pengertian nyer amat luas..
walau bagaimana pun.. sebagai hamba Nya.. kita harus terus berusaha.. bertawakal & berdoa kepada Nya.. InsyAllah rezeki itu pasti menjadi milik kita!
psstt.. sedey je muka ayam tu.. ghindu kat reban dia kat estet kot.. heh heh
salam khairyn
BalasPadambetul tu, konsep rezeki terlalu luas. Pernah mengikuti satu tazkirah berkaitan konsep rezeki sehingga penceramah mengatakan "kentut" pun satu rezeki dan nikmat , cuba kalau tak kentut bang 15-20 hari, mau katanya perut sebu.
insyallah , bak dikata. Kalau kita memahami dan dapat mempraktikkan konsep rezeki , hidup akan lebih tenang, damai dan bahagia.
alhamdulillah
salam kak ana
BalasPadamlama saya tak lalu kluang semenjak highway dah ada he he he
tulah konsep rezeki, kalau dh ditakdirkan, yang dah masuk mulut pun boleh terkeluar semula kalau bukan rezeki kita
salam kak ngah
BalasPadamayam tu dh registered kat dalam perut he he he , pak itam dah kasi kat budak keje
sangat luas konsep rezeki, semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang selalu bersyukur atas apa jua pemberiannya
insyallah