WARGA SCP

Selasa, Disember 14, 2010

BIRD SHOW : part 2

ALHAMDULILLAH

Kami menuju ke Pools Amphitheatre untuk menyaksikan kehebatan burung2 kakaktua ni beraksi . Show lebih kurang 30 minit.

Memang terhibur melihat gelagat dan telatah kepandaian burung2 beraksi. Kata orang haiwan takde otak, tapi lihatlah jika dilatih dan diasah bakat , haiwan pun boleh mendengar cakap. Inikan kita manusia yang diberi akal dan fikiran.


Bird show ni dijalankan 2 kali sehari dan yang paling best , penyertaan penonton terdiri dari kanak2 menjadikan satu pengalaman bagi mereka.

Burung2 ni mempunyai kelebihan mereka sendiri . Ada yang pandai melukis , ada yang pandai selesaikan puzzle . Paling menyeronokkan ialah se kecik yang pandai bercakap dan mengajuk . Yang tak tahan dia boleh nyanyi lagu kebangsaan singapura tu.

Agaknya kalau di ajar lagu nasyid
"Bila izrail datang memanggil" pun dia boleh nyanyi
Bapak gelar dia "Hantu Mak Limah Balik Kampung" pasal dia ketawa berdekah2

Surah Al-Mulk: 19
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Apa yang dapat disimpul di sini ialah betapa hebatnya ciptaan Allah ke atas setiap ciptaannya di muka bumi ni termasuklah haiwan yang hidup melata .

SUBHANALLAH
ALLAHUAKHBAR
BETAPA HEBATNYA KUASA ALLAH

burung ni pandai padan dan suaikan puzzle

pandai naikkan bendera

ni jenis mesra alam
buang sampah ikut tong

siap pakai bangku tu nak buang sampah dlm tong recycle

pandai bersenam angkat berat

ni mulut mcm hantu mak limah balik kampung
pandai cakap dan pandai nyanyi lagu kebangsaan singapura
bersin pun pandai, ketawa mcm hantu mak limah
dan pandai menyalak mcm anjing

8 ulasan:

  1. cantik cantik gambar tu pak itam...

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Yang melatih burung tu memang hebat.

    Mak Limah balik kampung belum tengok lagi. Tapi dapat bayangkan gelaknya mesti macam kakaktua tu agaknya...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    burung kakak tua pandai menyanyi yer
    menari macam mak limah dia tahu tak
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  4. Salaam Pak Itam,

    seronoknya budak2 tu dapat ambil bahagian dalam show tu...ermm mak bapak budak depa tak bagi join sekali kaa? heh

    kalau depa boleh latih burung flamingo tu menari ballet ramai2, fuh, sure gempak! ;D

    BalasPadam
  5. kak pah

    puas menonggeng nak ambik shot tu hehehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kakzakie

    burung tu gelak mcm org hehehe

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam atuk

    siap pandai guna gps lagi hehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kak chik

    utk kekanak bawah 12 tahun

    sib baik bapak baru 9 tahun hehe

    BalasPadam