WARGA SCP

Rabu, Oktober 10, 2012

PAYUNG

ALHAMDULILLAH

Payung dalam Bahasa Melayu
Umbrella dalam Bahasa Inggeris
Paraguas dalam Spanish






Juga kekadang jika kita menggunakan imbuhan me...an , ia akan membawa maksud memayungi , "to cover with an umbrella , to protect , to give , to give shade , to be a patron ..."

Masa muda2 dulu masa aku bergiat dalam gelanggang , sering jugak bila rasa penat sangat dalam sesuatu pertandingan, tanda "payung"menggunakan isyarat tangan akan aku tujukan pada pengadil atau coach kat luar . Payung tu membawa maksud timeout.







Cerita pasal "time out", pasti semua umat manusia di dunia akan tiba jua masa "time out" mereka.

Ada "time out" yang datang sangat2 cepat hingga belum sempat menikmati dunia.

Ada "time out" yang datang pada usia muda.
Ada "time out" yang datang ketika telah berumur.
dan ada juga hingga rumah kata pergi , kubur kata mari tapi tak "time out-time out lagi.

Firman Allah S.W.T

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

Surah Ali Imran ayat 145





Berbalik kita dengan cerita payung tadi.
Adakah diri ku dan kita dah bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk mengadap Allah Rabuljali .

Kerana bekalan yang kita bawa tadilah yang akan memayungi kita nanti bila tiba ke sana nanti. Namun kita tak tahu bahawa adakah payung kita nanti bebetul dapat memayungi kita.
Adakah payung kita nanti tidak "bocor"

Semua itu kena kita fikirkan kerana kehidupan di sana adalah kekal abadi dan tak boleh berpatah kembali . Masa tu dah takda masa nak fikir2 lagi "pasal payung dan memayungi."

p/s: lepas aku upload n3 ni, aku nak kena pikir mcm mana aku nak bobok malam ni kerana bekalan letrik mengalami gangguan  dan terputus, biasalah rumah tepi hutan ni, kalau aku kat HC jarang sangat berlaku.Kata petugas TNB tu paling cepat 2-3 jam, kalau serius mau sampai ke subuh.  Kalau kat tepi hutan ni madang sebulan entah berapa kali. Ni pun aku upload n3 ni guna berukband yang terkemut-kemut . Wifi kat pondok aku ni dah terpadam dah krn takda api .

Aku ingat nak bobok bentang tiko kat atas tanah kat luar je, sejuk sikit.Jangan kena sondol dengan babi utan , udah le hehehe

6 ulasan:

  1. ada juga cerita psal payung (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai SD

      apa2 pun boleh jadikan cerita hehehe

      Padam
  2. Assalam bapak,
    cakap pasal time out, kalau tetiba saya dah tak muncul kat blog, itu maknanya saya punya time out mari sudah, sedekahkan saya Al fatihah ya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah

      tapi tak tahu sapa timeout dulu hehehe

      Padam
  3. Salam bapak. Saya pun sama macam LW la jugak, kalau tetiba senyap tu..hehehe..eh pasal time out pun boleh gelak2 saya ni, astaghfirullah..

    Terima kasih selalu bagi tips fotografi pada saya naa, bapak. Saya sangat menghargainya. Maklumlah budak tua baru belajaq macam saya ni, sangat memerlukan sebanyak ilmu yg mungkin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      hehehe tak salah nak gelak
      kalau bapak pulak dah senyap tak berblog,maksudnya bapak dah sampai amerika lah tu hehehehehe

      alhamdulillah,
      bapak ni tak la pandai bebenor dlm ilmu fotograpi ni , tapi bapak suka membaca dan mencuba

      Padam