ALHAMDULILLAH
Keperluan fizikal dan mental perlu kuat kerana jika tidak kita pasti tewas kerana apabila tiba kemuncak musim haji, disitulah sebenarnya cabaran yang getir yang perlu kita tempuhi bermula apabila kita bertolak ke Arafah untuk berwukuf ,kemudian mabit di Mudzalifah sebelum bermalam di bumi Mina selama tiga malam jika kita tidak melakukan Nafar Awal .
Dari Mina pula kita akan berjalan kaki di celah jutaan jemaah hampir 8 km pergi dan balik ke kawasan jamrah untuk melakukan lontaran . Di situlah akan menguji ketahanan mental kita serta ketahanan fizikal .
Kesabaran sangat penting bermula lagi di bumi Arafah . Sejumlah kecil bilik air yang terpaksa menampung jemaah yang ramai sebenarnya mendidik kita agar bertimbangrasa sesama manusia dan tidak mementingkan diri sendiri.
Tidur bukan lagi menjadi keutamaan ketika di bumi Arafah kerana kita sepatutnya berlumba-lumba melakukan apa yang patut sebanyak mungkin sehinggalah luput waktu wukuf apabila matahari tenggelam sebelum mula menyiapkan diri untuk mabit di Mudzalifah yang jaraknya tak jauh mana, namun dengan jutaan jemaah yang semuanya menuju ke destinasi yang sama, kekadang terpaksa menunggu bas yang yang membawa kita berjam-jam lamanya .
Setiba di bumi Mudzalifah pula , hampir semalaman pula kita beralaskan tanah dan beratapkan langit pula dan alam keadaan kusut masai yang masih memakai ihram , faktor keletihan pasti tak dapat kita elakkan .
Menunggu bas yang tak kunjung tiba untuk bertolak ke bumi Mina kekadang mengambil masa 5-6 jam sungguh menguji tahap kesabaran kita .
Setiba di bumi Mina pula, dalam khemah yang kecil berhimpit2 yang kekadang memuatkan hampir 40-60 jemaah menyebabkan kaki bertemu kaki ,kepala bertemu kepala namun semuanya sebenarnya satu pengalaman indah yang mengajar kita erti kesabaran, erti kepayahan dan erti kesusahan kerana begitulah sebenarnya pekerjaan haji yang berkusut masai dan kalau kita tak bersedia sebegitu , maka kita pasti tewas akan tuntutan nafsu kita yang sentiasa inginkan keselesaan .
Segala pantang larang berihram masih perlu dijaga sepanjang hari sebelum kita melakukan lontaran di Jamratul Aqabah nanti yang kebiasaannya bagi jemaah Malaysia selepas isyak nanti .
Meninjau ke bilik air , deretan jemaah pula berpusu2 beratur di luar pintunya . Kalau memasing jenis mementingkan diri sendiri yang jenis "berak batu" dan buat bilik air kat situ macam bilik air kat rumah, mau pula jemaah yang tak sabar digendangnya pintu zink toilet tu heheh
Terkenang aku dulu masa nak menunggu waktu melontar selepas isyak yang aku rasakan terlalu lama sungguh . Masa tu perasaan teruja begitu tinggi sekali tak dapat aku bayangkan. Rasa tak sabar-sabar dan rasa jam berdetik terlalu lambat.
Tapi kalau ikut logik akal la, biasanya perasaan teruja dan tak sabar2 kebiasaannya apabila kita nak pergi melancong ke, membeli sesuatu yang kita idamkan ke, nak pi menikah tiga lagi ke , tapi ni hanya nak pergi melontar batu di Jamrah je, tapi itulah sebenarnya keajaiban atau satu "miracle" yang Allah bagi perasaan sebegitu kat jemaah haji .Memang aku tak dapat bayangkan sama sekali ketika menuju ke Jamrah malam tu dengan semangat berkobar2 dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar .
Terlalu indah untuk dikenang walaupun ia sesungguhnya menguji hingga tahap maksimun fizikal dan mental.
Alhamdulillah