WARGA SCP

Jumaat, Disember 11, 2015

USA 2015 PART 13 : ASAM PEDAS DI BUMI AMERIKA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



ikan kod 

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung walaupun kekadang bila aku tengok dan baca keadaan sosio politik dan ekonomi negara kita dah macam Zimbabwe pulak hahaha

Dengan keadaan sosio politik yang pada aku kurang stabil , dengan keadaan sosio ekonomi yang pada aku sekarang agak kurang baik juga dengan faktor kenaikan semua keperluan asas dan apa jua , takde yang turun. Agak kesian kepada golongan yang pendapatan mereka terbatas dengan makan gaji kerana nilai duit kita semakin bukan saja mengecil tapi mengecut .

udang kat sini semua dah buang kulit

Kembara aku ke bumi America bukan suatu kembara yang "kosong" kerana aku suka memerhati dan  mempelajari sesuatu yang baru pada ku di sini bagaimana mereka mengurus rakyat mereka . Sesuatu yang baik sebenarnya perlu kita pelajari dan yang negativ kita jadikan sempadan.

Harga minyak di sini berubah setiap detik dan masa dan berbeza bagi setiap stesyen minyak yang mereka panggil "gas station" . Bukan gas yang terdapat kat dapur rumah kita untuk memasak tu ya hahaha

Terdapat pelbagai gred minyak di gas station dengan paling murah dalam USD 2.15 per gallon a.k.a gelen for regular and USD 2.46 per gallon for mid range . GALLON a.k.a GELEN ya, not liter .

1 gallon = 3.785 liter

Sangat murah pada aku bagi keperluan rakyat mereka. Jangan kita bandingkan tukaran wang kerana aku lihat kerajaan kita suka buat perbandingan sebegitu bila ada kenaikkan. Petrol kat negara kita pada aku mahal kerana dengan RM 2.00 utk Ron 95 Unleaded, kita hanya dapat 1 liter.Full tank dalam RM 100 ++

Mereka isi untuk full tank dalam 20-25 USD je .Sekali lagi aku katakan, jangan convert RM ke USD kalau kita nak lihat dalam gambaran corak kehidupan mereka.

Tu yang bila aku nak isi minyak untuk isian penuh , terperanjat pasal dalan USD 25.00 je penuh full tank . Lagi satu kualiti minyak mereka di sini dalam kualiti yang baik kandungannya berbanding kita di sana.

 

 pelbagai pilihan salmon
Salah satu aktiviti yang aku gemar di sini ialah pi grocery store mereka.Kami boleh leka dibuatnya . Semua lengkap tersusun rapi. Carilah apa nak cari tapi takdelah kepala ikan mayong atau ikan patin kat situ hehehe

Terasa nak makan asam pedas, maka gantinya ialah salmon asam pedas dan enak sekali rasanya.

Macam aku katakan, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, maka aku tak dapat berpisah dengan asam pedas hahaha


rempah ratus semua ada


ada kedai jual daging dan ayam halal kat sini
http://www.oasisprovidence.com/index.html


0 comments:

Catat Ulasan