WARGA SCP

Khamis, Disember 17, 2015

USA PART 14 : FROM RHODE ISLAND TO WASHINGTON DC (SIRI 1)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Rhode Island ke Washington DC. Jarak yang jauh meliputi 390 batu. Lebih kurang 627 km jarak perjalanan kami yang bakal ditempuhi. 

OR a.k.a orang rumah a.k.a Mak Itam pepagi kul 4.00 am dah bangun dan masak rendang daging, nasi lemak, sambal ikan bilis serta ketupat segera . Seronoknya kat sini yang Allah bagi, lauk pauk tu boleh bertahan 4-5 hari dan tak basi terutama pada musim sejuk.

Pack baju bang 3-4 pasang kerana kami akan memulakan kembara kami melintasi beberapa buah negeri dan bandar selama beberapa hari . Namun paling penting ialah jacket serta glove dan mapla kerana kita tak boleh nak duga kedinginan yang akan melanda sepanjang kembara kami ke arah selatan ni.



lane kiri sekali untuk yang laju ya
kerana left hand drive kereta mereka

Antara 8 state yang kami lalui sepanjang kembara ini dari Rhode Island kalau tak salah aku ialah Massachusetts, New York, Connecticut,  New Jersey, Pennsylvania, Delaware, Maryland,Virginia dan barulah sampai ke Washington DC. 

Perjalanan kami dimulai lebih kurang pukul 8 pagi juga . Cuaca pagi tu boleh tahan sejuk juga pada kami . Memulai perjalanan meredah I 95 atau nama penuhnya Interstate 95 yang merupakan sebuah lebuhraya yang menghubungkan bermula dari utara America di State of Maine dan berakhir di bahagian selatan America iaitu Florida .Melepasi Downtown Providence yang merupakan ibu negeri bagi Rhode Island .

Lebuhraya mereka di sini memang begitu efisien. Ada tol juga tapi taklah sebanyak Tanah Melayu. Pengguna E-ZPass seperti Smart Tag memudahkan kita melepasi tol . Tapi Smart Tag kita kat Tanah Melayu kena perlahankan dulu kenderaan dan lepas palang bukak setelah beberapa saat baru boleh jalan. Sini sesetengah tu yang gunakan E-ZPass tak payah berhenti langsung dan lalu je dengan kelajuan yang biasa kerana terdapat sensor yang akan "menyensor" alat tersebut tanpa perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan.

Tu yang tak jammed kat plaza tol mereka . Sistem ni sama macam kat Hong Kong. Tapi kalau nak implikasikan sistem ni kat Tanah Melayu, maka jawabnya siaplah mereka akan gunakan alasan ni untuk kaut untung dan naikkan kadar tol. Malaysia Boleh kan kan kan hehehe

E-ZPass tu kecik je macam kotak rokok

Garmin menemani sepanjang perjalanan

Di sini tidak menggunakan sistem matrik. Masih jarak perjalanan dikira dalam kiraan batu a.k.a miles, begitu juga meter kereta mereka . Di lebuhraya, maximun speed is around 65 miles/hour , tapi ingat , ada minimum speed di sini iaitu 45 miles/hour . Kalau bawak kurang dari tu , boleh kena saman.

6 jam lebih untuk jarak perjalanan yang sebegitu jauh aku kira masih ok kerana aku pernah memandu dari High Castle nak sampaikan ke Alor Star hampir 15 jam kerana lebuh raya kita dah tak macam lebuh raya kerana jammed. Itu masa Cuti Tahun Baru Cina yang lalu . Harap bayo je mahal highway kita , tapi sesak teruk seterunya terutama pada musim perayaan. Kat sini , lebuhraya mereka ada yang sampai 6 lanes tapi percuma. Toll hanya sesetengah tempat je tapi tak mahal dalam 4 USD je.




tu van jenazah depa




4 lanes


rest area




Ok, dah nampak Rest Area , maka dah 2-3 jam perjalanan, kenalah berenti. Sesejuk ni biasalah asyik nak terkucil hahaha
Typical Melayulah katakan hahaha

Sambil tu nanti boleh beli capuchino panas dan berkelah . Kita sambung nantilah cerita ni.

Good Night Tanah Melayu
Good Morning America.

0 comments:

Catat Ulasan