WARGA SCP

Jumaat, Oktober 12, 2012

PART 2 : KELEBIHAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI

ALHAMDULILLAH

Allah S.W.T menjanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran sebenarnya kepada orang yang mengerjakan ibadat haji . 

Dengan itu apa kata kita  ambil peluang yang terhidang itu dengan  mengerjakannya dengan hati yang tulus ikhlas dan bukan kerana sebab-sebab lain kerana sebenarnya dalam dunia akhir zaman ni ada segelintir kecil individu yang mengerjakan haji kerana paksaan, kerana gelaran dan kerana banyak sebab-sebab duniawi yang hanya tuan punya badan je mengetahuinya dan semestinya Allah S.W.T yang lebih Maha Mengetahui.

Sebagai ikhtibar , suatu ketika dulu pernah ada jemaah haji yang asyik "tawaf kedai" dan shopping je . Kenapa boleh jadi begitu, rupa2nya sebelum bertolak dulu ke tanah suci, dia ada berniat nak shoping macam2, jadi tiba sana memang Allah kasi dia shopping habis-habisan hingga dia leka dengan tujuan dan niat sebenarnya ke sana. Jadi sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua,pastikan kita betulkan niat dulu sebelum ke sana.


Berbalik kita kepada kelebihan menunaikan ibadat haji.

Antara kelebihan seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T ialah :
  • Barang siapa yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur yang tiada    balasannya selain syurga.
Sabda Rasulullah S.A.W
" Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tiada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga"


ketika baru masuk bulan haji
Masjid Nabawi masih punya banyak ruang
di dalamnya
  • Mengerjakan haji merupakan jihad yang paling besar bagi mengalahkan dan menundukkan hawa nafsu. Pahalanya sangat besar di sisi Allah sebagaimana hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh al- Nasa'iy 
"Daripada Aishah R.A katanya :
Aku bertanya wahai Rasulullah, kami berpendapat jihad adalah amalan yang paling utama, mengapa kami tidak diberi peluang berjihad? Baginda menjawab , Bagi kamu terdapat jihad yang lebih utama (bagi menundukkan hawa nafsu) iaitu haji yang mabrur"
  • Orang yang mengerjakan haji tanpa cacat cela serta mengikut segala syarat , rukun, wajib dan segala peradabannya akan bersih dari segala dosanya sama seperti seorang bayi yang baru dilahirkan .
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

" Sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan rafath (larangan bercampur dengan isteri termasuk juga segala 
yang menimbulkan nafsu berahi samada melalui 
perkataan atau perbuatan) 
dan fusuq (larangan maksiat termasuk segala yang dilarang semasa mengerjakan haji seperti berburu dan lain-lain) keadaan dirinya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan"

usai solat zohor di Masjid Nabawi
  • Orang yang mengerjakan haji merupakan tetamu agung Allah   dan mendapat kemuliaan daripadaNYA .
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Nasa'iy dan Ibnu Majah

" Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung Allah , sekiranya mereka berdoa kepadaNYA, nescaya Allah S.W.T memperkenankan doa mereka ,sekiranya mereka memohon keampunanNYA, nescaya Allah S.W.T akan mengampunkan mereka.

sesak tapi insyallah masih ada ruang 
bagi jemaah bertawaf
inilah keadaan sebenarnya
selepas hari tasyrik ketika jemaah haji melakukan tawaf ifadah
bagi yang belum menyempurnakannya
Tingkat atas pun penuh jemaah bertawaf
  • Al Hakim meriwayatkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W
" Ya Allah , 
ampunilah (dosa-dosa) orang yang menunaikan haji 
dan (dosa-dosa) orang yang dipohon 
oleh orang yang mengerjakan haji"

Hadis tersebut membawa pengertian yang Rasulullah S.A.W mendoakan keampunan bagi mereka yang mengerjakan haji.
    

2 ulasan: