WARGA SCP

Selasa, Disember 08, 2015

USA 2015 PART 11 : USIA MENGINJAK LAGI DI BUMI AMERIKA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Now, Tuesday 08/12/015 : 12.01 am waktu di RI. Usia aku menganjak lagi setahun. Usia hanyalah  angka yang mengingatkan aku bahawa Allah telah meminjamkan aku dengan segala kenikmatan di dunia hampir lama juga berbanding dengan yang lain yang ada dikembalikan semula dalam usia yang masih muda .


dah mula butir-butir ais melekat di ranting pokok setiap pagi

Aku sangat bersyukur akan segala pemberian Allah kepada ku samada yang baik atau sebaliknya kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya seperti firmannya dalam surah Al Baqarah,


لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا۟ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan mu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Aku sebenarnya tidak punya impian yang khusus dalam kehidupan seperti hendak itu ini, nak pergi sana-sini kerana aku bukanlah seorang yang punya pelajaran tinggi dan universiti pun aku tak berpeluang untuk menjejakinya.

Namun perancangan Allah sebenarnya sangat besar bagi setiap hambanya . Aku hanya berusaha dengan sesuatu yang sebenarnya hanyalah sekadar "main-main" sebagai peniaga kecil yang meniaga minuman pada setiap hujung minggu pada awalnya secara sambilan seperti yang pernah aku ceritakan dulu .



Upah "toreh getah" masa tu  bukanlah besar sangat, tapi aku bersyukur kerana kami bisa makan dan minum dan ada pondok berteduh dengan sewaan 25 ringgit ketika itu dan dapat  membesarkan anak pertama kami dengan apa yang Allah kurniakan ketika itu.Sebagai peniaga dan pembancuh air secara sambilan pada setiap hujung minggu untuk menambah pendapatan seperti yang Allah aturkan ketika itu merubah sosio ekonomi kami sedikit demi sedikit namun kami masih berpijak di bumi nyata dan masih tidak melupakan bahawa setiap yang datang itu samada baik atau sebaliknya pasti bersebab dan ada hikmahnya.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang kami harungi ketika "baru nak hidup" ketika itu. Daripada "sebagai penoreh getah" , Allah mula menunjukkan jalan agar menjadi "peniaga getah" pula dan seterusnya sebagai "pemborong getah". Aku tinggalkan profession sebagai pembancuh air sambilan ketika itu dan terus menjadi "pemborong getah" dan samping terus juga "menoreh" sambil-sambil "potong buah sawit  juga" kerana itu akan terus mengingatkan aku agar tidak lupa "asal usul permulaan" bagi apa yang aku kecapi hari ini.



 
kalau ada sirap, boleh letak atas bonet je tu
buat sirap slurpeee

Dengan jalan tersebut yang Allah berikan, alhamdulillah kami dapat menunaikan rukun islam yang ke-5 pada tahun 2007. Dengan rezeki dari jalan yang telah Allah aturkan juga, kami dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah saban tahun di dunia yang sementara ini.

Namun semua yang Allah berikan hanya "daki dunia" kerana akhirat yang kekal dan amalan semasa di dunia yang akan ditimbang kelak. Namun kami raikan dengan cara kami setiap apa yang Allah kurniakan namun matlamat utama pastilah di Jannah kelak.

Doa ku moga kehidupan kami sekeluarga dan juga rakan-rakan sekalian terus dalam keberkatan, perlindungan dan ehsan Allah S.W.T. 

Insyallah


Sejuk wooooo pagi ni hehehe
Good Afternoon Tanah Melayu
Good Night America
Ikhlas dari Bapak Itam
Rhode Island 02816, USA
2.45 am
08/12/2015


0 comments:

Catat Ulasan