WARGA SCP

Selasa, Januari 12, 2010

HOBI : JANGAN KUMPUL PEREMPUAN GENIT


Cerita pasal hobi, kalau dedulu ada yang kata suka kumpul stem , suka memancing dan memacam lagi . Pak itam juga punya hobi . Kalau dulu hobi pak itam hanyalah dengan gelanggang dan bola takraw. Pantang masa terluang, masa pak itam tentu di habiskan di sana. Setiap hujung minggu, pasti pak itam jarang lekat di rumah. Pantang dengar ada "kejohanan", pasti "pak itam & the gang " akan pergi. Tak kira jauh ke dekat . Nasib baik ketika itu mak itam amat memahami hobi pak itam tu dan dia tidak pernah melarang sama-sekali. Pernah pak itam pulang ke rumah hampir subuh kerana pertandingan yang pak itam sertai tamat hampir pukul 2 pagi kerana perlawanan banyak tertunda akibat hujan. Dulu main kat "open court" , bukan mcm sekarang kat dalam dewan.

Masa terus berlalu, hobi pak itam tu pun terus "berlalu pergi bagai angin laut cina selatan." Mulai tahun 2001 , hobi pak itam dah mula bertukar arah. Mungkin kerana faktor usia yg semakin meningkat dan "lutut yang dah kena makan anai-anai". Sesuatu yang tak pernah ada dalam kamus hidup pak itam tiba-tiba muncul . Pak itam dah bertukar arah kepada "suka travelling" pula . Itu pun mak itam yang ajar , last pak itam yg "terlebih sudah" he he

Ialah, sebelum tu, hidup pak itam berkisar pada kerja , kerja, kerja . Jadi rasanya tak salah jika pak itam jadikan hobi baru ni setelah bertungkus lumus bekerja. Dapat bersama-sama dengan mak itam dan anak-anak dalam satu masa yang yang pak itam rasa "sangat berkualiti"Lagi pun ,Pak itam tak nak jadi "hamba duit". Duit pun bukan boleh bawak ke mati.

11 september 2001 ,pak itam sampai buat pertama kalinya ke Western Australia. Tapi kerana masa tu , tragedi 11 september yang mengakibatkan US diserang, maka pak itam pun mengalami pengalaman yang baru ketika sampai di sana. Pemeriksaan terlalu ketat di pintu masuk ke Australia. Masa tu pak itam ke sana menggunakan "travel agent" secara berkumpulan. Ialah, kali pertama ke sana .

Tapi selepas pulang, pak itam rasa "seronok pulak" dan boleh dijadikan hobi. Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan buat kami, akhirnya pak itam dapat merealisasikan hobi ini setiap tahun . Tapi sekarang kalau pak itam pergi "travelling", pak itam akan uruskan sendiri dengan membuat sedikit "homework" dulu di internet 6 bulan lebih awal dan akan menguruskan kesemuanya melalui internet. Itu lebih mudah dan kita tidak terikat dengan jadual yang pastinya ketat jika pergi melalui "travel agent" secara berkumpulan.

Tentunya "jauh perjalanan , luas pengalaman". Banyak perkara baru yang pak itam dapat pelajari berkaitan kebudayaan dan ketamaddunan sesuatu bangsa di setiap negara yang pak itam kunjungi. Yang baik pak itam jadikan tauladan, yang buruk pak itam jadikan sempadan.


Hobi kumpul "gelas genit" takpa, jgn suka kumpul "perempuan genit"
ngeh ngeh ngeh


Dari sana muncul pula minat suka mengumpul gelas-gelas kecil setiap tempat yang kami kunjungi. Itu pun hobi juga he he he
Minat tu mak itam yang mulakan ngeh ngeh ngeh
Dan tentunya dari hobi "travelling" itu tadi , dapat menambahkan koleksi foto pak itam yang juga merupakan satu hobi pak itam sejak dulu lagi .Pak itam suka "tangkap gambar"

Rasanya hobi pak itam ni lebih baik dan bermanafaat untuk kami sekeluarga dari hobi sesetengah orang tu yang suka kumpul "bini" @ girl friend @ perempuan simpanan "bila lebih sikit" ngeh ngeh ngeh

Petang sabtu lepas masa pak itam duk dating berdua dengan mak itam di sebuah gerai dipersimpangan jalan utama kat tengah bandar KT sambil pekena air asam boi , mak itam bertanya ,mcm mana dia boleh "tercampak" kat sini dah hampir 20 tahun dan tak pernah dia terfikir ,jawab pak itam "itulah suatu catatan perjalanan " yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita .

Begitu juga bila kami berpeluang melihat negara orang , semuanya tak pernah terfikir dek akal . Ialah, kami pun belajar bukan tinggi mana. Jadi secara logiknya akalnya , memang tak pernah terfikir sama sekali .

Alhamdulillah, semuanya dapat direalisasikan dengan keizinan Allah jua yang memberikan rezeki kepada kami . Semoga rezeki pak itam terus dibuka dengan seluas-luasnya oleh Allah dan diberkati.

Syukur kepada Allah SWT.




Homework utk next travelling dah siap,
tunggu sampai tarikh dan pergi horey horey dgn mak itam dan anak
semoga mendapat keizinan dari Allah SWT jua
kita hanya merancang


e ticket dari SIA , "direct flight" perjalanan dijangka hampir 11 jam, kebas punggung dibuatnya

cofirmation hotel booking pun dah siap

e ticket utk "domestic flight" di sana nanti kerana menuju beberapa tempat berbeza

terpaksa ubah suai balik tarikh "domestic flight" kerana masalah penempahan hotel di sana
kerana penuh "peak season"

Alhamdulillah, akhirnya semua masalah "domestic flight" diselesaikan dan mendapat "confirmation itenary"setelah masalah hotel selesai
begitu juga dengan "seat" dalam flight beserta "meal" untuk muslim(MOML)
yang perlu dibuat secara "special request"

Semuanya datang dari Allah SWT jua dan Allah yang menentukan segala-segalanya. Kepada mu Ya Allah, aku mohon agar mendapat keizinan dari Mu jua untuk apa yang ku rancang ini menjadi kenyataan

Begitu juga dengan apa jua perancangan kita yang lain

Hanya Allah SWT jua yang menentukan

26 ulasan:

  1. Dear Pak Itam.
    Kat mana yang Itamnya? Hari tu jumpa putih ja! Anyway, travelling ni adalah satu hobi yang berbaloi. Travelling tak semestinya menggunakan banyak duit. Kalau ikut cara Pak Itam yang buat homework awal, rasanya, jumlah nya just nice....well done Pak Itam! Err, rasanya Japan boleh masuk quarter final kot.....heh3...

    BalasPadam
  2. Byk berjln luas pandangan. Saya pernah ke Munich/Munchen. Itupun sykt yg hantar utk training. Dptlah naik Gunung Alps...1x seumur hidup. Kalau tak, harapkan mimpi je la.

    Nanti bolehlah tuntut ilmu dgn Pak Itam mcm mana nak arrange sendiri hal2 travelling nie. Suami plan nak jln2ke NZealand. Mcm mana nak mula ye?

    BalasPadam
  3. salam rezeki,
    Agree dgn uncle tu..
    travelling ni hobby yang berbaloi dan menarik. coz experience yang kita dpt tak boleh dinilai dgn duit.
    learn new experience, see new things.
    dan betul juga kata uncle. travel tak semestinya guna banyak duit. kena pandai caranya.
    sama macam saya, dulu travel guna travel agent. now dah pi sendiri je..actually lebih murah. cuma kena study byk benda so trip tu barulah well organized.
    ticketing, hotel mmg book online. book hotel online jauh lebih murah. and better if kita jadik member hotel group, cthnya mcm accorhotel. so another diskaun di situ.
    then study transportation kat destinasi pun satu keje yg lama gak. tapi yg best nanti kita leh gerak sendiri, tak kisah dan terikat dgn jadual. kdg travel dgn group ni kena tahan dgn karenah org.tunggu menunggu lagi. kdg benda2 yg option, yg kita nak pi org lain tak nak pi sbb most malaysian suka shopping. bagi catz kalau nak soping je kat KL pun boleh. so better guna duit utk gain new experience yg tak dpt di tempat kita kan..mcm2 karenah yg kadang buat trip tu jadi tak best.
    tapi pernah gak saya pi yg jumpa geng best..kenal2 kawan baru ..takdelah semuanya tak bagus.
    jumpa byk benda baru, kenal org baru, seronok gak kdg tu.
    one thing kalau travel guna agent to country yg tak guna english as bahasa harian, byk bagusnya. nak mkn, halal restoran sumer senang, jimat masa.saya pun kdg pernah lah susahkan org. org dah siap nak naik bas pi tour, saya baru bangun. hahhaaha...

    selamat jalan-jalan ye pak itam sekeluarga. moga semua urusan dipermudahkan.

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Sy pun minat travelling tp laa nie yg dekat2 je la ekeke sbb pulus terhad hikhik

    Pak Itam, tapir dah deliver? Anak jantan ke betina? ekeke

    BalasPadam
  5. Salam Sejahtera CR!

    Menaikkan semangat mama nak traveling!Mama suka gak dgn gelass kecik tu..tapi ada sikit je..traveling tak seberapa..

    Hebat dan rajin CR ni..kira bukan calang2 orang yg buat mcm ni..
    bye..

    BalasPadam
  6. Salam...CR

    travelling memang baik..kita umat islam memang digalakkan supaya meluangkan masa sesekali berjalan (musafir)..untuk melihat bumi Allah..ini kerana didalamnya terlalu banyak hikmah, ilmu dan sebagainya.. dari situ juga kita mengenal Allah dan melihat kebesaranNya..insyallah

    BalasPadam
  7. Pak Itam nak ke Johanesburg nak cari tapir ke? Kat safari nanti bolehle Pak Itam menjerat singa, gajah & mcm2 lagi haiwan liarkan? Tak pasti pulak ayam hutan ada ke tidak akt situ.

    BalasPadam
  8. gelas2 kenit tu buh dlm robok kaca, hmm lawa..

    BalasPadam
  9. sALAM cr,

    GENIT BETUL GELAS-GELAS GENIT TU YER.dAH NAMA DIA GENIT KAN, GENIT LE.

    KUMPUL gelas genit sedap isteri memandang tp kalau kumpu gadis genit, lu pikir la sendiri a.k.a sendiri mahu ingat.

    BalasPadam
  10. Salaam Pak Itam,

    Seronoknya hobi traveling. Bumi Allah ni luas dan harus dijelajahi dan mengambil seberapa banyak pengajaran yang boleh akan nikmat2 yang dikurniakan Allah kepada makhluknya. Baguslah homework yang Pak Itam paparkan kat n3 ni dan tip-tip drpd catz pun sangat berguna.
    Teringin nak travel luar negeri... tapi sekarang ni hanya mampu tengok kat TV dan surf kat internet jer ler...heh
    Comei gelas genit tu. Magnet peti ais Pak Itam tak collect?

    Semoga perancangan Pak Itam menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan.
    Bon voyage to Pak Itam & family! :)

    VpeaceV

    eh? tapir Pak Itam deliver lagi? Kata hari tu tgh dalam pantang?Berapa ekor tapir Kak Ngah yang bunting ni?? Cheq nak mintak sekoq baby tapir nak buat pet boleh? ;)

    BalasPadam
  11. Salam Rezeki
    Uhuhuhu nak pi tengok World Cup ek? huhuhu.
    Saya pun suka traveling. Macam Rezeki gak, start traveling jauh tahun 2001. Backpacking ke Europe sebulan. Lepas tolak duit flight and train kat tangan cuma ada RM6k utk sebln kat europe. Perkh! Nak jimat, kami ambik train malam sebab boleh terus tidur. Mandi kat train station bayar £2. Solat merata2 tempat dan kalau jumpa masjid tu rasa seronok sangat. Ngurat adik/abang kedai makan sebab nak dapat diskaun huhuhuhu.Dalam sebulan tu kami dapat 11 cities tapi yg paling best kami kat Zeltweg, Austria. Satu perkampungan terpencil yg pddknya langsung x bercakap bahasa Inggeris dan kami langsung x tau bahasa Austrian, German atau Dutch huwaaa.. Dan dari traveling ni saya dapat hobi baru - kumpul loceng.
    Kakak cakap rumah dah boleh tukar jadi kuil hindu sebab banyak loceng hahahaha

    BalasPadam
  12. Salam pak itam, wah banyak berjalan luas pandangan ye...

    Walaupun ana tak pernah ke mana2, just lihat di blog2 org. Seronok rasanya, pelbagai ilmu dan pegalaman yg dapat kita pelajari.

    Eeemmmm...nanti bila saya balik ulu tiram, boleh berjalan rumah pak itam. Nak beli ayam hutan la....boleh ke?


    Salam.

    BalasPadam
  13. CR...best baca n3 ni, terasa kita semakin rapat :)

    BalasPadam
  14. salam uncle

    ngeh ngeh ngeh

    rasa2nya japan boleh masuk final kalau 3 orang pemain anak beranak tu yg main he he

    ps : cantik jersi tu

    BalasPadam
  15. salam kak ina

    setakat nak nuntut boleh, pengerasnya tapir sekor jadilah he he

    nti saya buat n3 utknya , insyallah

    BalasPadam
  16. salam catz

    betul apa yg catz cakap tu

    semoga semua urusan dipermudahkan Allah

    BalasPadam
  17. salam syima

    tapir dapat kembar siam cantum kat perut, tu yg pak itam pening

    he he

    BalasPadam
  18. salam mama ju

    saya ni org biasa je mama ju, menumpang hidup di bumi Allah

    BalasPadam
  19. salam shami

    banyak tanda kebesaran Allah boleh dilihat e.x 4 musim yang dijadikan olehNYA di negara org, kita yg melihat mengambil iktibar dan panduan betapa Allah Maha Berkuasa atas segalanya

    BalasPadam
  20. salam kak ina

    nak cari baka badak sumbu buat induk ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  21. salam CP

    tapi tu lah, sekrg yg suka kumpul dalam robok kaca perempuan genit he he dh mcm kat thailand pulak

    apalah nak jadi

    BalasPadam
  22. salam AZ

    ngeh ngeh ngeh lebam nti biji mata kalau buat benda2 mcm tu he he

    BalasPadam
  23. salam umiazuddin

    banyak magnet tu dah hilang, bila bebudak datang, dia ambik dan main he he
    tapir tu kembar siam melekat kat perutlah ngeh ngeh

    BalasPadam
  24. salam khairyn

    semua mengajar kita erti kehidupan sebenarnya dari "travelling" tu

    saya ada 1 je loceng , tu pun beli kat scotland

    BalasPadam
  25. salam MI

    alhamdulillah,

    ayam tu kak ngah punya , kene tanya dia dulu he he

    apa salahnya, boleh kita merapatkan tali silaturahim antara kita

    just email me

    BalasPadam
  26. salam im

    alhamdulillah

    kita merancang, Allah yg tentukan

    BalasPadam