WARGA SCP

Rabu, Disember 02, 2015

USA 2015 PART 8 : HENING , DINGIN DAN MENDAMAIKAN


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Suhu semakin dingin di bumi America . Magrib kat sini lebih kurang 4.18 petang di RI. Isyak pula 5.39 . Begitulah lumrahnya apabila musim dingin tiba. Betapa Allah berkuasa ke atas setiap apa yang diciptanya seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Mukminun:84-89

“Katakanlah, ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kamu tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Rabb (yang memiliki) langit yang tujuh serta singgahsana yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Allah yang memilikinya.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang memegang kekuasaan atas segala sesuatu; Dia melindungi, namun tidak ada yang dapat dilindungi (diselamatkan) dari (azab)Nya; jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Allah yang memilikinya.’ Katakanlah, ‘Jika demikian, maka dari jalan manakah kamu tertipu?'
 


Kalau kat tanah melayu, nak keluar rumah tidak merumitkan tak kira apa cuaca dan musim. Sarung je kain pelikat gombang dan boleh pegi Tesco pi beli barang dapur. Tapi kedatangan musim sejuk di sini apabila nak keluar aparment kena ambik masa setengah jam juga. 

Perlu pilih apa nak pakai dan sesuai ikut tahap kesejukan ketika itu. 2-3 lapis baju serta wool jacket perlu disarung untuk membaluti dari kedinginan yang Allah kurniakan secara percuma ini. 

Aku sempat ke New Port atau lebih dikenali dengan nama New England yang terletak dalam 30 batu di South Providence RI . Menikmati keindahan malam yang syahdu dan sungguh mendamaikan. 

Terima kasih Allah kerana dengan izin Mu jua, aku dapat menikmati semua ini.

Ok, aku nak bobok dulu . Jam hampir pukul 2.38 pagi dan penat selepas 4 1/2 jam perjalanan dari Philadelphia tadi pulang ke RI .

 


2 ulasan:

  1. Waduuuhhh...dingin tu....ambik gambar hotel sket, nak buat modal!

    BalasPadam
  2. semakin sejuk kat sini uncle

    BalasPadam