ALHAMDULILLAH
Hari Natal semakin hampir , memang sekarang kat mana-mana sibuk bebenor tak kira apa mana termasuk Mak C , Wak Mart , Outlet2 dan juga tak terkecuali atas jalan raya . Nenantilah aku ceritakan di n3 lain aktiviti rakyat mereka menjelang Hari Natal . Kali ni aku nak kecek cerita aku reronda Washington DC.
Malamnya lepas makan chicken shawarma tu dan sempat buat sendiri night tour yang singkat ke Abraham Lincoln Memorial untuk ambik gambar malam , terus balik hotel. Sempat sambar beberapa flyer yang memang banyak disediakan di hotel untuk kita pilih dan buat pilihan mana yang berkenan . Mereka akan pickup nanti kat hotel setelah kita buat tempahan. Bayo nanti bila ke drebar dia bila dah naik nanti .
Belek punya belek , akhirnya Dc Trails Sightseeing Tour secara Hop On, Hop Off menjadi pilihan hati. Beberapa pakej ditawarkan . Kami pilih 48 hr Hop On Hop Off with Free Night Tour. Rega USD 54.00 p.p
Nanti dia cover keseluruhan tempat tarikan pelancong termasuk :
White House
US Capitol
Arlington National Cemetery
Air and Space Museum
Natural History Museum
Chinatown
FDR and Martin Luther King Memorials
Korea Memorial
Vietnam Memorial
Lincoln Memorial
Washington Monument
American History Museum
Bureau of Printing & Engraving
Thomas Jefferson Memorial
National Portrait Gallery
Washington DC Convention Center
US Botanical Gardens
National Archives
Tidal Basin
Holocaust Memorial Museum
U.S. Naval Memorial
WWII Memorial
Grant Memorial
Peace Monument and much more!
tu baru separuh jalan
tengok, menjunam ke bawah
Adalah lebih mudah kalau nak explore Washington DC sebegini dari bawak masuk kereta ke tengah bandar kerana masalah paling besar adalah nak parking kereta dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat . Parking biasalah boleh tahan harganya pulak . Parking Garage a.k.a parking berbumbung pun rega boleh tahan.
Tapi mamat kat hotel tu dah salah pulak bagi information kat kami, dia kata bas pickup kat hotel kul 9.00 am, tapi sebenarnya kul 8.30 pagi.Kami kena pergi sendiri ke L'Enfant Plaza tempat bermulanya perjalanan tour tu nanti.
Maka berdasarkan sikit maklumat setelah bertanya , kami mula menapak ke station keretapi bawah tanah seberang sikit je ke Metro Rosslyn Station. Salji tak turun, yang turun hujan gerimis yang menjadikan kami kesejukan .
Rosslyn /ˈrɒzlɨn/ is the westernmost station on the shared segment of the Blue, Orange, and Silver lines of the Washington Metro. It is located in the Rosslyn neighborhood of Arlington, Virginia, USA
Tapi punyalah serun bila nak turun ke bawah gunakan eskilator punyalah menjunam dalam 100 meter jugak aku rasa. Napalah punya ke bawah sangat, aku tak nak ke bawah dulu pasal amalan ku rasa tak cukup lagi ni. Rerupanya ia ke dalam bawah tanah sangat kerana relnya merentas bawah sungai Potamac rupanya. Tu yang ke bawah sangat.

DC Trails punya route
Tiba bawah dah tiba. Nak beli tiket pulak satu hal pasal kat kiosk jual tiket tu terlampau banyak butang . Tak tahu mana satu nak tekan . Minta tolong sorang staff dia yang membantu kami macamana nak beli tiket tu .Lain negara lain caranya dan mesennya . Dia ajar tekan butang satu persatu ikut aturan dan barulah keluar sekeping magnetic kad macam touch n go tu yang nanti boleh pakai bebila nak topup je .
Ok, go head kami masuk train tu , berdesup . Patutnya kami keluar L'Enfant Plaza Station. Tapi kami dah salah keluarlah. Masak ... hehehe
Pegi kat kiosk dia , aku nampak staff dia pakai kopiah dan aku bagi salam , alhamdulillah beliau menjawab salam , ternyata sangkaan ku bahawa beliau seorang islam dan dia ajar mana nak turun dan nanti tak payah beli tiket lagi, kata salah keluar je exit
Alhamdulillah
OK good night everybody, nak bobok dah .
Sambung next n3 yeahhh
OK good night everybody, nak bobok dah .
Sambung next n3 yeahhh
Awal lagi...takkan dah nak tidur......ngopi la sket...
BalasPadamHehehe
BalasPadamSini 24jam ngopi je uncle, starbucks melata ceruk