WARGA SCP

Khamis, Januari 07, 2010

SANTAPAN PALING ENAK BUAT ROHANI




Santapan rohani yang paling enak ialah membaca Al Quran. Kita sebagai manusia yang beragama islam dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungannya kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Insyallah kita semua akan mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala dan keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan seharian.

Rasulullah pernah bersabda :

"Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)"

Membaca Al Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada setiap orang islam

Sabda Rasulullah lagi :

" Sesungguhnya Al Quran ini ialah hidangan Allah SWT, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan dan ampuh untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda :

Daripada Ibnu Umar r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al Quran "

Sebagai perkongsian, semoga kita semua menjadikan amalan membaca Al Quran sama seperti kita menikmati makanan atau hidangan setiap hari .

Insyallah, perjalanan hidup kita akan lebih tenang dan mendamaikan.

16 ulasan:

  1. CR...thanks for sharing, ralit saya membaca pesanan n3 CR kali ni. Byk juga ilmu yg saya kutip darinya. Moga kita sama2 tetap dgn kalimah2 Allah ini, insyaAllah. Betul CR...tiada santapan seenak membaca Quran, kepuasan serta nikmat yg terhingga terasa setiap kali selesai membacanya.

    BalasPadam
  2. Salam CR.

    Terimakasih kerana ingatan.
    Saya teringat pesan seseorang... setiap lepas sembahyang 2 helai AlQuran,1 hari dah 10 helai...10 helai tu 20 muka...dah 1 juzuk kan..hebatnya kalau dapat amal..

    Arwah bapa,pesara guru, tak ada buat apa dirumah,jadi dia menghabiskan masa dgn baca Quran sebelum ke kebun atau bersiar2,jadi dalam 10 hari l/kurang dia habis 1 Quran...byk pesanan tentang Quran dan keagaman yg diberikan...moga arwah dlm keamanan di sana..Al Fa tihah!

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  4. thanks CR for sharing this.
    pesanan yg amat berguna. tersentuh membacanya.

    BalasPadam
  5. Salam CR,
    N3 CR tak pernah menghampakan. Mmg terasa tenang bila dapat istiqamah membaca Al Quran setiap hari. Lebih nikmat lagi bila memamhami terjemahaan & tafsiran setiap ayat. Fahami ayat2nya & relatekan dengan diri. Al Quran adalah kalam Allah. Allah berkalimah dgn kita semasa kita baca Al Quran. Semasa solah pula kita berkalimah dengan Allah.

    p/s Minta CR tersu memberikan peringatan. Syukran.

    BalasPadam
  6. salam Rezeki....

    sekeras keras hati manusia ini tetapi dengan membaca al quran pasti akan membuat hati yang keras ituh menjadi lembut dan meruntun seluruh jiwa raga...alhamdulilah..ituhlah kebesaran surah2 alquran yang di berikan kepada kita semua..
    Menwakafkan naskah alquran di masjid atau dimana2 pasti mendapt pahala nyer hingga ke hari qiamat..insyalah

    waslam

    BalasPadam
  7. Salaam CR,

    Terima kasih atas peringatan. Baru baca entri yang serupa di blog Kak Ummi. Sungguh terasa Allah yang Maha Penyantun is telling me something... melalui pengantaraan Kak Ummi dan CR.
    Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
    Terima kasih CR dan Kak Ummi.

    Semoga hidup kalian sentiasa diberkati. Amin.

    VpeaceV

    BalasPadam
  8. Salam..CR

    Kalam dari Allah buat hambanya penuh mukjizat..penyembuh pelbagai penyakit rohani dan jasmani..juga menjadi saksi diakhirat nanti..kenapa ada yang masih sangsi lagi....

    Terima kasih atas ingatan

    BalasPadam
  9. salam im

    semoga ia menjadi amalan kita semua setiap hari , insyallah

    BalasPadam
  10. salam mama ju

    alhamdulillah, semoga menjadi rutin harian kita semua

    alfatihah buat arwah ayah mama ju

    BalasPadam
  11. salam kak ina

    alhamdulillah, pesanan ini sebenarnya utk mengingatkan diri saya agar terus istiqamah dlm membaca al quran setiap hari

    insyallah

    BalasPadam
  12. salam CL

    alhamdulillah, itulah mukjizat yg paling besar buat junjungan kita

    semoga kita semua terus diberkati

    BalasPadam
  13. salam umiazuddin

    alhamdulillah, semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah

    BalasPadam
  14. salam shami

    alhamdulillah,semoga bermanafaat utk semua

    BalasPadam