WARGA SCP

Rabu, September 26, 2012

LINE TAK CLEAR


ALHAMDULILLAH

Kalau sesiapa yang kali pertama singgah kat Line Clear ni, pasti tak percaya betul ke ni Restoran Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Pulau Pinang ni . Sebenarnya Line Clear ni terletak di celah lorong tepi kedai je , tapi peminat dan pengunjungnya begitu ramai sekali. Depa bukak 24 jam sehari dan hanya bercuti pada hari pertama dan kedua hari raya aidilfitri je.

Masa aku sampai memang line tak clear kerana ramainya umat masa tu dok beratur hingga ke jalan besar. Masing2 sabar menunggu . Rasanya mau kat setengah jam jugak nak sampai ke tempat lauk yang mereka hidangkan.


Dari segi keselesaan kat Line Clear ni kira tak berapa selesa bagi sesiapa yang jarang makan kat warung2 tepi jalan , tapi aku jenis dah biasa dan tak kisah . Yang penting kelazatan masakannya dengan pelbagai menu sampingan. Kalau tengok kawasan persekitaran , masih boleh dipertingkatkan dari segi kebersihannya . Tapi aku pasti dari segi kebersihan penyediaan masakannya kerana jarang dengar ada yang sakit perut lepas makan kat Line Clear. 

Kalau tak bersih penyediaannya dan menggunakan bahan yang kurang bersih dan bermutu, pasti dah lama Line Clear ni dah bungkus. Tapi hingga sekarang ia masih bertahan yang hampir 82 tahun beroperasi . Kira dah turun temurun.



Satu lagi masalah yang tak clear ialah lepas ambik makan, agak susah nak dapatkan tempat duduk pula yang sentiasa penuh dan bersilih ganti . Jadi bagi sesiapa yang datang dalam kelompok yang ramai, tak payah beratur dan carilah meja2 yang kosong dan kena booking dulu.

Kemudian suruh depa hidang dan pesan je. Itu lebih cepat dari nak beratur sorang2 .

Menu kami pilih macam biasa ayam goreng, sotong, sayur ,udang dan paling istimewa kari kepala ikan . Aku tak tanya pulak kepala ikan apa. Yang aku tahu ngap je hehehe

Kalau nak kira ,pelbagai kedai terkenal yang menjual nasi kandar ni punya citarasa dan kelebihan yang berbeza kerana sepanjang aku kat Penang ni dan makan nasi kandar tetiap hari, aku rasa kari mereka antara satu kedai dengan satu kedai yang lain tak sama. 

Tu sebab ,depa ni ada peminat dan pengikut mereka sendiri.

Jadi aku bernasib baik kerana dapat merasai kepelbagaian rempah kari dan cara masakan mereka yang sudah tentu menjadi rahsia mereka turun temurun . Harga pulak pada aku berpatutan dan depa tak ambik kesempatan "nak sembelih" kalau tengok orang luar datang makan di Line Clear ni berbanding di Trengganu yang kalau kalau depa dengar cakap slang lain je ,pasti makan tak apa2 pun reganya tak munasabah hingga selalu je aku terbaca ramai pengguna yang komplen kat dalam surat khabar.


Tak baik macam tu kerana aku pun dulu lama meniaga air dan tak pernah pulak aku sembelih kalau org singapore dok minum kat tempat aku . Aku kira sama je dengan harga yg telah termaktub . Cuma kalau bangla je minum aku pening sikit kerana oren sebotol , gelas letak air batu 15 hehehe
OK, nasib baik aku tak cuti bang sebulan kat sini,kalau tak mau berat aku naik 20 kg dan muka aku pun macam rupa towkey nasi kandar.

 



4 ulasan:

  1. Assalammualaikum Pak Rezeki,

    Heee...hee...hee... Alhamdulillah masa akak gi sini tak lah seramei ini...haru gak kalau kena tunggu...

    Sebenarnya masa tuu kami terrr..singgah sini..tak sangka rupanya tempat nii sgt fopuler yer???

    Len kali nak ziarah lagi lah... satu lagi kat Kepala Batas...namanya kalau tak silap Nasi Kandar beratur kot kul 11pm baru start tapi Q dah pnjg...

    Wslm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak su

      mmg masa tu lain tak clear hehe
      tapi pasal kami makan hidang,tak payah beratur, namun 45 minit juga kena tunggu baru sampai lauknya

      nasi beratur tu dia mula malam sangat hehehe

      Padam
  2. Waduh.. Pagi2 ni nmpk plak nasik kandar bapak nih mmg teruja. Teruja nak tido. Sbb nye xde nasi kandaq depan mate. Haih. Lapo! Btw masa fm pg baru2 ni mmg makan seluruh penang.. Dari hujung geargtown smpi hujung gelugoq nuh. Termasuk la nasi kandaq line clear ni, telor sotong dia pon acara! CUma nasi kandar 'beratoq' je tak lepas nak Q malam2 mse tuh hujan. Lena dek di ulit tilam hotel batu keras. Bapak ada cuba restaurant pen mutiara? Sedappppppppppp jugekk.. Oh penang. Pasemboq lagik. Menggile klu turun sne..

    BalasPadam
    Balasan
    1. beb pun pasti suka nasi kandaq ye hehe

      kalau nak pi nasi kandaq beratur,mau kena beratur dari petang , kira cop tempat haha

      tak sempat ke pen mutiara pasal banyak sangat acara lain hehe

      Padam