WARGA SCP

Jumaat, Oktober 19, 2012

PART 3 : ADAB-ADAB YANG DIUNJURKAN SEBELUM DAN SEMASA MENUNAIKAN FARDHU HAJI

ALHAMDULILLAH

Allahhuakhbar

Seminggu dah projek bapak nak menulis berkaitan ibadat haji tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Nanti kalau dah selesai semua "benda alah" tu dan senang2 nanti , bapak ceritakan . Seminggu juga bapak tak sempat langsung nak bukak blog sendiri dan jugak blog rakan2. Ni pun malam ni baru ada kelapangan sikit.

Ok, kita sambung lagi berkaitan ibadat haji.

Perlu diingat bahawa perjalanan menunaikan fardhu haji ni bukan merupakan suatu perjalanan yang biasa-biasa dan berat sebenarnya dari segi pengisiannya samada rohani atau pun jasmani.

Peluang kita ke sana mungkin sekali sahaja . Oleh itu ada beberapa perkara kita perlu ambil perhatian dan ia berkaitan dengan hati , jiwa serta tingkahlaku kita . 

Di sini disarankan beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan sebelum kita berangkat menunaikan rukun islam yang kelima ini seperti :






  • Pastikan niat kita ikhlas hendak ke sana
  • Mendalami dan mempelajari segala ilmu yang berkaitan dalam perlaksanaan ibadat haji.
  • Memperbanyak taubat seperti melakukan solat sunat taubat 
  • Membersihkan harta dari unsur-unsur syubhah dan sumber-sumber yang haram.
  • Meninggalkan perkara2 maksiat dan melalaikan.
  • Memperbanyakkan istigfar dan memohon keredaan Allah.
  • Memohon keampunan dan maaf serta keredaan semua orang berdasarkan kemampuan untuk  melakukan ketika itu sekiranya bertemu.
  • Berpesan-pesan kepada anak2 dan waris serta kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah.
  • Cuba selesaikan segala hak Allah dan juga hak sesama manusia yang masih tertanggung ke atas diri kita.
  • Menunaikan solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan ke Tanah Suci Makkah.




Ketika berada di sana pula, kita disarankan :

  • Sentiasa berakhlak dan berbudi pekerti  mulia.
  • Sentiasa menyedari bahawa  kita adalah Tetamu Agung Allah.
  • Memastikan bahawa kita sentiasa menyedari dan mengingati bahawa perjalanan mengerjakan haji merupakan satu perjalanan ibadah dan bukan melancong atau makan angin.
  • Bersyukur dan reda dengan kemudahan yang disediakan oleh Aminul Haj.
  • Mengelakkan dan menjauhi perbuatan2 yang sia2 dan keji.
  • Mengelakkan sikap sombong ,takbur serta membangga diri .
  • Bersyukur dan mengambil ikhtibar dari pengalaman kita melihat kesusahan dan kepayahan jemaah yang datang dari negara yang daif serta serba kekurangan , tapi mereka bersungguh-sungguh mengejar pahala yang berlipat ganda di sana seperti yang dijanjikan oleh Allah.
  • Mengamalkan sikap tolak ansur,berkerjasama dan jauhi pertengkaran.
  • Perbanyakkan dan pertingkatkan amal ibadat seperti beriktikaf ,membaca Al-Quran, berzikir dll. 

4 ulasan:

  1. Salam bapak. Patutla tetiba sengap sepi ja, ada hal ghopanya naa. Musykil jugak saya apa halnya sampai hari2 kena bangun jam 4 pagi tu..





    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kena bukak kandang rimau dan kasi depa makan tetiap pagi hehehe
      kalau tak dia mengaum hehehe

      Padam
  2. Salam Rezeki.
    Tiba2 jadi syahdu sebab teringat musim haji beberapa tahun yang lalu sewaktu saya masih bertugas di Mekah....insyAllah akan kesana lagi nanti!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah

      moga dipermudahkan agar kita selalu dapat ke sana

      Padam