WARGA SCP

Selasa, Disember 29, 2015

USA PART 18 : WASHINGTON DC (SIRI 2) CAPITOL HILL

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Explorasi kami di historic district Washington DC akhirnya bermula dengan iringan hujan renyai membuatkan kedinginan semakin terasa mencucuk-cucuk tulang .Hanya kami dan beberapa orang sahaja ketika itu dalam bas. Tepat masa , bas meluncur pergi .

Heater dalam bas telah dihidupkan. DC Trails ni banyak basnya yang beroperasi tanpa henti kerana akan berhenti samada untuk menurunkan atau mengambil penumpang yang telah membeli tiket. Julat masa kekerapan bas pula adalah setiap 20-30 minit setiap stesyen . 

Jadi kalau kita berhenti sekadar untuk merakamkan foto di perhentian pilihan kita, lepas tu dah boleh naik balik bas berlainan dari syarikat yang sama. Lambai je nanti kat drebar tu. Yang best , mereka tetap beroperasi walaupun seorang sahaja penumpang di dalamnya.


Bas tersebut dioperasikan oleh seorang pemandu dan serta seorang tour guide yang akan tentunya mempunyai pengetahuan yang amat mendalam akan setiap bangunan, setiap jalan serta setiap tarikan di sepanjang route yang dilalui olehnya kerana ia akan memberi penerangan yang lengkap setiap kali melalui sesuatu bangunan .

Persingahan pertama pilihan kami pagi itu adalah Capitol Square di mana terletaknya bangunan Capitol Hill .
 




Capitol Hill merupakan kawasan bersejarah serta kawasan kejiranan terbesar di Washington DC. Di sini juga terletaknya United States Capitol dimana para ahli kongres bersidang . 

United States Capitol  adalah bangunan yang digunakan sebagai pejabat dan juga tempat bersidang ahli Kongres USA, badan perundangan USA. Bangunan ini di puncak bukit Capitol yang popular dengan panggilan Capitol Hill .

Capitol pada asalnya direka oleh William Thornton . Pelan ini walau bagaimanapun telah diubah oleh Stephan Hallet ,Benjamin Latrobe dan kemudian Charles Bulfinch . Kubah  dan sayap Dewan perwakilan dan Senat direka bentuk oleh Thomas U Walter dan August Schoenborn , dan disiapkan di bawah pengawasan Edward Clark .
Patung yang terletak di atas kubah bangunan ini adalah melambangkan Statue of Freedom.


kalau summer
padang hijau tu jangan cakap, penuh tempat mereka melepak


Ketika ini bahagian kubah yang menjadi lambang penting senibinanya sedang dalam proses renovasi . Jadi , ia agak mencacatkan untuk dirakamkan foto sebenarnya bangunan bersejarah ini yang banyak mencatatkan sejarah dalam sistem perundangan dan pentadbiran di bumi Uncle Sam ini.

Cuaca pagi tu dingin sekali sebenarnya . Tiada blue sky ketika ini untuk dirakamkan. Namun awan kelabu sebenarnya memberikan gambaran foto yang agak menarik juga sebenarnya untuk aku rakamkan di persekitaran Capitol Building ni.
 




Kerana masih awal pagi lagi, tak ramai lagi pengunjung yang datang ketika ini . Kebetulan hujung minggu pula yang mana menjadi kebiasaan bagi rakyat mereka yang masih berlengkor atas katil dan hanya akan keluar lepas pukul 10-11 pagi nanti .

Jadi suasana pagi ini pada aku cukup mendamaikan . Berbanding musim panas atau summer, tempat ini pastinya akan dipenuhi setiap ceruk dengan pengunjung . Itulah perbezaan yang ketara ketika winter dan summer. 

Summer , boleh jalan sampai pukul 9-10 malam kerana waktu siangnya panjang. Winter pula pukul 4.30-5.00 petang dah gelap . Tapi summer, semua tempat tarikan pelancong penuh dan juga harga bilik hotel berlipat ganda ketika itu. 


berceranggah dengan staging







private tour ni
canggih kenderaannya

sebuah lagi company hop on hop off






Dah rakam semua shot menarik persekitaran Capitol Building ni, terus menunggu di tempat kami turun tadi untuk bas DC Trails yang lain pula . Lepas ini nak turun kat mana, tak tahu lagi .

Persinggahan  ku kali ini di sini memberikan aku sedikit sebanyak pengetahuan tentang sejarah dan ketamadunan America yang tentunya berbeza sama sekali dengan Tanah Melayu kerana kita banyak menuruti corak sistem pemerintahan British kerana kita pernah dijajah oleh mereka.
 

Rabu, Disember 23, 2015

USA PART 17 : WASHINGTON DC (SIRI 1) DC TRAILS SIGHTSEEING TOURS

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Hari Natal  semakin hampir , memang sekarang kat mana-mana sibuk bebenor tak kira apa mana termasuk Mak C , Wak Mart , Outlet2 dan juga tak terkecuali atas jalan raya . Nenantilah aku ceritakan di n3 lain aktiviti rakyat mereka menjelang Hari Natal . Kali ni aku nak kecek cerita aku reronda Washington DC.

Malamnya lepas makan chicken shawarma tu dan sempat buat sendiri night tour yang singkat ke Abraham Lincoln Memorial untuk ambik gambar malam  , terus balik hotel. Sempat sambar beberapa flyer yang memang banyak disediakan di hotel untuk kita pilih dan buat pilihan mana yang berkenan . Mereka akan pickup nanti kat hotel setelah kita buat tempahan. Bayo nanti bila ke drebar dia bila dah naik nanti .

Belek punya belek , akhirnya Dc Trails Sightseeing Tour secara Hop On, Hop Off menjadi pilihan hati. Beberapa pakej ditawarkan . Kami pilih 48 hr Hop On Hop Off with Free Night Tour. Rega USD 54.00 p.p
Nanti dia cover keseluruhan tempat tarikan pelancong termasuk :

White House
US Capitol

Arlington National Cemetery

Air and Space Museum

Natural History Museum

Chinatown

FDR and  Martin Luther King Memorials

Korea Memorial

Vietnam Memorial

Lincoln Memorial

Washington Monument

American History Museum

Bureau of Printing & Engraving

Thomas Jefferson Memorial

National Portrait Gallery

Washington DC Convention Center

US Botanical Gardens

National Archives

Tidal Basin

Holocaust Memorial Museum

U.S. Naval Memorial

WWII Memorial

Grant Memorial

Peace Monument and much more!




tu baru separuh jalan
tengok, menjunam ke bawah 


Adalah lebih mudah kalau nak explore Washington DC sebegini dari bawak masuk kereta ke tengah bandar kerana masalah paling besar adalah nak parking kereta dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat . Parking biasalah boleh tahan harganya pulak . Parking Garage a.k.a parking berbumbung pun rega boleh tahan.

Tapi mamat kat hotel tu dah salah pulak bagi information kat kami, dia kata bas pickup kat hotel kul 9.00 am, tapi sebenarnya kul 8.30 pagi.Kami kena pergi sendiri ke L'Enfant Plaza tempat bermulanya perjalanan tour tu nanti.

Maka berdasarkan sikit maklumat setelah bertanya , kami mula menapak ke station keretapi bawah tanah seberang sikit je ke Metro Rosslyn Station. Salji tak turun, yang turun hujan gerimis yang menjadikan kami kesejukan . 

Rosslyn /ˈrɒzlɨn/ is the westernmost station on the shared segment of the Blue, Orange, and Silver lines of the Washington Metro. It is located in the Rosslyn neighborhood of Arlington, Virginia, USA

Tapi punyalah serun bila nak turun ke bawah gunakan eskilator punyalah menjunam dalam 100 meter jugak aku rasa. Napalah punya ke bawah sangat, aku tak nak ke bawah dulu pasal amalan ku rasa tak cukup lagi ni. Rerupanya ia ke dalam bawah tanah sangat kerana relnya merentas bawah sungai Potamac rupanya. Tu yang ke bawah sangat.

DC Trails punya route

Tiba bawah dah tiba. Nak beli tiket pulak satu hal pasal kat kiosk jual tiket tu terlampau banyak butang . Tak tahu mana satu nak tekan . Minta tolong sorang staff dia yang membantu kami macamana nak beli tiket tu .Lain negara lain caranya dan mesennya . Dia ajar tekan butang satu persatu ikut aturan dan barulah keluar sekeping magnetic kad macam touch n go tu yang nanti boleh pakai bebila nak topup je .

Ok, go head kami masuk train tu , berdesup . Patutnya kami keluar L'Enfant Plaza Station. Tapi kami dah salah keluarlah. Masak ... hehehe

Pegi kat kiosk dia , aku nampak staff dia pakai kopiah dan aku bagi salam , alhamdulillah beliau menjawab salam  , ternyata sangkaan ku bahawa beliau seorang islam dan dia ajar mana nak turun dan nanti tak payah beli tiket lagi, kata salah keluar je exit

Alhamdulillah

OK good night everybody, nak bobok dah .
Sambung next n3 yeahhh



Isnin, Disember 21, 2015

USA PART 16 : FROM RHODE ISLAND TO WASHINGTON DC (SIRI 3) CHICKEN SHAWARMA AT KHARTHOUM RESTAURANT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

bilik kami mengadap Potamac River
Nice View
Sebelah sana dah Washington DC


sesejuk secawan Capuchino panas buat pemanas badan

Kami sampai di Key Bridge Marriot sebelum magrib. Magrib kat sini lewat sikit dari di RI kerana Virginia(VA) ni terletak di Selatan berbanding RI di utara. Keluar kereta, boleh tahan sejuk jugak kerana faktor angin yang bertiup menyebabkan kedinginan terasa.

Aku memang suka jenis light travel macam ni , takde tergesa-gesa berbanding kalau ikut travel agent . Pada aku tak perlu nak cover semua tempat tapi terkejar-kejar . 

Bilik kami mengadap Potamac River , sempadan yang memisahkan State of Virginia dengan State of Washington DC .Kat USA ni ada 2 Washington tau. Satu negeri Washington yang terletak di utara pantai barat dan satu lagi ni Washington D.C yang merupakan ibu negeri dan segala pusat pentadbiran bagi America. 

D.C membawa maksud District of Columbia.

Sikit sejarah tentang sungai ni .The Potomac River yang disebut  pəˈtmək is located along the mid-Atlantic coast of the United States. Sungai ni menjadi sempadan antara 4 buah negeri iaitu Washington DC, Virginia, West Virginia dan Maryland dan sepanjang 652 km . Tapi pada kemuncak winter, aku tak tahulah samada Potamac River ni membeku atau pun tidak .

Hotel penginapan memang tak jadi masalah kat America ni. Melambak dan mana2 ceruk ada .Pilihlah hotel yang terletak di kawasan luar sikit dari pusat bandar atau bandar utama kerana harga hotel kat pusat bandar boleh mencecah USD 300 - 350 semalam berbanding kat kawasan luar sikit dalam USD 90-100 je semalam.

Seberang Potamac River ni je dah masuk negeri Washington D.C kerana Pekan Arlington di mana terletaknya Key Bridge Marriot ni ni terletak di Virginia sebenarnya.

Lepas magrib , start motor roda tiga dan kami pi cari makan berpandukan alamat yang kami dapat dari Zabihah.com di sebelah Washington D.C

Bepusing-pusing jugak mencari di malam hari walaupun baru pukul 6 lebih je . Itulah winter kerana siangnya begitu pendek . Kul 4.40 pm kat sebelah ni dah gelap . 

Jumpa dah jumpa tapi parking pulak jadi masalah. Bukan boleh letak sebarangan motor roda tiga ni. Nak parking kat residence area pun tak boleh sebarangan, karang kena on-tow pulak tarik dengan majlis daerah hahaha

Parking jauh sikit setelah 2-3 kali pusing . Tapi berbaloi kerana memang lazat dan enak pekena chicken shawarma dengan nasi pepanas yang dihidangkan sekali dengan sekeping roti di tengah kedinginan musim salju  ni. Tapi takde teh tarik laaaa

Kat sini memang takde terpampang logo halal kat depan restoran ni. Masuk dalam terus tanya " Kanggo halal" 

Terkebil Mak Joyah kat dapur tu bila aku tanya, 

laaaaa aku lupa . Aku kat bumi America, bukan kat Parit Ponorogo hahaha

Bila aku tanya "are you serve halal food?"

Baru Mak Joyah yang kebingungan tadi tersenyum lalu berkata
"of course, we serve halal food"

Aku pulak ketawa keriangan .

 


 


Sabtu, Disember 19, 2015

USA PART 15 : FROM RHODE ISLAND TO WASHINGTON DC (SIRI 2) NASI LEMAK FOR BREAKFAST

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Musim dingin di bumi America membuatkan kulit tangan aku mulai kering . Musim dingin juga menjadikan secawan capuchino panas sangat-sangat lazat dan dapat memanaskan badan.

Kami singgah di sebuah Rest Area di tengah perjalanan ke Washington DC yang terletak ke arah selatan . Macam biasa, meluru pi rest room dulu . Jangan cari sign toilet kerana memang takde tulis toilet . Kalau nak juga cari "Toilet" sampai terkencing terberaklah tak jumpa hahaha 

Mereka gunakan "REST ROOM"

Kalau dulu aku sering bawak botol mineral kosong dan isi air paip kalau ke rest room. Tapi kini aku inovasikan sikit . Aku akan ambil tissue paper yang memang banyak disediakan kat dalam mana2 rest room . Ambik bebanyak sikit dan gumpal serta basahkan bebanyak kat sink dulu . Lepas lepaskan hajat kecil, maka pepandailah perah sikit demi sedikit tisu tu . Tapi Alhamdulillah, setakat ni aku tak lepaskan hajat besar lagi kat mana2 rest room. Kalau hajat besar, maka kena bawak botol mineral besarlah gamaknya.

Islam itu indah. Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis kerana  berak ataupun kencing dengan cara menyucikan pada tempat keluarnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan.  Hukum melakukan istinjak adalah wajib.

Perkara yang diwajibkan dan semestinya dilakukan di waktu beristinjak ialah memastikan segala sifat-sifat najis yang dihukum dari warnanya, baunya dan rasa fizikalnya telah dihilangkan dengan sempurna. Kalau masih ada bau yang tidak dapat dihilangkan setelah dilakukan istinjak , perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara yang dimaafkan.

Macam aku katakan , Islam itu indah . Takde air, pelbagai altenatif boleh kita gunakan seperti menggunakan benda2 yang kesat tapi  mesti memenuhi beberapa syarat seperti berikut :

  • alat tersebut kering dan bersih
  • najis yang hendak dicuci masih belum kering
  • najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya
  • beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan warna, kesan fizikal dan kesan bauannya 
 Tapi jangan pulak selet kat tepi dinding pulak hahaha
 

rendang daging

sambal tumis ikan bilis

Masa kami berenti tu lebih kurang kul 11 pagi jugak. Ramai pulak umat kat Rest Area tu . Semua beratur panjang nak beli makanan dan minuman . Aku hanya beli capochino panas untuk lawan dengan nasi lemak yang kami bawa. 

Lepak kat luar , apa lagi bukak mangkuk tepen tu dan semerbak bau sambal tumis ikan bilis serta rendang daging . Berkelah kami kat situ hingga kenyang . Tetengah sejuk , perut ni madang lapo je.

Lepas makan , kemas balik meja tu sampai bersih kerana memang budaya mereka di sini, kalau kat mana2 fast food atau rest area , lepas mereka makan , memang mereka akan kemas sampah2 dan lebihan makanan tu dan buang dalam tong sampah. Alhamdulillah, kami dah lama praktikkan benda ni bila kami makan kat fast food di Tanah Melayu sejak dulu lagi, tapi ada juga sesetengah mereka kat Tanah Melayu tengok kami macam kehairanan hehehe


oyen pi jejalan

 

Tak salah aku toll kat New York Turnpike

Baltimore, State of Maryland

Kenyang sudah, mata dah segar dari secawan capuchino yang dihirup. Perjalanan diteruskan. Garmin terus mengarahkan kami memasuki kembali jalan utama menuju ke arah selatan.

Hari ni mengikut ramalan cuaca , cloudy . Memang berawan pun. Kat sini, memang ramalan cuaca mereka sangat penting hingga ada segmen khas berkaitan ramalan cuaca kerana ini akan membantu mereka untuk menyediakan atau memakai pakaian yang sesuai terutamanya pada musim sejuk. 

Cuma yang lecehnya terutama winter ni, 1/2 jam bersiap hanya untuk mengenakan pakaian selapis, dua lapis dan akhir sekali baru jacket yang sesuai ikut cuaca . Dalam nak pakai baju bersiap ni pun, aku dapat mempelajari beberapa perkara baru yang diajar oleh "datuk bandar RI". Katanya last sekali nak keluar rumah dah siap semua pakai baju dan kasut, baru sarung jacket dan kalau suhu sejuk sangat , pakailah sarung kepala hehehe

Alahmdulillah, 6 jam perjalanan ditempuhi tanpa sebarang insiden yang tak diingini, akhirnya sampai ke hotel penginapan  Marriot Key Bridge yang terletak di Arlington, Virginia.