بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Musim dingin di bumi America membuatkan kulit tangan aku mulai kering . Musim dingin juga menjadikan secawan capuchino panas sangat-sangat lazat dan dapat memanaskan badan.
Kami singgah di sebuah Rest Area di tengah perjalanan ke Washington DC yang terletak ke arah selatan . Macam biasa, meluru pi rest room dulu . Jangan cari sign toilet kerana memang takde tulis toilet . Kalau nak juga cari "Toilet" sampai terkencing terberaklah tak jumpa hahaha
Mereka gunakan "REST ROOM"
Mereka gunakan "REST ROOM"
Kalau dulu aku sering bawak botol mineral kosong dan isi air paip kalau ke rest room. Tapi kini aku inovasikan sikit . Aku akan ambil tissue paper yang memang banyak disediakan kat dalam mana2 rest room . Ambik bebanyak sikit dan gumpal serta basahkan bebanyak kat sink dulu . Lepas lepaskan hajat kecil, maka pepandailah perah sikit demi sedikit tisu tu . Tapi Alhamdulillah, setakat ni aku tak lepaskan hajat besar lagi kat mana2 rest room. Kalau hajat besar, maka kena bawak botol mineral besarlah gamaknya.
Islam itu indah. Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis kerana berak ataupun kencing dengan cara menyucikan
pada tempat keluarnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain
benda yang dibolehkan. Hukum melakukan istinjak
adalah wajib.
Perkara yang diwajibkan dan semestinya dilakukan di
waktu beristinjak ialah memastikan segala sifat-sifat najis yang dihukum
dari warnanya, baunya dan rasa fizikalnya telah dihilangkan dengan
sempurna. Kalau masih ada bau yang tidak dapat dihilangkan setelah dilakukan istinjak , perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara
yang dimaafkan.
- alat tersebut kering dan bersih
- najis yang hendak dicuci masih belum kering
- najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya
- beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan warna, kesan fizikal dan kesan bauannya
rendang daging
sambal tumis ikan bilis
oyen pi jejalan
Masa kami berenti tu lebih kurang kul 11 pagi jugak. Ramai pulak umat kat Rest Area tu . Semua beratur panjang nak beli makanan dan minuman . Aku hanya beli capochino panas untuk lawan dengan nasi lemak yang kami bawa.
Lepak kat luar , apa lagi bukak mangkuk tepen tu dan semerbak bau sambal tumis ikan bilis serta rendang daging . Berkelah kami kat situ hingga kenyang . Tetengah sejuk , perut ni madang lapo je.
Lepas makan , kemas balik meja tu sampai bersih kerana memang budaya mereka di sini, kalau kat mana2 fast food atau rest area , lepas mereka makan , memang mereka akan kemas sampah2 dan lebihan makanan tu dan buang dalam tong sampah. Alhamdulillah, kami dah lama praktikkan benda ni bila kami makan kat fast food di Tanah Melayu sejak dulu lagi, tapi ada juga sesetengah mereka kat Tanah Melayu tengok kami macam kehairanan hehehe
oyen pi jejalan
Tak salah aku toll kat New York Turnpike
Baltimore, State of Maryland
Hari ni mengikut ramalan cuaca , cloudy . Memang berawan pun. Kat sini, memang ramalan cuaca mereka sangat penting hingga ada segmen khas berkaitan ramalan cuaca kerana ini akan membantu mereka untuk menyediakan atau memakai pakaian yang sesuai terutamanya pada musim sejuk.
Cuma yang lecehnya terutama winter ni, 1/2 jam bersiap hanya untuk mengenakan pakaian selapis, dua lapis dan akhir sekali baru jacket yang sesuai ikut cuaca . Dalam nak pakai baju bersiap ni pun, aku dapat mempelajari beberapa perkara baru yang diajar oleh "datuk bandar RI". Katanya last sekali nak keluar rumah dah siap semua pakai baju dan kasut, baru sarung jacket dan kalau suhu sejuk sangat , pakailah sarung kepala hehehe
Alahmdulillah, 6 jam perjalanan ditempuhi tanpa sebarang insiden yang tak diingini, akhirnya sampai ke hotel penginapan Marriot Key Bridge yang terletak di Arlington, Virginia.
Kembara yang menyeronokkan..
BalasPadamAlhamdulillah uncle
BalasPadamLight travel, rasa nk jejalan, ambik kunci moto n start n gohead, rasa malas, just lepak kat aparment mkn tido hehehe