WARGA SCP

Selasa, Oktober 09, 2012

MERAH

ALHAMDULILLAH

Merah, panas, pedas dan seangkatan dengannya sinonim dengan suasana tidak selesa kalau tak kena cara dan gaya.

Kena marah pasti muka "merah padam"
Kena "tiaw" tak tentu pasal pasti hati pulak panas.
Kena sindir pasti telinga kita pulak yang "pedas dan panas"

Kalau kat jalan raya pula, kalau boleh madang je masa kita lalu, lampu isyaratnya tak bertukar merah ,kalau merah dah kena berhenti. Tapi kena jenis tak faham bahasa , dia langgar je.

Yang lagi sadis suami isteri yang duduk berjauhan jenis jumpa sebulan sekali. Bila balik , bini pulak angkat bendera merah. Takkan nak redah je.

Firman Allah S.W.T 

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

(Surah Al-Baqarah 2:222)





Begitulah juga kaitan warna merah dengan ragam manusia yang saban hari kita hadapi kerana manusia dilahirkan pelbagai perangai dan sikap . Bagi yang jenis mulut laser dan mulut lepas je , pasti perkataan yang dilepaskan olehnya tanpa memikirkan orang lain menyebabkan hati kita panas , teliga kita pedas dan muka kita merah .

Namun bagi sesetengah manusia , cakaplah apa nak cakap , dia buat tak tahu je kalau berhadapan dengan situasi yang sebegitu selagi dia tahu dia di pihak yang benar dan tak jadi kudis baginya.

Bagi sesetengah individu lain pula yang cepat terasa, pasti reaksinya sebaliknya dan tak pasal matanya merah tak semena-mena dan mengalir pula air mata.

Namun merah yang aku post dalam n3 ni memang aku suka .
Nak kata pedas tak pedas sebenarnya  kerana bahan utamanya ialah cili merah hidup yang "diblend" .

Kalau pakai cili kering lain merahnya dan pedasnya .Mau berasap .





4 ulasan:

  1. Salam Bapak,
    perghhhh! merah menyala..mesti pedas yang amat..saya serender...kalau warna je merah tapi tak pedas...haaa itu saya boleh makan...kalau tidak, bye bye je la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      tak pedas la hehe
      psl mak itam guna lada merah hidup, mcm buat sambal nasi ayam tu

      Padam
  2. Salam bapak. Tah kenapa saya tengok gambaq tu tak terasa pedaih di lidah, mungkin sebab tahap kemerahan sambai tu gamaknya. Tapi kalau pedaih pun takpa, I LIKE :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      merah pasal guna cabai hidup. tapi tak pedas hingga tak cukup hehehe

      Padam