WARGA SCP

Rabu, Februari 16, 2011

INDAHNYA ZAMAN KANAK-KANAK

garisan permulaan kat jalan nak masuk kedai bapak
ALHAMDULILLAH

Sabtu lepas , serentak seluruh negeri johor diadakan Larian Perdana Mahkota yg turut disertai oleh semua penuntut sekolah rendah dan menengah di negeri Johor. Kebetulan sekolah berdekatan kedai bapak di tepi hutan ni juga menjalankan aktivitinya .

Bapak pun apa lagi, keluarkan senapang untuk merakamkan beberapa detik2 indah kerana trek larian yang mereka gunakan mengelilingi kampung . Seronok tengok bebudak ni begitu bersemangat , berlari sambil berseronok2 begitu. Bapak pun rasa nak join sama mereka , nak jadi budak2 kembali hehehe

Bapak sempat tahan budak ni kejap dgn geng2 dia. Lihatlah gelagat mereka, sempat memberikan pose istimewa sebelum mereka meneruskan larian mereka . Sorang ni siap lari pakai songkok lagi hehehe. Jangan2 dia ni lari dari sekolah agama hehe

Sebenarnya zaman kanak2 ni merupakan zaman yang paling menyeronokkan terutama di kawasan perkampungan berbanding bandar . Kat kampung semua aktiviti mereka lasak sungguh. Depa ni bila tak sekolah boleh main basikal, mandi paya dan main bola . Suasana perkampungan ini menyebabkan pelbagai aktiviti luaran dapat dijalankan .


Bapak suka akan 2 potret ni, seolah2 2 orang pelari dari kenya sedang mengerah segala kudrat untuk menghabiskan perlumbaan . Tapi yang tak tahannya, botol air kat bawah dibawa berlari bersama . Yang atas tersenyum je bila dirakamkan potretnya, sungguh manis senyuman dan nampak giginya yang putih melepak hehehe

8 ulasan:

  1. assalamualaikum pak itam

    huhu memang rindunya zaman kanak2 dulu... masa sekolah. kena 'time' merentas desa semua bersemangat nak berlari tapi tengah2 jalan berhenti, jalan dan berbual... seronok betul tak menang pon tak kisah heee (^_^) ~

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam,

    Sekolah anak kakak pun sama. Siap ajak ibu-bapa lagi. Tapi kakak tak ikut. Ayah mereka yg ikut sama. Dapat roti, air mineral dan epal free.

    Malam masing-masing sakit kaki :)

    BalasPadam
  3. cam nak kembali zaman anak2 je kannn Pak Itam kan kan

    BalasPadam
  4. salam pak itam,
    kakpah pun belaja menembak daripada pak itam ni. jelas sasarannya..

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam manje

    bapak merentas desa tak pernah habis terus merentas bandar hehehehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kakzakie

    seronok bebudak tu kak

    BalasPadam
  7. che att

    bapak baru derejah 5 sek ren hehehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kak pah

    insyallah , nanti semua ilmu dpt kak pah kuasai , janji terus buat praktikal jika masa terluang hehehe

    BalasPadam