WARGA SCP

Isnin, Disember 07, 2015

USA 2015 PART 10 : BEG DAH BERANAK

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Salah satu aktiviti paling syok sekali kat USA ni pastinya pi lontar duit kat outlets mereka yang terdapat di setiap bandar atau negeri . Aku pada 26/11/2015 hari tu sempat merasai aktiviti tahunan mereka yang mereka panggil "Black Friday" selepas perayaan Thanks Giving yang mereka sambut 26/11/2015 dan aktiviti membeli belah terbesar di seluruh USA pula pada 26/11/2015 yang bermula pada tepat jam 12.00 malamnya.

Black Friday Sale ini setahun sekali je . Memang betul2 punya harga runtuh dengan discount atas discount dan adakalanya atas discount hingga mencecah 70 % dari harga asal.
 



Kat sini bukan macam tempat kita apabila tiba musim perayaan yang mana kebanyakkan peniaga kita akan naikkan harga dulu diprice tag dan kemudian pura2 kasi discount .

Kat sini consumer power sangat berkesan dan kuat.Kalau dah beli tak berkenan, masih boleh pulang dalam masa 30 hari . Money back garenti. Peniaga mereka tak berani buat macam tempat kita. Tu sebab kalau kata sale memang sale lag gamaknya.

Black friday sale hari tu, kul 11.00 malam kami keluar dari aparment ke outlets terdekat di Wrentham ,MA . Anggota polis mereka siap on duty malam tu mengawal lalu lintas yang sangat sibuk . Tapi takdalah driver kat sini macam kat Tanah Melayu yang jenis potong Q . 

Mereka mengikut segala arahan pihak polis yang  bertugas walaupun lagi 2-3 km nak sampai outlets, dah mula sesak dan beratur panjang dengan semua kereta dan segala penjuru ceruk.
 


Tepat kul 12.00 malam , semua pintu kedai yang beratus juga kat situ dibuka . Butik Coach jangan cakap, Q punya panjang sampai beratus orang .begitu juga dengan butik2 yang lain.

Malam tu kami habiskan masa tak lama juga dalam 2 jam lebih je. Beli yang patut je. 

Keseronokan soping-moping tu sebenarnya tak berakhir pada malam Black Friday Sale je kerana hari2 biasa pun depa buat sale gila . Semalam kat L.L Beans di Freeport , Maine masa aku jejalan, tersadung kaki lalu tersinggahlah pulak kat butik Polo Ralph Lauren ni.

Kebetulan ada promosi baru . Sambarlah 4-5 pasang baju polo buat stok aku selama 2 tahun lagi sebelum aku ke sini lagi kalau dipanjangkan umur dan dimurah rezeki serta diizinkan Allah.

Sepasang t shirt polo di kat Tanah Melayu sampai 600-700 reganya dan tak munasabah kerana kat sini Polo Ralph Lauren ni kira bebiasa je.

Discount atas discount atas discount dari harga asal 66 ke 89 usd jatuh lebih kurang USD 22-25 je . Dah convert dalam RM 92 ke RM 105 je selai.

Tu yang aku cakap untuk mendapat t shirt yang berkualiti berjenama dan tahan pakai 4-5 tahun kat Tanah Melayu sangat tak munasabah reganya.
pegi noreh nanti pakai tali pinggang buckle besi ni
kalau datang babi hutan nak nyondol masa leka noreh
senang je nak libas dengan buckle besi ni
hahaha


rega discount atas discount atas discout

Keseluruhan 5 pasang item dari Butik Ralph Lauren ni baru USD 113.26 je dalam RM 476.00 dan kalau kat Tanah Melayu dengan RM 476.00 tu dapat baju polo ralph lauren ni  tanpa kolar dan lengan dengan rega sebegitu hehehe

Maka lepas soping moping , beranaklah beg . Aku sambar beg di kat TJ Max . Samsonite besar USD 99.99 dalam RM 420.00 .

Kat Tanah Melayu kalau sebut Samsonite besar ni, mau dekat RM 2000.00 dan bisa nangis hehehe

Bagi suri rumah peminat pinggan mangkuk correle atau corningware pula, pasti nangis bila reganya kat sini untuk set of 16 lengkap yang 600-700 kat tempat kita hanya dalam 40-60 USD je.




6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bapak,
    'Beg beranak' ni memang dah biasa sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Hehehe
      Maximun 4 check in bag utk berdua, tu lah pasal hahaha

      Padam
  2. Nasib baik beg yang beranak....

    BalasPadam
  3. Kat resip dia ada nama customer la.... hik hik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe

      Bukan nama sebenar, just masa nk bayo, their staff kat kaunter tu minta nama , bapak kasi je hantam dan dia tulis pun ikut slang org putih hahaha

      Padam