ALHAMDULILLAH
Musim haji tiba lagi , kali ini bapak ambil sikit inisiatif untuk mendokumentasikan segala urusan ibadat haji secara sistematik untuk rujukan bapak sendiri dan juga mana2 teman di alam maya yang berminat .
Kalau bercerita tentang perjalanan ke dua tanah suci ni, pada bapak tak pernah menjemukan walaupun beribu kali diceritakan.

Semoga sedikit usaha yang tak seberapa ini yang bapak lakukan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Segala sumber dari penulisan bapak ini bapak rujuk melalui sumber-sumber yang bapak selidiki , melalui kursus-kursus yang berkaitan yang bapak pernah hadiri dan melalui pembacaan dan bukan dari sumber2 yang menyesatkan dan paling penting melalui pengalaman bapak sendiri .
Sekiranya ada kekurangan dan kesilapan dari penulisan bapak ini, harap kita sama2 dapat perbetulkan demi kebaikkan bersama kerana bapak hanya insan biasa yang serba kekurangan .
Mengikut definasi, haji ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu yang disyariatkan menurut garis panduan dan syarat-syaratnya yang termaktub .
Senang cerita buat haji ni bukan boleh ikut suka je masanya berbanding kita nak pi umrah dan ziarah biasa tanpa mengira masa.

berbatu-batu panjangnya menuju ke Jamrah
ketika kemuncak masa melontar
naik bulu roma ketika laungan takbir memenuhi
setiap ruang dan bumi Mina menuju Jamrah

Salah satu rukun islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim yang mukalaf ialah melaksanakan ibadat haji dan hukumnya wajib sekali sahaja sepanjang kehidupan kita .
Pergi London , Paris or New York waima pergi Balakong pun tidak Allah wajibkan .Tapi tempat-tempat macam tu lah yang banyak tertanam dalam niat dan sanubari hingga terleka akan kewajipan mengunjungi Baitullah dalam menunaikan rukun islam yang ke 5 ini.
Namun sekarang alhamdulillah, kesedaran telah mula berputik dalam hati dan sanubari masyarakat kita hari ini hinggakan sekarang ini dikhabarkan beratus ribu umat islam negara kita dalam senarai menunggu untuk menunaikan rukun islam ke 5 ini.
Alhamdulillah.
Namun hakikatnya tidak semua sebenarnya berpeluang untuk melaksanakan nya atas faktor2 tertentu yang hanya Allah je mengetahui sebab dan musababnya. Namun begitu, kita mestilah menanamkan azam untuk melaksanakannya dan sentiasa berusaha ke arah itu.
Kalau dah tanamkan niat , maka ikutilah dengan azam , doa dan tawakkal . Cukupkan sumber kewangannya. Kalau kita boleh menabung semata2 nak menikmati kedinginan kota Paris, takkan kita sanggup "berkira" nak menabung dalam mengerjakan apa yang telah diwajibkan ke atas kita umat manusia beragama islam.
Insyallah, pasti cepat atau lambat kalau telah tertulis yang kita bakal menjadi Tetamu Agung Allah, masanya akan sampai.
Semua kerja Allah,
kalau kita "pergi dulu" sekurang2nya kita dah menanamkan niat dan azam nak ke sana. Itu urusan Allah.
Namun paling penting , sesiapa yang dah ada simpanan dengan TH,mendaftarlah untuk masuk senarai menunggu kerana simpanan dan pendaftaran haji adalah 2 perkara berbeza.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 97
"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya diantaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim.
Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah S.W.T mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.
Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadat haji tersebut) maka sesungguhnya Allah S.W.T Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekalian makhluk"

Al Bukhari dan Muslim juga pernah meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W :
"Islam didirikan di atas 5 perkara : Bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah S.W.T dan sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W itu adalah utusan Allah S.W.T , mendirikan solat,mengeluarkan zakat,menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan"
MasyaAllah.. Speechless!
BalasPadamAlhamdulillah
Padamterasa rindu dgn suasana sebegitu
ada apa kat balakong tu Pak ? kompius ...
BalasPadamalaaa kak,ada kfc dgn pizza hut je hehehe
Padamsekadar perumpamaan je hehe
Salam bapak.
PadamSaya pun sama gak baru nak tanya kat Balakong tu ada apa, kehkeh. Padahal saya pun selalu cakap London, Paris, New York dan Parit Buntaq, kehkeh.
Terima kasih atas perkongsian ni, bapak.
waalaikumsalam
Padamhehehe
kalau straight foward pun tak best, kena korner sikit2
Bagaimana dengan puasa hari Arafh tahun ini? Next Thursday bukan?
BalasPadamyup
Padamkhamis nanti , harap kita sama2 ambil peluang berpuasa kerana sangat besar ganjarannya, insyallah