WARGA SCP

Isnin, Februari 14, 2011

NABI MUHAMMAD S.A.W

Esok, 12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi kita seluruh umat Islam. Itulah tarikh keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga tarikh ketibaan Rasulullah s.a.w di kota Madinah yang sekaligus merupakan tarikh permulaan pembinaan negara Islam. Dan ia juga tarikh kewafatan Rasulullah s.a.w.

Tanya pada diri sendiri dan anak-anak kita, apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w, mungkin tidak banyak yang diketahui. Atau kita hanya tahu secara ringkas, atau samar-samar, apa sebenarnya yang berlaku dalam sejarah Rasulullah s.a.w.

Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, perlu mengetahui lebih mendalam apa yang berlaku dalam sejarah hidup baginda. Mengetahui sejarah hidup baginda memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah awal Islam, pengorbanan yang dilakukan oleh baginda serta generasi pertama umat Islam dalam memperjuangkan Kalimah Allah, dan bagaimana Rasulullah s.a.w menjalankan dakwahnya.

Ini membantu kita menghayati dan menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dalam menegakkan Islam. Kita akan lebih bersedia dan berpengetahuan untuk menangkis segala tuduhan liar yang tidak berasas yang dilontarkan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya, yang bertujuan untuk meragukan dan mengelirukan umat Islam. Dengan mengetahui sejarah Rasulullah s.a.w, kita akan lebih mencintai baginda.

Tak kenal maka tidak cinta.

Sejarah Islam, terutama sejarah Rasulullah s.a.w, adalah warisan kita. Ia adalah warisan yang mengatasi segala warisan budaya dan adat sesebuah masyarakat dan bangsa. Malah warisan sejarah Islam adalah lebih penting untuk dihayati dan diketahui dari warisan budaya masyarakat kita.

Janganlah kita lebih mengetahui warisan budaya kita melebihi warisan sejarah Islam. Atau lebih buruk lagi, kita lebih mengenali sejarah hidup para penyanyi, penghibur, dan orang lain, daripada mengenali sejarah kehidupan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Siapakah yang akan memberikan syafaat kepada kita pada Hari Kiamat kelak? Siapakah yang akan memohon kepada Allah s.w.t agar dipercepatkan hisab kita kelak di Padang Masyar, jika bukan Rasulullah s.a.w. Adakah para penghibur, pelakon dan orang-orang lain dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak? Sedangkan mereka juga seperti kita nanti, sibuk dengan perhitungan diri sendiri, dan mengharapkan pertolongan dan syafaat dari Rasulullah s.a.w.

Adakah kita layak untuk mengakui sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w sedangkan kita tidak mengenalinya? Tidak mengetahui sejarah hidupnya? Dan tidak ada perasaan cinta yang mendalam terhadap dirinya? Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Aku bersumpah dengan Tuhan yang mana nyawaku di gengamannya,
bahawa tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai diriku
dari ibu-bapanya dan anaknya."

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita ini , semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa mencintainya lebih dari segalanya selain dari mencintai Allah s.w.t.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Salam Maulidul Rasul

    kita basahi bibir kita dgn selawat keatas Baginda s.a.w.

    terima kasih
    atas peringatan tuuu

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Pak Itam,

    Biarpun jasad baginda bersemayam di Masjid Nabawi tapi kita sebagai umatnya masih dapat merasai kasih dan sayangnya terhadap umatnya. Sebab itu titisan airmata pasti tidak lari jika berziarah ke makam baginda. Betapa besar pengorbanan baginda buat kita semua. Selawat & Salam buat junjungan rasulullah s.a.w & sahabat2 baginda.....

    BalasPadam
  3. SALAM PERSAUDARAAN ISLAM,

    Menitis air mata, sebentar tadi dilakarkan kisah anak yatim yang tidak dikehendaki oleh ibu-ibu SUSU yang lebih mementingkan UPAH tinggi dari KEBAJIKAN & keberkatan.

    BalasPadam
  4. Salam Rezeki.
    Tarikh yang sangat penting tapi selalu kita lupa!

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam atuk

    insyallah

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kakzakie

    alhamdulillah

    rasa tenang dan syahdu bila menziarahi dan berada di makam rasullullah

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam tanpa nama

    itulah dunia hari ini apabila al quran dan sunnah sudah mula dilupakan

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam uncle

    insyallah, kitakan jadikan ia tarikh penting dalam kalendar kita

    BalasPadam