WARGA SCP

Ahad, Oktober 28, 2012

PART 5 : BEBERAPA KEMUSYKILAN BERKAITAN IBADAT HAJI

ALHAMDULILLAH


Sebenarnya apabila diperbincangan tentang masalah-masalah yang sering dihadapi kepada jemaah haji, pelbagai pendapat timbul yang akhirnya setelah diperdebatkan dan melalui muzakarah yang pasti berpandukan empat imam besar dan serta rujukan utama tentulah kitab suci Al-Quran dan Al-Sunnah, pasti satu jawapan kepada permasalahan tersebut dapat dirungkai kerana Islam adalah agama yang tidak menyukarkan umatnya sebenarnya selagi keputusannya berpegang kepada asas-asasnya .

Antara permasalahan yang kerap timbul :


  1. Seorang jemaah haji yang terbatal atau luputnya wuduknya ketika ia melakukan tawaf yang mana berwuduk adalah salah satu syarat sah tawaf ,maka ia perlu mengangkat semula wuduk dan boleh menyambung semula tawafnya tanpa perlu mengulanginya dari kiraan satu (1) semula , tetapi seelok-eloknya bermulalah semula dipenjuru Hajarul Aswad. Jadi bagi jemaah yang tidak mendalami ilmu tersebut sebagai contoh dah enam (6) pusingan, tentu yang beranggapan kena mula semula tawafnya dari pusingan pertama (1) semula. 
  2. Pandangan Imam Syafie pula (Pandangan Marjuh) dalam permasalahan batal wuduk apabila berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan semasa melakukan tawaf dan dalam keadaan mashaqqah ( kepayahan atau kesusahan) dengan syarat persentuhan itu tanpa syahwat, maka tidak terbatalah wuduknya . 
  3. Para ulama Mazhab Shafie berpendapat bahawa mereka yang mempunyai keuzuran, hajat dan menghadapi masalah sebagai termasuk dalam golongan al-Ma'zurin . Yang demikian jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat khemah mabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan tersebut dan tidak dikenakan dam dan ibadat haji mereka sah dan tidak berdosa kerana mereka termasuk dalam golongan al-Ma'zurin.
  4. Jemaah haji yang uzur (sakit) yang tidak dapat melontar dengan sendiri boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melontar bagi pihaknya. 

8 ulasan:

  1. Waaa comel nye header bapak. yg di blur kan tuh lagik comel. Salam aidiladha buat bapak dan mak itam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam aidiladha juga buat beb and family

      ingat nak bela sekorlah kat belakang rumah hehe

      Padam
  2. Assalam bapak, selamat hari raya haji.
    Saya nak pergi lagi ke sana, ada sesuatu tertinggal..

    Unta tu comel..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah ,pasti sampai lagi kesana

      bapak suka dengan lentik bulu matanya hehe

      Padam
  3. Salam bapak. Informasi yg sangat berguna tapi bila dah dekat2 nak pi nanti kena baca balik pasai saya ni pelupa, mengalahkan nenek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak selalu lupa bilacpagi mana letak kunci keta hehehe

      Padam
  4. As Salam Pak Menakan,

    cheq baru sempat khatam part 1 sampai part 5 pagi nie, lately nie cheq kalut kat estet, tu yg jarang2 dapat melawat pak menakan.. bila habis ja baca, semua kenangan bermain didepan mata.. meronta-ronta hati nak p.. ishhh, jenuh nak tggu giliran.. kalu tak salah cheq, giliran pak menakan awai drpd cheq kot.. kirim unta sekoq bley??.. opss, lupa nak wish.. slamat hari raya haji utk pak menakan sekeluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam salam

      vavava semenjak jadi manager estet ni , sibuk sungguh noooo hehehe

      hari tu pi check , depa kata still 2020 , kalau panjang umur murah rezeki , pasti sampai

      Padam