WARGA SCP

Selasa, September 25, 2012

LINE CLEAR : Part 1

ALHAMDULILLAH

Perkataan Line Clear sinonim dengan kehidupan seharian anak2 muda masa kini. Kalau mereka nak buat sesuatu , pasti mereka pastikan "line clear" . Tapi jangan salah sangka pulak , tak semestinya kalau sebut "line clear" , kita nak buat sesuatu yang tak elok .

Kekadang ada orang yang sakit perut dan nak kentut, pasti dia tak kentut sesuka hati . Dia akan pastikan "line clear" baru dia lepaskan gas beracun tu hehehe
Tapi kalau jenis semabal, line tak clear pun dia melepas,sesedar melantung je 

tu depa dok beratur sampai ke jalan besar
agaknya kalau dalam1 km beratur pun kalau berbaloi
sapa pun sanggup beratur

Tapi "Line Clear" yang nak aku ceritakan ni memang terkenal kepada pengemar nasi kandaq . Mengikut sejarah , Nasi Kandar Line Clear ni memulakan perniagaannya pada tahun 1930. Masa tu aku pun tak lahir lagi di dunia ni, tapi mereka dah mula berniaga masa tu.

Lokasinya terletak di Lebuh Chulia atau  Chulia Street  dan persimpangan Lebuh Penang .  Senang cerita kira2 belakang Hotel Bay View .

Tapi bagi sesiapa yang memandu dan baru pertama kali ke area situ, pastikan mata tu melingas sikit cari tempat letak kereta kerana masalah besar ialah nak cari tempat letak kereta kerana jalan tu sentiasa sibuk.


Line Clear ni warung biasa je
tapi lauknya luar biasa

Mengikut sejarah , nasi kandaq ni berasal dari Penang. Nasinya dimasak secara dikukus dan dihidangkan dengan kepelbagaian kari dan lauk2 yang asas je masa tu.

Perkataan Nasi kandaq bermula dulu kala bila peniaga2 jalanan membawa nasi yang dikandar gunakan kayu kalau tak salah aku dan dua bakul besar berisi nasi dan lauk . Ikut dedulu, lauk nasi kandar ni hanyalah kari, telur dan bendi je kerana itulah makanan golongan marhaen ketika itu .

Nasib baik depa kandar masa tu,dapatlah namanya nasi kandar . Kalaulah depa pikul masa tu ...

Kira nasi kandar ni juga telah melalui proses revolusi yang begitu panjang .Sekarang pelbagai lauk2 sampingan ada berbanding dulu macam ayam goreng yang warnanya macam keoren-orenan tu, kepala ikan, telur ikan, udang goreng dan sotong goreng. 

Kena pulak tengahari tengah lapar, kalau nak sedap ,pastikan kuahnya kita minta jenis campur dan kita banjirkannya .Baru puas hati hehehe


4 ulasan:

  1. Salam,
    saya dah agak bapak nak cakap pasai nasi kandaq line clear tu kan..mula-mula kenal nasi kandaq dulu perut saya meragam dan tak boleh terima lauk mamak tapi saya teruskan proses memakan untuk membiasakan pert dgn ciarasa itu.. la ni dah ok tapi gak ada food poisoning...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak sesekali je pekena nasi kandaq bila terlepas ke KL atau penang

      kat HC mana ada,JB pun takde,kedai mamak biasa ada le, tapi tak sama dgn nasi kandaq penang

      Padam
  2. Salam bapak. Mak saya paling suka makan di kedai ni. Saya lebih suka nasi kandaq Hameediyah kat Campbell Street :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      old timer pasti suka dgn line clear ni

      tak boleh bayangkan mana letaknya campbell street tu hehehe
      selalu main redah je kalau ke sana

      Padam